September 3, 2009

Elaun pelajar DPLI dijangka masuk selepas raya

Tanjong Malim, 3 September – Masalah kewangan yang dihadapi pelajar-pelajar Diploma Pendidikan Lepasa Ijazah (DPLI) dikatakan bakal berakhir apabila elaun mereka dijangka masuk selepas Hari Raya Aidilfitri ini.

Sumber yang menyampaikan maklumat ini mengatakan, ramai pelajar DPLI sudah tertanya-tanya bila wang elaun mereka akan dimasukkan kerana mengalami masalah kewangan setelah lebih 2 bulan berada di UPSI.

Sumber turut menambah, jangkaan wang mereka dimasukkan selepas raya itu mungkin berubah sama ada lebih awal atau sebaliknya kerana segala keputusan bergantung kepada proses pentadbiran.

Dalam pada itu, timbul cakap-cakap mengatakan wang mereka sudah diterima pihak UPSI namun masih belum dimasukkan ke akaun mereka atas sebab pentadbiran berikutan bilangan pelajar yang agak ramai untuk pengambilan DPLI pada kali ini.

Kenyataan ini timbul apabila ada pihak mendakwa pelajar DPLI di Institut Pengajian Tinggi (IPT) lain sudah menerima elaun tersebut.

Walau bagaiamanapun, sehingga kini tiada sebarang maklumat yang mengesahkan UPSI sudah menerima wang tersebut daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membayar elaun kira-kira 2504 pelajar DPLI di sini.

51 comments:

Anonymous said...

Aku dah xda duit ni , nak cekau mane tah. dah la tg malim ni payah nak bt part time.gadai emas la aku...............

Anonymous said...

assalamulaikum
saya mewakili kelas dpli kumpulan J seramai 100 org, ingin menyampaikan bahawa kami baru sahaja menghubungi pn kamsiah di KPM pada hari ini khamis 3hb sept 2009,dah telah diberi pengesahan bahawa mereka sudah memasukan elaun kami ke UPSi.
malah kami dinasihatkan untuk beramai-ramai ke HEP untuk mendapatkan penjelasan kerana pihak KPM juga terkejut kami masih belum menerima duit elaun kami walhal kebanyakan pelajar DPLI dr uni lain suudah menerimanya

Anonymous said...

assalamulaikum
saya mewakili kelas dpli kumpulan J seramai 100 org, ingin menyampaikan bahawa kami baru sahaja menghubungi pn kamsiah di KPM pada hari ini khamis 3hb sept 2009,dah telah diberi pengesahan bahawa mereka sudah memasukan elaun kami ke UPSi.
malah kami dinasihatkan untuk beramai-ramai ke HEP untuk mendapatkan penjelasan kerana pihak KPM juga terkejut kami masih belum menerima duit elaun kami walhal kebanyakan pelajar DPLI dr uni lain suudah menerimanya

Anonymous said...

saya baru balik bersama sekumpulan lebih 20 org pelajar dpli he hep berjumpa en riduan, oleh kerana begitu bayk spekulasi, en riduan call pn nora kerani di KPM dan menurut Pn NOra, beliau harus berhubung dgn ketuanye En Yazid, hanya dlm pada pukul 4 hari ini ,beliau dpt memberi updates dlm isu elaun ini.kesimpulannya benda ni masih dlm proses dan upsi tidak menahu ape2.
sAMEr mcm tunggu ptptn, so harap cikgu sumer bersabar ea.klu en yazid xdpt tunaikan janji nak bg sebelum raya bukan kita yg tanggung dosa,sama2lah kita berdoa

Anonymous said...

DPLI lagi..ade je hal korang ni...adoi...

*bukan ISMP

Anonymous said...

salam...
pe2 kter tggu jer...
sume dak dp kering gak..
i fham..
so, ssme lah ye kter tggu yea...
sabar..
salam ramadhan.

Anonymous said...

tnjg malim barang mahal..kalau yg dah berumahtangga mmg kesian suami atau isteri..nak tanggung ...kalau dapat elaun awal...alhamdulillah...ringan beban suami/isteri...nak raya pun senang hati...moga dipercepatkan.

Anonymous said...

askum...
kepada HEP/pejabat Bendahari..jalankan la tugas yang sewajarnya,kami pelajar DPLI memerlukan elaun tersebut untuk perbelanjaan harian, menyiapkan tugasan juga memerlukan kos.Semasa membuat ijazah pertama, kami menggunakan PTPTN, sama juga seperti pelajar ISMP, jadi dakwaan pelajar ISMP yang mengatakan pelajar DPLI lapar elaun adalah tidak wajar,dari manakah kami nak dapatkan duit jika tidak melalui elaun dari KPM..

Anonymous said...

Salam,
berikut adalah email yang saya terima dr Puan Kamsiah,bahagian surat perjanjian mengenai isu elaun ini...sama-samala kita bersabar yer dan minta tolong pd mana2 pelajar DP yg dah dpt elaun tu fedback pd sy detail anda utk saya maklumkan pd beliau akan kesahihan berita elaun ini....

Re: Fw: Pertanyaan berkenaan elaun DPLI di UPSI
Thursday, 3 September, 2009 22:33
From:
"Kamsiah Ab Rashid"
Add sender to Contacts
To:
"lynda rosle"
Wa'alaikumsalam,

Pertama sekali saya tak percaya ada pelajar DP intake Julai dari mana-mana universiti telah terima elaun, rumors kot. Ini kerana saya baru sahaja selesai semak semua perjanjian minggu lepas dan pd Jumaat baru keluarkan surat arahan kpd kewangan agar hantar waran ke universiti. Hari ni saya dimaklumkan mereka sedaya upaya menghantar waran tersebut dalam minggu ni juga.

Dari mana UPSI dapat duit bayar dan kenapa berpilih-pilih opsyen, tentu tak betul tu.
Kami berusaha agar membolehkan pelajar terima elaun sebelum hari raya.

Sekian harap maklum.


Kamsiah

Anonymous said...

tak sepatutnya ada isu dpli atau ismp.masing2 pun ader masalah,klu ismp lambat dapat ptptn pun mesti bengang gak,kami sudah pun menjadi cikgu, ini gaji kami, ada yg smpi nak beli susu anak pun tiada duit, ini lah pengorbanan nak jadi cikgu.kami faham, cuma tak suka bile tanya asyik kene tendang sini dan sana.
apepun update terbaru disahlan en yazid by next week duit akan dimasukan ke upsi dan upsi akan ambil masa sebulan untuk proses, bgmanapun en riduan akan cuba tolong push bendahari masukan sebelum raya.
kepada yg posting last tue gunakanlah akal yg diberi, sesama islam xperlu nak gaduh.sama ada ismp atau dpli klu dah jadi cikgu yang membezakan kamu adalh samaada kamu ikhlas mahu menjadi pendidik atau samaada kamu guru yg bagus, bukan status kamu dpli atau ismp.
Wlaupun diakui yg pelajar dpli tidak dialukan di upsi dan upsi terpaksa terima atas arahan KPM,kami ikhlas mahu menjadi pendidik tp sudah lumrah org melayu selalu mencari keburukan org lain.

farez

Anonymous said...

eeee,,,tensennye aku
pesal bnd ni men tolak2 lak..
kami sgt memerlukan elaun tu..
bkn sb nk ry pn tp memg duit tu satu keperluan..
dihrp yg berkenaan amk tindakan scptnye
thanks~

*damiana

Anonymous said...

aku setuju dgn farez... kepada ISMP, jangan nak "panaskan enjin" lagi. sudah2lah tu

~edd~

Anonymous said...

Kenapa dpli ni selalu je ada org xpuas hati, kekadang aku pun xfaham. mintak itu ini xboleh. bukannya mintak dengan diaorng pun. pasal duit elaun bukan diorang yang uruskan pun. pening gak nin. selalu je duk kacau kebahagian orang. dah la tu.mungkin dalam diri dah semulajadi ada gen yang buruk. aku percaya segelintir je ada bebudak gini. Jangan sampai satu hari nanti akan disumpah sudah. Dpli kat forum ni dah elok-elok dah. eh pastu ada plak yang menyamar. harap yang guna nama bukan dpli tuh harap dilaknat. Amin.

Anonymous said...

selepas raya? aduh lagi la pening. masa aku jadi gstt dulu sebulan gaji kene bayar balik..tambah lagi hutang dengn kwan2 lagi pening..dekat dua ribu da hutang ak nie..segan gk nk balik kpg...kot2 sampi je kat kpg budak2 tagih hutang..tepon da gadai,kasut da jual pas nie ape lagi nk jual eks...jgn pke negatif k..ada hikmah di sebalik sume nie...

budak sarawak said...

aku pun xda duit...

budak sarawak said...

akkkk......

Anonymous said...

hm..sama la.aku pun tgh sedih ni.duit xtau nk dpt mane lg.setakat ni dapat bertahan guna kad kredit aku.segan nk minta pinjam ngn family n kwn2.ujung bln pening gak pikir cara cari duit nk byr bank.nk study pun xde mood sgt.harap pihak yang bertanggungjawab dpt kurangkan birokrasi dan percepatkan urusan elaun.student DP kite bertahan sket k..sabar.jgn smpi ada phk ambil ksmptn nk kutuk kite gara2 isu elaun.be profesional...setiap mslh ada cara penyelesaiannya.kita guru bitara!!!

Anonymous said...

tulah pasal kredit kad dah kol aku nasib keter semua mak aku byrkan.aku mcm nak suruh jer org kredit kad kol mereke sendiri minta br taw buku bertemu ruas hahaha.apepun aku rasa akan dapat by raya sb KPM dah janji nak uruskan by raya.dah ler aku nak byr pendahuluan utk korban, plan asal ingat nak sedekah anak yatim ni aku sendiri kener minta sedekah kot.
pasal isu dak ismp tu kita buat bodo jer sebab diaowg tak matang tp ada antara mereka tak macam tu, kematangan bukan ikut umur tp ikut org.
ada gak staf2 yg kata kita kurang ajar actualy mereka tak taw kita terlebih terpelajar bukan pak turut mcm dak ijazah.benda kecik mereka nak jadikan isu.tanya je makcik pakguard kat proton city tu aku selalu jer tegur dia, makcik2 cleaner sume aku tegur baik.
aku xpernah kurang ajar pun wlpun ada staf yang kurang ajar, ada plak staf terlebih baik.pening aku.

malu wei anak2 byah minta duit raya xder nanti

farez

Anonymous said...

kpd semua kwn2 cikgu..harapkan bersabar n anggap la semua yg blaku ni ada kesudahan yang baik..ini lah dikatakan ujian di bulan yang suci..sy pn mcm anda semua kering gak!..so sbg profesional xplu la melatah sgt..i know that kte semua nk kn kepastian yang betul2 bkn sekadar rumors y myakitkan hati..nti da posting pn 3bln tnpa gji so be ready for that..kte pn xleh la nk salahkn upsi or kpm coz masing2 de komitmen sendiri..hope la rintihan kami pelajar DPLI ni diberikan perhatian..n for all DPLI student juz ignore tomohan2 y memburukkan kredibiliti kte sbg seorg pendidik bitara!..n for all y ske mgutuk n xmgalukan2 kdtgn student DPLI i juz want u imagine if 1 day nti kamu akan jd rakan sejawat di sekolah y sma n that time no more DPLI or ISMP....we are the same...
-i'm positive-

budak indie la sangat said...

apahal kecoh tak ada duit ni? gua rilek je tak dapat duit. gua memang stailo. gua bertambah stailo duduk malim prima. terbaik. duit tak ada kedai tak ada banyak kira fair and square. better watch out this place guys. awesome. thats all i can say. malim prima is just kinda lovely place ever i met. I LOVE MALIM PRIMA. Those who love Malim Prima please put up yr hands in the air!!!

Anonymous said...

Salam...
sabarla,org kutuk kita, kita berterima kasih..mg panjang umurnya......
insyaAllah,rezeki xlari ke mana, kita dpt juga elaun 2 wlu saya pun dah xda duit..huhu
apa pun selamat berpuasa..

Anonymous said...

sabarlah cikgu2. kita ni orang yang meminta je. dorg tu orang yg memberi. kenalah bersabar lebih sikit. lgpun kalo dah posting nanti 3 bln gak tak dpt gaji. mcm training lah ni.

Anonymous said...

betul tu...be profesional k...
aku col kwn aku kt uitm-dpli pun belum dapat ag, begitu jugak yg kt ukm-dpli n utm-dpli..sabar ye..

Anonymous said...

utang kad krdt da 2 bln x byr.kete mujur adik aku tlg.psl raya mmg aku dah x amik endah.lantak nlah!tp mslhnya nak isi prot n wat assgment ni nak cekau duet dr mane wei????nak keje part time ape aje lah kat tg malim ni!
-cikgu vee-es

Anonymous said...

bagi org2 yang bertggjwb di upsi atau kpm tu minta lah timbang2kan mslah kami ni. kalau mereka permudahkan masalah kami, insyaallah nt allah permudahkan idup mereka.cb bygkan kalu anak atau adik bradik mereka berad dlm situasi kite.hal duet ni perkara sensitif.

Anonymous said...

terpaksa jual pungguk la hehehe

Anonymous said...

kalo betul kpm dah masukkan duit..knp lama sangat nak proses ya? tolong la percepatkan proses itu la ya.. benar-benar duit dah habis ni..kesian la sikit kat kita kita ni...

Anonymous said...

UPSI mmg lembab gler dlm bab mengurus ni.OPSS!.bkn nk kata ape la..u lain pon xla mcm ni..tp dlm bab nk denda ke ape..mmg no.1.clim medical checkup sy pon xmasuk lg.dah 2 bulan tu bai..xkan kakitangan xcukup kot nk bt keje..dah elaun tak masuk..bengang ar camni..Harap pihak UPSI perbaiki kelemahan yg sedia ada ini.

aku bdk sabah said...

mcm mn mok balik kg ni..tiada duit bah!..elaun ndak masuk2 lg ni..bikin panas btol..asiment bertimbun3,kalau ada duit bersemangat jg mok study..nsb bek la bln puasa..kalau x?...mmg tpksa puasa la jwbnya..aduiyai....

Anonymous said...

salam kepada semua,
PELAJAR ISMP JANGAN LA DUK SIBUK KAT SINI. KALU KORANG RASA X PUAS HATI SEBAB KITA ORANG DAPAT ELAUN.AKU SYORKAN KORANG TARIK DIRI DARI UPSI. PASTU AMBIL IJAZAH KAT MANA2 U BUKAN DALAM IJAZAH PENDIDIKAN. PASTU HABIS NANTI SAMBUNG LA DPLI. LEH DAPAT ELAUN JUGA. KAMI BUKANNYA TERDESAK PEKERJAAN. KITA ORG PLJR DPLI PERNAH GAK MOHON UPSI UNTUK JADI PELJAR ISMP DULU. TAPI X DAPAT. NAK KATA RESULT X BAGUS. BAGUS LAGI DARI SESETNGAH PELJAR ISMP YG MASUK UPSI DENGAN SKDAR POINTER 2.3 JE. TU SEMUA BERGANTUNG KEPADA TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN. KITA HANYA BERUSAHA., REZEKI HANYA ADA DI MANA2, HANYA KITA YANG PERLU USAHAKANNYA. ELAUN BUKANNYA KITA ORANG NAK BUAT RAYA. NAMPAK JE MCM BEST DAPAT ELAUN. TP DAPAT ELAUN PUN BAYAR HUTANG JUGA. HABIS KAT SITU JUGA. KALU KAMI DAPAT PTPTN XDA LA KAMI DUK MERUNGUT ELAUN LAMBAT MASUK.

Anonymous said...

oooooooooooooooo

Anonymous said...

ok..
sbr..
jgn mudah ckp psal bdk ismp ni
sy jga pelajar ismp..
n sy juga paham mslh korg k..
sy dah sem 7 dah kt upsi
dah msak dgn mslh pengurusn n pentdbiran
diorg ni wat keje slow glaaaa...
tp klu blik kat kita lak..
lmbt dftr, lmbt ambk slip,
trs nak denda... 5 rggt stu hr tu..
tp klu diorg..
keje mcm siput
so
xkira dpli atau ismp
kami jga merasai masalh ini..
sjak dr sem 1 kami di sini
so harp xde gdh2 antara ismp n dpli
respect each other

Anonymous said...

kesabaran punca ketenangan diri..
keredhaan punca kesyukuran ilahi..
muhasabah punca kerendahan diri...

Anonymous said...

ishhh....ishhh...tak baik budak DPLI menyalahkan budak ISMP je...cukup2lah budak DPLI membincangkan masalah km owg ngan aman... jangan nak salahkan sapa2.... harap bersabar... jangan mcm komen di bawah ni...aku budak ismp cukup hormat ngan budak dpli.... harap jaga tatsusilia n fikir sebelum mengeluarkan kata2. kerana mulut badan binasa.oleh itu, sebelum owg hilang hormat pada anda (KPM, STAFF n Pelajar ISMP)baik anda selesaikan masalah anda dengan pergi ke pejabat KPM or tiap2 hari jumpa bendahari UPSI. nakkan sesuatu mestilah ada pengorbanan...

salam kepada semua,
PELAJAR ISMP JANGAN LA DUK SIBUK KAT SINI. KALU KORANG RASA X PUAS HATI SEBAB KITA ORANG DAPAT ELAUN.AKU SYORKAN KORANG TARIK DIRI DARI UPSI. PASTU AMBIL IJAZAH KAT MANA2 U BUKAN DALAM IJAZAH PENDIDIKAN. PASTU HABIS NANTI SAMBUNG LA DPLI. LEH DAPAT ELAUN JUGA. KAMI BUKANNYA TERDESAK PEKERJAAN. KITA ORG PLJR DPLI PERNAH GAK MOHON UPSI UNTUK JADI PELJAR ISMP DULU. TAPI X DAPAT. NAK KATA RESULT X BAGUS. BAGUS LAGI DARI SESETNGAH PELJAR ISMP YG MASUK UPSI DENGAN SKDAR POINTER 2.3 JE. TU SEMUA BERGANTUNG KEPADA TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN. KITA HANYA BERUSAHA., REZEKI HANYA ADA DI MANA2, HANYA KITA YANG PERLU USAHAKANNYA. ELAUN BUKANNYA KITA ORANG NAK BUAT RAYA. NAMPAK JE MCM BEST DAPAT ELAUN. TP DAPAT ELAUN PUN BAYAR HUTANG JUGA. HABIS KAT SITU JUGA. KALU KAMI DAPAT PTPTN XDA LA KAMI DUK MERUNGUT ELAUN LAMBAT MASUK.

Anonymous said...

Sekarang nie isu elaun ramai yg tanya aku sb aku yg pergi jumpa en riduan serang ramai2 ngan dak kelas aku, duit KPM masuk minggu ni tp Upsi perlu masa sebulan utk proses,En Riduan kata akan try by Raya utk push bendahari, so kita sbarlah yea.

AKu dengar ada budak DPLI buat petisyen kat PC? now they promise to try masuk by eid celebration so xperlu petisyen but masa nie.

Pasal isu ISMP atau Staf tue aku rasa bukan semua kurang ajar, segelintir jer yg cakap x guna akal.ada gak dpli yg sombong mencabar lecture.Cth dlm kelas aku ada org ni suka nak tunjuk hebat berbetah with lecture tp bila aku ada dlm kelas senyap lak.

ISMP and DPLI sama jer cuma yg bezakan adalh individu itu sendiri

Farez lagy nak menyibuk

Anonymous said...

wei...
pening dh,korg jgn buat benda bkn2 blh x.xya gaduh2,nanti masuk...gedebab,korang juga yg hapy.duit3,aku pun kering nk mampus ni...bsabar je la

Anonymous said...

upsi ni kalo bab mendenda org bukan main lagi laju... tp kalo bab duit pelajar, haa...siap staff cuti la hape la...mau delay smpi thn depan gamoknye....

Anonymous said...

assalamualaikum..
kpd semua cikgu2 dpli diharap dapat bersabar k.elaun tetap akan masuk wlu lmbt.sy pon kering tahap gaban dah ni..tp nk bt cam ne.doa je la..harap elaun dapat b4 raya ni..

p/s:
KPM pon xharus berjanji nk bg elaun b4 raya.bile dah bjanji..kte kena kotakan janji ke..raya xlama lg beb..10 hari lg..

Ismp/Dpli

Isu ni xharus diperbesarkan.
kita sbg cikgu2 harus berfikiran lbh matang cikit..
buat apa mo gadoh2 lor.
be mature cikit la.
buang masa je..yg ptg kite mst timba ilmu secukupnya utk anak2 murid kte kelak..

harap2 xde lg isu ni timbul.

~Peace~no war~

Anonymous said...

cukup2 la khabar2 angin yg dah ada tu...xnk lg dgr psl elaun...dh nk msuk tu...masuk la...dh nk sebulan khabar nk masuk...x masuk2...angin je bnyk...sakit ati betul!...khabar2 angin tu sbnrnya yg "menganginkn" kita...ingatkn dh masuk dh...bile check acc xde plak...sb tu msg2 x puas hati..."apasal aku punye x masuk lg"...pada hal sume x masuk lagi...yg buat2 citer pasal dh msuk duit 2/3 mgu lepas tu harap2 korang insaf2 la,ade kononnya siap tunjuk slip lg...kalo blum ade masuk tu jangan la nk memandai2 kecoh x tentu pasal...org lain plak kempunan...
to ISMP&DPLI...
kita sama2 la saling menghormati...
masing2 ada kekurangan...semua yang buruk dari diri sendiri,yang baik tu dari (korang tau dh kn)

Anonymous said...

macam mana x lmbtnye dol.. ni kan bln pose, keje dh la sparuh tenaga..balik plak makin awal..

keje pn jdla semakin lambat dan lembab..

bkn staff upsi je y ada habit cm ni..
sema staff jabatan krjaan..

harap najib dpt ubah bnda ni semua..

Anonymous said...

macam mana x lmbtnye dol.. ni kan bln pose, keje dh la sparuh tenaga..balik plak makin awal..

keje pn jdla semakin lambat dan lembab..

bkn staff upsi je y ada habit cm ni..
sema staff jabatan krjaan..

harap najib dpt ubah bnda ni semua..

Anonymous said...

duit..duit..di mana ko duit..money..money..where r u money..pulus..pulus kamu di mana..
aku dah x ade duit..mne nk "cikaw"..perhhhh...ku tunggu elaun KPM x masuk lagi..mula2 aku dgr sblm raye..tp,terkini dgr pas rye plk..bagi aku x kisah la masuk sblm or selapas raye..tp,kesian kt kwn2 yg dlm kesusahan..coz aku pnh gk la rse ape yg dorg rse..memang skit beb.."segale2nye memerlukan duit..duit baiii...duit..sape x nk duit baii..tpkse le g rumah ke rumah le rye ni mntk duit..ni le kehidupan kite sebenarnye...

Anonymous said...

saya setuju mengenai janji yang di buat oleh pihak KPM, seharusnya berjanji maka tepati lah janji yang ingin masukkan elaun sebelum raya nanti ada digelar salah satu golongan MUNAFIK

noor-ain nasution said...

salam...kwn2..sabar...akak nih lg lah, anak dah 2, harapkan gaji suami yang bekerja ja..dulu masa jd gstt...xlah raser sengsara mcm nih...bab2 gadai tuh dah biasa...hutang dgn adik n mak dan penuh buku 333...so, sabar

a cute punkrocker deserves a plate of carbo said...

i percaya setiap apa yang terjadi ada hikmahnya. pada i, kita ni terlalu manja. dulu i punkrocker tau you. i ada degree tapi i tak nak kerja. i survive. hidup dalam keadaan minimalis. ala you all ni, you all terpengaruh dengan pemikiran kapitalis sebenarnya. i syukur i duduk kat malim prima, ada tanah terbiar yang banyak. i tanam sayur secara buat tak paham. sekarang i bertambah sihat. i tak makan daging dah, tau. i dah jadi vegan. siapa nak join i angkat tumit kaki ok? makan sayur hari-hari. tak ada sayur rumput dan lalang aku bedal!takkan gua nak pow budak kat bus stand kot?

Anonymous said...

hoi punkrocker.. lu stakat nak tulis yg ngarut2 lu blh bla..

cb selami perasaan org y bnr2 ksusahan..dorg dh la kn byr gnti rugi sbln gaji nk dtg cni..blum lg hutang2 ya lain..

lu kutu y x keje mmg la x mrasa mcm mn duit gj sbulan diambil majikan..

jd lu jgn nk kecoh2 kt cni..


slamat ari raya dan maaf zahir batin khas utk lu..punkrocker

Anonymous said...

td lec kmi bagi tahu, elaun kita masuk lepas raya..pihak bendahari mmg xleh nak settelkan b4 raya ni..Betul ke?..plzz give de tru answer...nape leh jadi mcm ni..kesian dkt kmi..nape ari tu ckp nak kuar list name2 yang borang dia kena reject, but smpi skrg xkuar..kmi semua tertunggu2.. klu btl ada silap plz kuarkan awl, at least masa raya ni kmi leh settelkan siap2...hmm bosan betul hidup dkt upsi ni...

Anonymous said...

saya betul2 xphm nape ISMP dan DPLI jadi isu sedangkan kita belajar dlm satu kwsn yang same, dan yg saya pelik kenapa ISMP sgt bencikan DPLI sdgkan kmi xwat pape keslhn pun... smpi kutuk gile2 dkt dpli. sempat ke nak mintak maaf dkt student dpli andai kata dah tiba masa nak pergi.? klu ikutkan hati, kmi pun xnk belajar dkt sini sbb kmi dtg dr pelbagai uni. termsk uni apex. tp kmi xbising2 pun psl upsi punya management yang kmi anggap teruk sgt. sbb kmi fikir kmi nak belajar.. so, henti2lah mengutuk org bykan beristifar dan bertaubat. siapa kita utk menilai org lain, hanya yang satu sahaja berhak berbuat demikian....Fikirkanlah.....

Anonymous said...

SALAM..
PELAJAR DPLI BOLEH MENYEMAK SENARAI NAMA YANG MASIH BELUM MENGEMASKINI MAKLUMAT AKAUN (PORTAL UPSI) DI PC.I'ALLAH ELAUN MASUK RABU MINGGU HADAPAN.

Anonymous said...

SALAM..
PELAJAR DPLI BOLEH MENYEMAK SENARAI NAMA YANG MASIH BELUM MENGEMASKINI MAKLUMAT AKAUN (PORTAL UPSI) DI PC.I'ALLAH ELAUN AKAN MASUK MINGGU HADAPAN SEBELUM HARI RAYA.
SAMA2 LAH KITA BERSYUKUR..ALHAMDULILLAH.

Anonymous said...

betulke masuk ari rabu ni...
emmm..mcm dh malas nk berharap sgt..alih2 x masuk jgk..
mcm2 dh kbr angin dgr sblm ni, wat sakit hati je...
dh xde mood nk wat asgmnt ni...duit..duit..ni seme ko punye pasal...apesal la terciptanya duit kt muke bumi ni...