September 5, 2009

Pengajian Pondok Universiti

Bagi mengadaptasi suasana pengajian pondok di sebuah Institusi Pengajian Tinggi, Persatuan Pelajar Islam (PPI) UPSI dengan kerjasama Pusat Islam UPSI akan menganjurkan program pengajian pondok universiti yang masuk siri kedua pada Ahad, 16 Ramadhan 1430H bersamaan 6 September 2009 ini.

Program akan berlangsung di Dewan Sri Tanjung pada jam 9.00 hingga 11.00 pagi menampilkan Ustaz Anhar bin Opir, pensyarah Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.

Tajuk yang akan dibincangkan adalah berkenaan Fiqh Muamalah dan Fiqh Siyam (puasa).
Semua dijemput hadir.

1 comment:

Cikgu Arif said...

Salam, tahniah pada upsikini diatas perubahan yang dibuat.

Saya cadangkan upsikini dinaiktaraf kepada upsikini.com sebagaimana mahasiswakini.com. Maklumat yang disampaikan juga tidak hanya tentang politik kampus upsi, malah di perluaskan kepada beberapa kolum yang melibatkan isu dalam dan luar kampus hatta isu yang berlaku di luar negara sekalipun. Menulis pada sudut pandangan mahasiswa upsi.

Teruskan usaha kalian, semoga ia membawa kebaikan untuk semua khususnya mahasiswa.