September 5, 2009

Mahasiswi dominasi kuota kursus kahwin anjuran Pusat Islam

Program kursus kahwin anjuran Pusat Islam UPSI yang merupakan program berkala Pusat Islam tidak pernah kekurangan peserta. Namun seringkali program ini didominasi kaum hawa atau mahasiswi.

Pada hari ini, Pusat Islam sekali lagi menjalankan program kursus kahwin ini dan seperti biasa bilangan mahasiswi berbanding mahasiswa begitu jauh nisbahnya.

Dilaporkan kira-kira 300 peserta yang menyertai kursus kahwin hari ini didominasi mahasiswi dengan purata nisbah 6 : 1.

Kursus yang dijalankan di tiga Dewan Kuliah iaitu DK M, DK J dan DK K itu diadakan dua hari, hari ini dan esok.

Turut serta menguruskan kursus tersebut, Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah MPP, saudara Akmal Madzir.

2 comments:

Anonymous said...

laporan apa da..... buat pa la buat laporan mengenai nisbah pelajar... dah tau kat upsi ni hanya 23% pelajar lelaki dan 77% pelajar perempuan. dah tentu la apa2 program pun pasni nisbahnya lebih besar perempuan. dah memang logik la 5:1 kat upsi ni... kalau 6:1 yg diperkatakan, apa la bezanya sangat dgn 5:1 pelajar kat upsi ni.. ceh...

atanjamilselamat said...

elok le tu. dalam kursus elok diterang kebaikan dan manafa'at poligami. lagipun siswi sangat ramai dan setelah berkursus dapat kesedaran untuk bermadu sesama sendiri dan sanggup menerima siswa UPSI sebagai suami. kan bagus !!