September 3, 2009

Pelajar semester 7 merungut kena denda lambat daftar praktikal

Tanjong Malim, 3 September – Kegagalan mendapatkan maklumat berkenaan tarikh akhir daftar praktikal mengundang kekesalan ramai pelajar semester 7 di sini apabila didenda kerana lewat mendaftar.

Berikutan itu, ramai di kalangan mereka merungut dengan tindakan denda yang dikenakan ke atas mereka atas kesalahan tersebut. Namun timbul pertikaian apabila mereka dikatakan tidak mendapat maklumat yang jelas bila tarikh akhir mendaftar praktikal.

Seorang pelajar semester tujuh, Zul, mendakwa beliau didenda RM 35.00 atas sebab lewat mendaftar praktikal dan perkara tersebut katanya, bukan disengajakan tetapi kerana tidak mendapat maklumat.

“Kalau difikirkan memang saya tak puas hati kerana saya sendiri didenda RM 35 atas kesalahan lewat mendaftar walaupun saya hanya lewat sehari”, katanya.

Tambahnya lagi,”kelewatan saya mendaftar bukan sebab sengaja, saya betul-betul tak dapat maklumat yang jelas bila tarikh akhir mendaftar dan tiba-tiba saya diberitahu rakan tarikh akhir dah tutup”.

Beliau walau bagaimanapun membuat pendaftaran sehari selepas tarikh ditutup dan dimaklumkan perlu membayar RM 35 kerana lewat mendaftar.

Sementara itu, beberapa pelajar semester 7 lain yang turut menghadapi situasi yang sama mendakwa penyampaian maklumat yang kurang jelas adalah punca mengapa ramai yang lewat mendaftar.

Seorang pelajar Fakulti Sains & Teknologi, Mas, mendakwa memo pendaftaran yang dibacanya didalam MyUPSI Portal sebelum ini hanya tercatat untuk pendaftaran pelajar program kaunseling.

“Sebelum ini saya ada terbaca memo berkenaan pendaftaran pra praktikum pada 13 Ogos lalu tetapi saya lihat hanya ditujukan kepada pelajar program kaunseling, jadi saya tidak pula ambil apa-apa tindakan sebab saya bukan pelajar kaunseling”,jelasnya.

“Tapi tiba-tiba saya dapat tahu tarikh dah tutup dan sesiapa yang lewat akan didenda”,tambahnya lagi.

Beliau yang turut didenda atas kesalahan tersebut tidak pula memaklumkan jumlah denda yang dikenakan ke atasnya.

6 comments:

Anonymous said...

Perkhidmatan UPSI terlalu teruk...memalukan je...

Anonymous said...

salam...
Suka untuk saya beritahu kepada UPSIKINI bahawa tarikh pendftrn adalah jelas sebgimn yang diberitahu mllui mysis/myportal...sebagai seorang mahasiswa/wi seseorang individu hendaklah peka kepada apa shj makluman yg diberikan melalui mysis...pndgn saya yg 1st, selalu buka mysis/myportal, klu tak tahu bertanya pada yg lebih tahu...klu betul2 sgt tak tahu, telefon org yg lebih tahu...such as bhgn akademik, atau ULM....pndgn yg ke2, jgn cepat melatah klu kena denda...klu tak mmpu pergi buat rayuan kat bhgn akademik...mmg dorg takkan hapuskan tp akan dikurangkan...itu sbg tanda peringatan pd kiter...kdg2 disbbkan leka dgn benda yg takpenting, itu adalah satu hukuman...elok diigtkan dari lalai terus...salam...

Anonymous said...

Jika dikatakan perkhidmatan UPSI terlalu teruk, mengapa seramai 2000 lebih pelajar berjaya mendaftar tepat pada masanya..???
Anda yg hanya beberapa kerat nie tidak peka!! Macamana nak jadi cikgu kalau tidak peka dengan keadaan sekeliling.
Jangan mudah menuding jari pada orang lain, muhasabah dulu diri sendiri, barulah boleh menilai orang lain.

Anonymous said...

korang nie baca tak pengumuman yg ditampal di fakulti, takkan belajar tinggi2 pun tak boleh faham baca pengumuman tue kot, orang lain smua boleh faham, camner ko tak faham...???
kan ker dekat makluman tue pihak akademik dah kasi jelas,
ada dua jenis pendaftaran praktikum,
satu untuk pelajar selain kaunseling, dan satu lagi kod utk pelajar kaunseling. supaya pelajar tak tersalah add kod kursus..
itu pun tak boleh faham ker...???

Anonymous said...

kot ye pon nak denda...tak boleh ke klu denda tanpa menggunakan duit??? kami ni pelajar, duit pon ada dari biasiswa jek.. klu dah asyik2 upsi nak duit kami jerk,abis kami nak makan ape?? lagipon dah nama lagi kami student,klu salah sikit terus nak duit,teruklah kami mcmni.. kami takut la dgn UPSI.. ingat ALONG jerk yg teruk... skrg zaman duit...

Anonymous said...

pihak pengurusan upsi memang teruk...ptptn dpt lambat..bodaoh punya sistem