September 18, 2009

Kandas : Bas Mahligai harapan pelajar terkandas, Zulhilmi cuba dapatkan bas UPSI

Tanjong Malim, 18 September – Semua pelajar terkandas yang tidak mempunyai inisiatif lain untuk pulang ke kampung dilaporkan hanya mengharapkan bas Mahligai yang dijangka akan menyediakan perkhidmatan perjalanan ke Kota Bharu, Kelantan jam 2.00 petang ini.

Berikutan itu, rata-rata pelajar yang terlibat dalam penipuan bas catar malam semalam hanya bergantung harap kepada perkhidmatan bas tersebut

UPSIkini yang dihubungi seorang sumber berkata, meskipun bas Mahligai akan menyediakan perkhidmatan ke Kota Bharu pada petang ini, namun itu bukanlah sebagai ganti rugi kepada apa yang berlaku terhadap kira-kira 200 pelajar yang ditipu tersebut dan mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan bas mahligai ini perlu membeli tiket baru yang disediakan pihak syarikat.

Exco Kebajikan & Kemasyarakatan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI yang dihubungi UPSIkini bagi mendapatkan perkembangan terkini berkata, beliau akan ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) pada pagi ini untuk mendapatkan maklum balas berkenaan permohonan bas UPSI bagi memberi bantuan kepada mereka yang terlibat.

Dalam pada itu katanya, seorang pegawai HEP yang dihubunginya dilaporkan akan membuat permohonan segera kepada Penolong Pendaftar untuk mendapatkan bas UPSI seperti yang dicadangkannya malam semalam.

Namun katanya, pegawai terbabit tidak dapat memberi jaminan sama ada permohonan itu diluluskan atau tidak kerana sebahagian pemandu yang bertugas di Unit Pengangkutan UPSI sudah bercuti. Katanya lagi permohonan itu juga bergantung sama ada bas UPSI masih ada atau sebaliknya pada hari ini.

2 comments:

Anonymous said...

Hish macam mana boleh jadi begini.
Selepas ini saya syorkan:

1) Sebelum sesuatu iklan itu ditampal, pastikan kesahihan dan kebenaran perkhidmatan yang disediakan.
2) Ketahui status pengendali dari segi lesen,pemandu yang sah.

2 tugas diatas harus digalas oleh JHEPA.

-Mantan Pemerhati Kampus_

♥ HeRWaNa HeRMan ♥ said...

assalamualaikum..

*housemate saya(MIZA) sem 1 terlibat dgn masalah ini. Kasihan saya tengok dia yg happy2 nak balik tiba-tiba terkandas. bayangkan kalau pelajar sem 1 yang terkandas tu dah la org susah dan masih belum dpt pinjaman ptptn.. huhuhu sedihkan... housemate saya kata bas ambil mereka jam 5 ptg ini bukan 2.30 ptg. apa-apa pun saya doakan semua pelajar yang terkandas dapat pulang ke kampung halaman dengan selamat untuk berhari raya dengan keluarga yang tercinta. semoga kejadian seperti ini tidak berulang kembali terutama untuk cuti sem akan datang..