September 4, 2009

Kes Audi : Pro Kebajikan tunda tarikh dedah bukti baru

Tanjong Malim, 4 September – Pro Kebajikan petang tadi memaklumkan pendedahan bukti baru kes audi yang dilaporkan akan dibuat hari ini terpaksa ditunda kepada satu tarikh lain.

Ketua Penerangannya yang memaklumkan perkara tersebut kepada UPSIkini menjelaskan penundaan tarikh bagi mendedahkan bukti baru itu berikutan ketiadaan sebahagian besar pimpinan Pro Kebajikan kerana mempunyai komitmen lain yang lebih penting.

Dalam pada itu, katanya, wakil Alumni Mahasiswa Islam (AMI) UPSI juga tidak dapat menghantar wakilnya pada hari ini bagi membincangkan saranan AMI mengambil alih kes tersebut.

Beliau walau bagaimanpun memberi jaminan pendedahan itu akan dibuat dan akan mengumumkan tarikhnya dalam masa terdekat.

4 comments:

CheguFadh said...

korang dah contact ke YB Mahfuz?
hari tu dgr nk mintak die bwk isu ni..aku ingat korg akan cntct Salahuddin Ayub or Saifudin Nasution..

ape2 pn suarakan supaya layanan dan keadilan diberi sama rata dalam kampus kite..

alumni mpp said...

ala...
xder bukti lah tuh..
buat gempaq jer pro kebajikan ni.
jangan carik publisiti murahan.

Anonymous said...

suma 2 xguna....lau diaorg mrintah mcm 2 jgk diaorg wt sama ja parti politik ni cuma nm2 besar sperti mahfuz, salahuddin atau Saifuddin Nasution ni sedar dpbodohkan......korang yg sokong pn bodoh.....

Anonymous said...

banyak lagi kebajikan yang tak terusik..dah sekat nak pencen nie..pe rasional letak kipas kat bus stop kampus kalau tak guna???benda nie aku penah cakap kat MPP usahawan (fitri)..sama je..tu baru 1 benda..tinjau aa kemudahan student kat kampus dlu, anjur program grand gaban pun..kalau student tak selesa watpe??manifesto terbang melayang
-karim khar-