September 5, 2009

“Kehilangannya amat dirasai kami” – keluarga Norazlina

Jelawat, 5 September – “Kami sangat sedih dengan kehilangannya namun kami redha”. Begitulah ungkapan yang diluahkan keluarga Allahyarhamah Norazlina yang maut dalam satu kemalangan jalan raya 28 Ogos lalu.

Rombongan wakil UPSI yang menziarahi keluarga Allahyarhamah di Kampung Tualang Salak, Jelawat Kelantan selamat sampai kira-kira jam 10.00 pagi tadi dan disambut dengan linangan air mata nenek Allahyarhamah yang begitu terasa kehilangannya.

Allahyarhamah yang lebih mesra dengan panggilan Kak Long oleh keluarganya dikatakan begitu rapat dengan neneknya sejak dari kecil dan Allahyarhamah pernah dijaga beliau semasa kecil.

Menurut Mohd Noor, bapa Allahyarhamah, tiada tanda-tanda beliau ingin pergi sebelum kejadian malang itu menimpanya.

“Tak ada apa-apa tanda yang menunjukkan dia nak pergi Cuma lebih kurang jam 12.00 malam tu, arwah ada menelefon untuk ucap selamat hari lahir kepada saya dan kemudian dalam jam 3 pagi, adiknya pula telefon kata terlibat dengan kemalangan.

“Kemudaian saya terus ke tempat kejadian tapi saya dapat panggilan lepas tu untuk ke hospital pada jam 6.00 pagi”, katanya ketika ditanya Zulhilmi, salah seorang wakil rombongan ziarah tersebut.

Dalam pada itu, ibunya berkata Allahyarhamah mempunyai impian terakhir sebelum terlibat dalam kemalangan tersebut.

“Arwah Kak Long ada pesan kepada saya minta saya tempah kek sebab Kak Long nak sambut ulangtahun hari lahirnya bersama abahnya dan ulangtahun perkahwinan kami, tapi tak sempat dia nak sambut bila saya dapat tahu dia dah tak ada”, katanya sebak mengingatkan arwah yang merupakan anak sulong dalam keluarga.

Sementara itu, pihak rombongan yang terdiri daripada Exco Kebajikan & Kemasyarakatan MPP, Mohd Zulhilmi Mohd Noor, Adriyani Yamin dan Exco Akademik & Kerjaya MPP, Nur Aqilah Hanis serta pegawai Jabatan hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) turut menyerahkan kutipan sumbangan daripada warga UPSI sebanyak RM 1538.10 dan barang-barang Allahyarhamah.

3 comments:

GPI SKSV said...

Al-Fatihah untuk beliau.
Komitmen dari exco Kebajikan sgt saya sanjung...

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

Salam Takziah buat keluarga Allahyarham. Semoga tabah dan diberi kekuatan untuk menghadapi ujian ini.

Peristiwa kematian yg kita dengar, seharusnya menjadi peringatan yg mendalam buat kita semua.Ingatlah bahawa kehidupan didunia hanyalah suatu kehidupan yang amat singkat.Semoga kita semua pulang mengadapNya dengan hati yang sejahtera.

Tahniah buat MPP kebajikan yang sememangnya mengambil berat hal2 kebajikan seperti ini. Saya akan terus menyokong kalian. Mari kita kekalkan MPP kebajikan pada PRK akan datang.

Kebajikan Teras Kepimpinan,

Tg Abd Ghafar Tg Ahmad

Anonymous said...

salam takziah utk saudara kita yg telah pergi meninggalkan kita..semoga roh dan jasad nya bersemadi dengan aman dan diberkati allah swt.amin