Tanjong Malim, 17 September – Tarikh Pilihan Raya Kampus mungkin jatuh pada hari Sabtu, 10 Oktober 2009, dua minggu selepas pelajar kembali dari cuti Hari Raya Aidilfitri, kata seorang sumber yang menyampaikan maklumat tersebut kepada UPSIkini semalam.
Menurut sumber itu lagi, tarikh penamaan calon akan diadakan pada 7 Oktober, 3 hari sebelum tarikh membuang undi.
Dalam pada itu katanya, pra syarat sebelum menawarkan diri menjadi calon masih dikekalkan dengan format yang lama iaitu perlu menghadiri kursus yang dianjurkan pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UPSI yang dijangka akan diadakan pada 3 dan 4 Oktober ini.
Namun katanya, pihak yang akan mengendalikan kursus tersebut akan diberikan kepada Biro Tata Negara yang diketahui ramai pihak sebagai agen Pro Barisan Nasional.
Sistem e-voting juga dikatakan akan dikekalkan sebagai kaedah mengundi yang digunapakai dalam PRK kali ini
Dalam perkembangan berkaitan, beberapa pihak sudah mula menjalankan kempen awal dalam menonjolkan diri di kalangan pelajar di sini. Antaranya kata sumber, mereka telah cuba menarik perhatian mahasiswa dengan mengedar ‘mask’ kepada pelajar-pelajar yang menunggu bas untuk pulang ke kampung di beberapa kawasan di sini.
Sementara itu, ramai pemerhati menjangkakan PRK pada kali ini bakal menyaksikan pertembungan sengit dua kumpulan besar di UPSI selain beberapa calon bebas di beberapa kerusi yang dipertandingkan.
4 comments:
boleh tau perkembangan jela, xbleh nk undi dh...
harap2 ada perubahan pucuk pimpinan lagi..
KAMI MAHUKAN KEPIMPINAN ULAMAH, BUKAN KEPIMPINAN SEKULAR..
:: hope y benar akn memenangi PRK pd kali ini..
calon2 y bkn sekadar nk jadi glamour..
harap jd y mesra rakyat, berkebajikan, punya sahsiah diri y tggi.. dll..
Post a Comment