September 1, 2009

“Pernah buka UPSIkini?” antara soalan dalam temuduga SMU, Mr. Teller ucap terima kasih

Tanjong Malim, 1 September – Temuduga bagi menjadi ahli Kelab Sahabat Mahasiswa Universiti yang dikatakan semakin hilang hala tuju pada masa ini membingungkan bakal ahli-ahli baru kelab tersebut apabila soalan yang ditanya penemuduga tidak menjurus kepada kelab SMU.

Seorang mahasiswa semester satu yang terlibat dalam proses tersebut mendakwa antara soalan yang ditanya dalam sesi temuduga tersebut adalah berkenaan UPSIkini.

Menurut sumber, soalan yang kerap ditanya adalah ‘pernah buka UPSIkini?’ dan pandangan mereka berkenaan laporan yang disiarkan UPSIkini termasuk isu konsert.

Tambah sumber itu lagi, kebanyakan mereka yang hadir dalam sesi temuduga tersebut adalah pelajar semester satu.

Ketua Editor UPSIkini apabila dimaklumkan tentang perkara ini mengucapkan terima kasih kepada pihak SMU atas publisiti yang diberikan kepada UPSIkini.

“Saya secara peribadi mengucapkan terima kasih kepada pihak SMU kerana membuat publisiti kepada UPSIkini dan ini adalah satu perkara yang harus dicontohi semua persatuan atau kelab di UPSI kerana mahasiswa seluruhnya terutamanya yang masih di tahun satu harus tahu perkembangan semasa UPSI – salah satunya kewujudan UPSIkini sebagai medium mendapatkan maklumat”,jelasnya.

Dalam pada itu, sesi temuduga yang diadakan dilaporkan berjalan lancar.

Kelab SMU sebelum ini dikatakan bakal dibubar berikutan kegagalan diberi mandat dalam penganjuran Minggu Suai Kenal yang diambil alih MPP.

Beberapa minggu lalu, SMU sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila beberapa ahlinya didakwa mengeluarkan kata-kata yang menghina pelajar DPLI serta dakwaan sebagai kelab paling banyak ‘baju korporat’.

3 comments:

maahadian almuallim said...

wAH..
Soalannya bagaikan nak masuk sebuah pergerakan HARAM...

Adakah SMU sebuah pergerakan HARAM di UPSI..

eee...
najis..

alya sujuepy gulz said...

saya salah seorang yang akan di temuduga oleh pihak upsi untuk melayakkan saya mendapat diploma yang saya inginkan.Boleh saya tahu apakah soalan yang sering ditanya oleh pihak upsi dan macam mana ujian yang akan di buat oleh pihak upsi.

alya sujuepy gulz said...

saya merupakan salah seorang yang akan ditemuduga oleh pihak upsi.Boleh saya tahu apakah solan yang sering diajukan oleh pihak upsi kepada calon temuduga dan bagaimanakah soalan ujian yang diberikan oleh pihak upsi.Pertolongan anda amat saya hargai.