September 11, 2009

Pelajar China mula tonjol identiti, cari ahli kumpulan tarian Hip Hop

Tanjong Malim, 11 September – Pelajar antarabangsa dari China yang melanjutkan pelajaran mereka di UPSI bermula Julai lalu semakin selesa dengan suasana di sini dan mula menonjolkan identiti mereka.

Terbaru, mereka dilaporkan sedang mencari ahli untuk satu kumpulan tarian Hip Hop yang cuba untuk ditubuhkan di sini dengan menampal iklan di beberapa kawasan kediaman pelajar.

Keratan iklan yang memaparkan tulisan berbahasa mandarin pada awal huraian iklan itu antara lain mempelawa orang luar untuk menyertai kumpulan mereka selain mendakwa mereka merupakan pelajar yang mengambil program penarian.

Selain itu, iklan yang berlatar belakangkan imej wanita berpakaian menjolok mata itu, turut menyediakan tawaran pelbagai jenis kursus penarian yang dibuka kepada orang luar dan mengalu-alukan penyertaan mereka yang berminat dalam bidang tarian.

Meskipun di dalam perenggan iklan itu meletakkan sasaran kepada orang luar namun di bahagian tepi ruangan iklan tersebut tercatat perkataan ‘recruit students’ dan tulisan berbahasa cina berwarna merah yang dipercayai mempunyai maksud yang sama.

Penyebaran iklan ini walau bagaimanapun menimbulkan tanda tanya adakah mereka mahu menubuhkan kumpulan tarian yang tidak melibatkan pelajar atau sebaliknya.

UPSIkini yang menghubungi Exco Kesenian & Kebudayaan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), saudara Norhisham Che Hamid bagi mendapatkan kepastian tentang perkembangan tersebut mendakwa beliau tidak mendapat maklumat tentang perkara tersebut dan akan menyiasat sama ada cadangan penubuhan kumpulan itu melibatkan UPSI atau sebaliknya.

Dalam pada itu, beliau mengeluarkan kenyataan awal untuk menolak sebarang cadangan penubuhan kelab atau kumpulan kesenian yang tidak membina intelektual mahasiswa dan tidak selari dengan imej seorang pendidik.

Sebelum ini UPSIkini melaporkan 4 pelajar China yang melanjutkan pelajaran mereka di sini bermula awal Julai lalu telah mengambil keputusan berhenti daripada meneruskan pengajian.

7 comments:

Anonymous said...

saya terpandang iklan pelajar china terbabit. tergerak rasa hati, inikah budaya yang mereka ingin sebarkan di upsi?

sabir said...

repot je kt orang atas senag je...

eza roslan said...

selidik dulu,jgn melulu.jgn bg kme sgt kat doang neh.

Anonymous said...

yg herannya tindakan disiplin xkena plak kt bdk2 ni....mana pergi ktegasan pak guard upsi yg salu tunjuk hebat 2

Anonymous said...

Pak Guard seharusnya menangkap mereka memandang mereka tidak memakai mengikut etika pemakaian dan memakai terlalu seksi dan menjolok mata sehingga menyebabkan ramai pelajar upsi tidak menyenangkannya.Budaya Hip Hop yang dibawa masuk ke upsi harus disekat kerana bertentang dengan budaya pendidik.

Anonymous said...

pak guard pasai pa hang dok tnngu lg, pi la saman depa tuh..

emotion device said...

Biar la. Cuba banyangkan kalau korang gi tempat orang nak pakai tudung ditegah, nak buat nasyid dituduh nak sebarkan ajaran sesat. Cuba fikir positif. Kita xdapat datang negara orang so dengan kedatangan orang ke negara kita kita ambik la peluang mengenali diorang. (Bukan bermaksud suruh join menari hip hop.. tapi kalau korang suka apa salahnya) Aku dah meluat ngan sifat orang melayu.. semua orang lain buat tak leh. Nak marah. Orang india nak buat kuil pun menentang sampai nak berperang. Tolong la.. Jangan mewarisi kebencian. Kita ada akal. Toleransi penting.