Tanjong Malim, 10 September – Provokasi sekumpulan 486 sukarelawan Indonesia yang melancarkan kempen ‘sapu Malaysia’ (sweeping Malaysia) dengan bersenjatakan buluh runcing disifatkan Mohd Nawwar Abu Mukhtar, mantan Presiden Persatuan Pendidikan Islam (PPI ) UPSI sebagai kesan daripada fahaman nasionalist dan boleh membawa kepada permusuhan antara satu sama lain.
Kumpulan terbabit yang menggelarkan mereka sebagai Kumpulan Pemuda Nasionalis Bendera kelmarin melancarkan kempen ‘sapu Malaysia’ dengan menahan kenderaan di jalan raya untuk mencari dan mengusir rakyat Malaysia.
Nawwar dalam ulasan berkenaan perkembangan tersebut menyifatkan provokasi ‘buluh runcing’ sekumpulan warga Indonesia itu sebagai kesan buruk daripada fahaman nasionalist dan bertentangan dengan nilai persaudaraan yang dipupuk dalam Islam.
“Inilah kesannya fahaman yang bercanggah dengan nilai-nilai keadilan dan kehormanian seluruh umat yang sudah tentunya tidak selari dengan apa yang diajar dalam Islam.
“Tapi malangnya orang Islam itu sendiri begitu berpegang kepada fahaman nasionalist ini dan akhirnya bertindak mengikut emosi sambil bermegah dengan semangat nasional”,ujarnya.
Dalam pada itu, beliau turut mengajak seluruh mahasiswa UPSI menilai di mana letaknya kewarasan fikiran sebagai manusia yang bertamadun apabila mengajak sesebuah negara berperang hanya kerana dakwaan mencuri tarian.
“Saya kira semua kita di sini boleh fikir, di mana letaknya kewarasan fikiran seorang manusia bertamadun apabila mengajak orang berperang hanya kerana sebuah tarian.
“Jadi saya ingin menasihatkan kepada warga UPSI terutamanya yang beragama Islam untuk sama-sama kita berpegang teguh apa yang telah diajar dalam agama kita kerana Islam itu sudah sempurna untuk diamalkan dan dipraktikkan dalam setiap aspek termasuk hal-hal yang berkaitan dengan budaya,”jelasnya.
Dalam perkembangan berkaitan, media tempatan melaporkan Jakarta melalui Duta Besarnya memberi jaminan pihak pemerintah Indonesia akan mengambil tindakan bagi memastikan warga Malaysia di sana selamat.

5 comments:
ooo nama dia ni nawwar,,, amik kursus kawen mcm x amik jek.. aleh2 dpt sijil dah.. erm,, mesti sbb ilmu dah penuh di dada ni... by the way,, btol la,, skrg ni mcm2 dibuat oleh pihak sana utk meneruhkan lagi keadaan malaysia-indonesia..
org indon wat g2 ada sebabnya...
org m'sia wat g2 pun ada sebabnya...
masing2 cba nk mpertahankn hak sndri...
dorg kt sna, membnci kta d cini...
kta pla kt cni asyik dok mgata dorg kt sna...
ish2...
ish2..
jgn le ckp cm tu..
x semua org indon cm tu..
ni mse dorg..
ni mse kite plk..
x elok gaduh2..
sabar..
1 x bleh sabar kite sabar
2 x bleh sabar kite sabar
cukup 3 x sabar..
klu lebih2 hayun je la parang tu..
tu kire dh x leh nk wt ape2..
ni dh masuk cite gaduh..
gua sedia bantu..
perteguhkan aqidah, pasti segalanya selamat, usahkan dunia, akhirat utamanya...
'buluh runcing'.. erm..umat islam kena banyak berfikir tentang apa disebalik mee ini...jangan hanya melemparkan pandangan kosong, respon yang baik dari mantan presiden PPI.
terima kasih upsi kini membuka minda mahasiswa.
yang nak berperang dengan kita nie..bukan smuanya islam..indon tu memang negara islam. tapi bukan smua..huhuhu
Post a Comment