September 11, 2009

MPP Pro Kebajikan : AGM tetap diadakan

Tanjong Malim, 11 September – Mesyuarat Agung Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI akan tetap diadakan oleh MPP Pro Kebajikan meskipun tidak mendapat persetujuan Yang Dipertua MPP, saudara Mohamad Hairie Abdullah.

Penegasan itu dilontarkan Exco Akademik & Kerjaya MPP, Arif Mohamad ketika menjawab persoalan sama ada MPP Pro Kebajikan bersedia untuk mengadakan Mesyuarat Agung tersebut ataupun sebaliknya.

Beliau turut menegaskan MPP Pro Kebajikan komited dalam membentangkan segala perbelanjaan dan pengurusan program yang dilaksanakan malah bersedia menerima teguran dan kritikan mahasiswa.

“Kami dalam MPP Pro Kebajikan akan tetap adakan AGM untuk memenuhi hak seluruh mahasiswa UPSI dan kita juga bersedia menerima sebarang teguran, kritikan daripada mereka”, jelasnya.

Dalam pada itu katanya, AGM akan turut memberi ruang kepada mahasiswa memberi cadangan untuk menambah baik badan tertinggi mahasiswa itu pada masa akan datang.

“Kita juga sedia mendengar dan menerima semua cadangan daripada mahasiswa sama ada di peringkat persatuan, JMK atau mana-mana mahasiswa untuk kita perbaiki dan ambil tindakan untuk menambah baik MPP pada masa akan datang”,ujarnya.

Ditanya tidakkah tindakan mengadakan AGM tanpa persetujuan YDP dilihat membelakangkan beliau, Arif berkata perkara tersebut tidak timbul kerana bagi MPP Pro Kebajikan, dalam perkara ini mahasiswa adalah YDP yang patut diberi penghormatan.

“Isu membelakangkan beliau tidak timbul kerana kita sudah hantar surat, tapi tiada respon, jadi kita ambil pendekatan untuk buat bagi memenuhi hak mahasiswa sebagai pembayar yuran MPP dan bagi kami untuk perkara ini, mahasiswa adalah YDP”, katanya.

MPP Pro Kebajikan pada Julai lalu mencadangkan agar Mesyuarat Agung MPP melibatkan seluruh mahasiswa UPSI diadakan namun belum mendapat sebarang respon sehingga hari ini.

8 comments:

Anonymous said...

Adoiii...
Kenapalah kowg nie x phm prosedur kewangan di seluruh IPTA? Kalau kowg ckp bnd nie berkaitan ngn mahasiswa, dan kita perlu tahu, KENAPA KITA X SURUH HEP KUARKAN LAPORAN KEWANGAN DIA??? Kenapa? Yg Ke-2, Kenapa Perdana Menteri Kita sendiri pon x kuarkan Laporan kewangan kepada rakyat, rakyat hanya tahu belanjawa yg di bentangkan shj, tp laporan ad ka owg bentang?

Yg ke-3, ko pegi lah mana2 universiti pon laporan kewangan adalah sulit. Halo, kwn2, kalau sume bnd nk didedahkan, lingkuplah UPSI. Korg nie blajaq tinggi, paham x ap itu prosedur kewangan?

Yg ak herannya, kowg minta MPP yg kuarkan, stahu aku yg pegang duit adalah bendahari UPSI, aku ada cadangan better kowg pegi jumpa bendahari UPSI, n minta report daripada diowg sebab yg uruskan akaun amanah pelajar bukan student atau bendaharai MPP, tp Bendahari UPSI.

Arif, sudah capaikah manifesto??? aku pon heran, Ini manifesto Nazirah Jiat nie, ingin mendedahkan belanjawan MPP! kowg ada skandal ka? Satu lagi arief, mana subjek pendidikan Islam yg ko nk wajibkan di ambil di UPSI 2?

UPSIKINI bleh x kalo nk cdgkan mana Pro Kebajikan dapat peruntukkan berbuka puasa di Bilik Seminar? X kanlah sepanjang Ramadhan diberi peruntukkan, masuk audit Pusat Islam Kantoi. Maybe cuba selongkar benda itu. Then mana Pro Kebajikan dapat duit untuk gantung2 banner atas nama Pro Kebajikan 2? Budget MPP? Aku rs x lulus sebab nie tujuannya untuk politik dan bukan kebajikan.

Seterusnya Adriyanie ada edarkan soal selidik ke seluruh warga kampus, itu peruntukkan mana? poket sendiri ka? ak rasa x percaya lah. Kenapa x selongkar perkara ini

Kalau betul UPSIKINI ini neutral, pasti dh selidik benda2 ini.


Staff Bendahari UPSI

Anonymous said...

aaahhh..stuju ngan cadangan tu...suruh je pihak bendahari keluarkan laporan audit... nape nk kAITkan dgn MPP... sy rasa byk lg menifesto yg manis2 dijanjikan x dilaksanakan.. sy takut dkt akhirat nanti Allah S.W.T tuntut... sesiapa saja MPP yg ada membuat janji...tlg tunaikan janji anda kpd kami semua... kami sokong anda pun sebab janji manis anda sblm pilihan raya dulu...

skrg ni dh nk pilihan raya dah...tapi x semua MPP yg dh tunaikan janji anda... INGAT janji mesti ditepati... takut anda kena jawab kat akhirat... x kira lah anda pro kebajikan atau pendokong aspirasi Universiti..

p/s jgn pandai berjanji je..tapi satu benda pun x buat.... salam Ramadhan...

anti staf upsi said...

betul ker staff bendahari ni???
jgn kencing....

exsmu said...

yg dirisaukan golongan semua ni,dowg akn kantoi sebab duit2 ni dah disalahguna dan masuk akaun satu psatuan yg kontroversi kat upsi ni.psatuan yang songlap banyak duit mahasiswa padahal banyak mahasiswa yang tak telibat ngn dowg.

baru2 ni punye kes pun bukan ktowg xtau duit prgram msk masuk kat akaun mane.


rm80 stp mhsswa byr kt mpp.u lain tak mcm ni.tanyer budk dpli kalu tak cayer.tapi takkan bendahari mpp tak tau langsung.bodoh ke bendahari mpp kite smp tak tau ap2 lgsg?

exsmu said...

antistaf,

bnyk smu dh terlatih nak buat kijo ni
mcm kite tak kenal geng si saiful,rashit & raimi

yang jadi talam dua muka pun ada

jaga la kowg prokebajikan,banyak dah menyelinap masuk dalam kowg.kowg tak perasan.semua memang dah terlatih untuk menipu

Anonymous said...

Kepada : staf bendahari upsi

yang emo tak tentu pasal ni apahal yob?ko terlibat dengan mana-mana penyelewengan ke ape?ko skali join p kemboja, beijing, dapat baju korarat free, dapat mcm2 free dari duit kaun MPP ke?kami nak tgk akaun MPP je la..duit yang kami bayar..ko tak nak lantak ko la..Pm Malaysia tak bentang sebab dia pon songlap juta2..1 Malaysia dah tau..memang r pegang duit bendahari,yang guna MPP tapu mungkin org cam ko pun rembat gak..kalo perbelanjaan konvo 70 000, bagi la kami tgk ke mana 70 000 tu?itu je..masa nak bentang tu ko suruh r bendahari mpp tu adjust2 bg tak kantoi..itu pun nak kena ajar ke?jangan la tunjuk sangat ada seleweng..kenapa bole lingkup upsi kalo dedahkan laporan kewangan?UPSI tak lingkup la, orang yg seleweng yg lingkup..kalo betul2 guna duit rakyat dengan amanah, apa nak takut..Ini semua spesies seleweng sume ni..MPP wajib buat AGM..tapi aku rasa diorang takkan buat..MPP Pro Kebajikan kalo nak wat teruskan..gua support..

Anonymous said...

"masa nak bentang tu ko suruh r bendahari mpp tu adjust2 bg tak kantoi.."

ni petikan yang terdapat di dalam comment yang dituju kepada bendahari upsi, kalau kita teliti petikan ni,samalah juga, dengan kes yang digembar-gembur ttg Audi. bleh pecaye ke gambar 2. tah tah korang p cari bendera,lepas 2 korang gantung and tangkap gambar.. boleh jadi kan cam 2.. sebab x de bukti jelas, yang ade hanya bendera,,, sape-sape pun boleh buat kalau ade perasaan iri hati dengan, tujuan untuk menjatuhkan sesuatu pihak.

agus said...

yer betul...
sebenarnya, kita semua sedia maklum, bendahari upsi lah yang mengajar bendahari MPP songlap duit.
sebab aper, sebabnye bendahari upsi lah yang mengajar bendahari MPP supaya jgn bentangkan kewangan mpp..dah boleh nampak belang bendahari upsi..
kepala songlap adalah En. Najib (botak tengah).dia nama jer ASP Polis SUKSIS, tapi banyak bagi kroni dpt Tender..lagi2 pasal Pesta KOnvo..so, bendahari + YDP MPP belajar drpd bendahari upsi la..
so, ape citer wahai bendahari??
apa mau takut...????