September 9, 2009

Kes Audi : Bukti baru didedah, Pro Kebajikan setuju serah kes kepada AMI

Pro Kebajikan hari ini mendedahkan bukti baru kes Audi kepada umum selepas berbuat demikian di hadapan penyokong mereka semalam.

Bukti terbaru merupakan sekeping gambar yang memaparkan bendera Barisan Nasional (BN) pada dinding di dalam Auditorium Utama UPSI.


Ketua Penerangan Pro Kebajikan yang menjelaskan pendedahan tersebut berkata maklumat yang diterima mengatakan gambar itu diambil semasa program parti politik tersebut berlangsung pada Disember 2007 yang merupakan program gerak kerja BN dalam mempersiapkan jentera menjelang Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac 2008.

Ujarnya lagi, gambar-gambar yang diterima Pro Kebajikan berkaitan kes tersebut menunjukkan secara jelas bahawa BN pernah menggunakn UPSI untuk program parti mereka.

Walau bagaimanapun imej individu yang terdapat dalam gambar tersebut digelapkan. Menjelaskan perkara tersebut, beliau berkata imej individu itu ditutup kerana fokus pendedahan bukti tersebut adalah untuk menunjukkan bahawa program kepartian memang ada dijalankan di UPSI.

“Gambar individu itu memang kita tutup kerana fokus kita adalah untuk mendedahkan bahawa program kepartian memang ada dijalankan di UPSI dan kini kita tahu siapa yang dipergunakan sebenarnya”, jelasnya.

Tambahnya lagi,”soal siapa yang terlibat mungkin akan dibuat selepas ini dan setakat ini kita dah dedahkan 2 bukti yang jelas menunjukkan ada pihak di dalam UPSI dipergunakan parti politik tertentu meskipun sebelum ini mereka lantang menegah mahasiswa jangan terlibat dengan mana-mana parti politik”,tegasnya.

Sementara itu Pro Kebajikan turut mengumumkan persetujuan menyerahkan kes tersebut kepada Alumni Mahasiswa Islam (AMI) UPSI selepas perbincangan dibuat antara kedua-dua pihak semalam.

“Kes ini kita putuskan untuk serahkan kepada AMI selepas syarat yang kita letakkan dipersetujui walaupun banyak lagi bukti yang belum kita dedahkan dan AMI selepas ini bertanggungjawab dalam setiap tindakan yang dibuat, bukti lain juga kita dah serahkan semuanya pada AMI”,katanya.

Dalam pada itu, rata-rata pemerhati yang mengikuti perkembangan kes ini menyifatkan tindakan Pro Kebajikan mendedahkan bukti baru ini bakal mengundang pelbagai spekulasi berkenaan siapa dalang di sebalik penganjuran program tersebut di UPSI.

Kes Audi mula menjadi perhatian warga UPSI sejak pendedahan pertama yang dibuat Julai lalu yang menunjukkan sekeping gambar bendera-bendera parti BN di dalam Auditorium Utama UPSI.


11 comments:

Anonymous said...

wei!ape lah yg bengap sgt ni?upsi ni kerajaan punya...jd nye kerajaan berhak untuk gn kan upsi atau mn2 universiti pun utk wat pape pun.semua yg ada kat upsi ni pun atas bantuan kerajaan.so jgn lah nak pertikaikan bl BN gn audi..ermmm...lg satu setakat bendera tu,mn2 leh dpt...pastu gntg kat dinding audi tu sape2 leh wat...kata gmbr ni diambil ms program berlangsung,tak kan takde org kot....pastu lampu pun bukak ckit je...PELIK..org kalau tak puas hati ni ada je kan.yg takde pun jadi ada..dlm Islam kata,kalau memfitnah ni hukumnya sama mcm membunuh...mesti tau kan sbb amalkan ajaran Islam yg SEBENARNYA?

Anonymous said...

sama-sama kita terjah!! haha.. teruskan usaha

acapulco said...

x gempaq pun...
berita dah basi..
wahai pro pembangkang @ pro kebajikan.berilah bukti terkini.
ini tahun 2007..BN dah kalh pun kat Perak. then menang balik..
carik benda lain..jgn campur politik luar..politik kampus cukup ler..jgn nampak kan anda ketandusan idea..jgn cari publisiti murahan..takut nanti blog anda kena godam dgn org2 umno di upsi.. kekalkan info pasal gerakan pelajar. isu audi dah basi..ok..

anti oksida

Anonymous said...

MEMANG LAH KERAJAAN BERHAK MENGGUNAKAN SEMUA INFRASTRUKTUR DI BAWAH NAAM KERAJAAN, TP BN TU BUKAN KERAJAAN, TU PARTI POLITIK.. APALAH XBLEH BENDA2 MACAM TU.. KALAU TAKUT DILAMBUNG OMBAK JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI, KALAU RASA DI PIHAK YANG BENAR, BENARKAN KAMI MENDEDAHKAN APA ITU AUKU SEBENARNYA, JGN SALAH GUNAKAN AUKU UNTUK KEPENTINGAN POLITIK SEMATA-MATA, SETAKAT NAK UGUT GODAM BLOG UPSI KINI NI, XYAH LAH, BLOG UPSI PN BLEH GODAM.. KASI BOOM LAGI.. BIAR MELETUP, SEMUA AKSES XBLEH GUNA.. TP KAMI XJAHAT MCM DORG NI, ADA SAJA NAK SEKAT.. MAN KEBEBASAN SEBENAR DATO NAIB CANSELOR..??

blue film said...

Kalu setakat tempek bendera BN pastu ambil dari angle yg lain calim kata "Pro Kebajikan Buat Pendedahan Eklusif" budak2 Seni Visual Sem 1 pun boleh buat bang. Adakah ini aja yang korang ada??? Gambar gelapkan tu sebanrnya gambar korang jugak yang korang ambil secara sendirian. X payahlah nak gunakan taktik basi mcm nie. Lepas nie aku amik gmbar budak2 tudung labuh yang sedang berasmara dana pastu 'hitamkan' muka dia...Sedangkan boleh aja orang nk buat fitnah dgn pakai tudung labuh menyamar...Udah2 le tue

Anonymous said...

pesal le bengap sangat ni..tol le kwn sorg ckp tu.."BN" bkn kerajaan tu "parti politik".."kerajaan" tu "gabungan parti2 politik yg menang"..PM tu pe plk? khas utk BN je ke?..ish2..x maknenye buh bndera ape2 parti politik kt lam dewan..kan dh jdi isu..saje je kn..pe motifnye..
cbe lh celik sejarah sikit..
jangan sempitkan pemikiran tu..


"1 Malaysia"

sayangupsi said...

ingt la wahai pemberi komen2 di atas yg cuba menyembunyikan kebenaran dan berpihak kpada kebatilan bhw janji Allah pasti tiba..pasti tiba...

mrs cikgu said...

Boleh pulak ada politik luar dikampus ni yerk...

'Tak melanggar auku ke?'

terang lagi bersuluh ni...



sekadar lontaran

mrs cikgu said...

Boleh pulak ada politik luar dikampus ni yerk...

'Tak melanggar auku ke?'

terang lagi bersuluh ni...



sekadar lontaran

guru anarkis said...

ya. saya sendiri anih ya. jadi bagaimana pula dengan auku? cuma penasaran, ga apa2 kan mas?

Anonymous said...

sapa yg xmo caya ni mampuih pi la..

yg penting ramai geng palapes dah tau lama isu ni

awat hangpa semua takut sgt?

aku nak tgk hangpa buat bendera pkr,pas dap penuh kat sitc/audi boleh buat x?

ckp pkai hidung suka kembang suka kuncup punya,tapi telor tetap kecut.bila mau jadi laki sejati?