September 29, 2009

Kes Audi : AMI UPSI rancang jumpa Salahuddin Ayub di Bagan Pinang

Tanjong Malim, 29 September – Alumni Mahasiswa Islam (AMI) UPSI merancang untuk mengadakan satu pertemuan bersama YB Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Kubang Kerian di Bagan Pinang untuk membangkitkan kes Audi ke Parlimen.

Setiausaha AMI UPSI dalam kenyataannya kepada UPSIkini, perancangan itu dibuat selepas mendapati masa untuk berjumpa dengan Ahli Parlimen terbabit sangat sesuai apabila beliau dijangka berada di sana sepanjang tempoh berkempen sehingga hari pengundian di Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

“Kami fikir itulah masa yang paling sesuai untuk berjumpa dengan beliau dan mungkin beberapa ahli parlimen lain untuk membincangkan kes tersebut seterusnya meminta beliau membangkitkannya dalam sidang Parlimen akan datang”,ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan pemilihan Salahuddin sebagai salah seorang Ahli Parlimen yang dipilih untuk diadu kes tersebut adalah berdasarkan beberapa faktor dan merupakan hasil perbincangan bersama selepas Pro Kebajikan menyerahkan semua bukti kepada mereka.

“Kita pilih beliau atas beberapa sebab dan kebetulan beliau dijangka akan berada di Bagan Pinang sepanjang tempoh PRK di sana, jadi kita ambil peluang ini juga selepas Pro Kebajikan memberi kepercayaan kepada kami untuk meneruskan usaha membawa kes ini ke Parlimen”,katanya.

Ditanya sama ada kes itu akan turut dimaklumkan kepada 2 ahli Parlimen yang disebut-sebut sebelum ini iaitu YB Mahfuz Omar (Pokok Sena) dan YB Nizar Jamaludin (Bukit Gantang), beliau berkata perkara tersebut akan dibincang kemudian kerana maklumat yang mengatakan kedua-dua ahli parlimen tersebut merupakan ahli parlimen pilihan Pro Kebajikan untuk dimaklumkan kes tersebut hanyalah khabar angin.

“Itu kita akan bincang kemudian dan mungkin juga kita akan jumpa mereka tetapi buat masa sekarang ini kita cuba untuk jumpa YB Salahuddin dulu”,jelasnya.

Kes Audi mula mendapat perhatian ramai selepas 2 keping gambar yang memaparkan bendera parti komponen Barisan Nasional (BN) digantung di dalam Dewan Auditorium Utama UPSI yang dipercayai digunakan sebagai tempat program parti tersebut.



12 comments:

Anonymous said...

ye ke kebetulan?haha

Anonymous said...

ye ke kebetulan?

Anonymous said...

ye ke kebetulan?haha

Anonymous said...

kerajaan buat boleh.tapi kalau pembangkang buat mesti tak boleh. itu lah fenomena kat malaysia nih.

Anonymous said...

HOHO BUDAK UPSI NI..
YAKINJE..

LAMBATLA KORANG POSTING..TENGOKLAH BATCH AKAN DTG ATAU SEKARANG..

p/s : biasala bila sesiapa(kerajaan BN) mentadbir dia akan gunakan segala miliknya(apa-apa prasarana-fasaliti walaupun sepatutnya tak boleh di buat di IPT) secara total..dalam kes ini umpamanya.

Fadhlullah Universoul said...

hehe..dulu mse korg kate nk jumpe YB mahfuz aku mcm agak pelik..sbb ade yg lebih sesuai..

klu YB Nizar mungkin..

tp mmg YB Salahudin or YB Saifudin Nasution antara calon yang sesuai..

kalau nak lebih di dengar sbb nak hak sama rata kat universiti hope boleh bg salinan kat YB Khairy..

anak muda UMNO yg seorg ni mmg style UMNO reform lah...

jd bg kesemua mereka ni..

p/s:Wpn Yb KJ dr kalangan UMNO,tp kena ingat,misi kite hanya nak yang HAK..tanpa ada sikap penindasan..HAK yang sama bg semua...

Anonymous said...

ala xpayah jumpa la. buang masa je. mmg xdilayan ye la. Sedangkan bukti depan mata pun xdilayan nikan pula kita pelajar. ish.....ish. aku rasa baik la kita mula untuk bantu pakatan rakyat agar dikuburkan je pemerintah yang zalim nih.Aku jamin potong tangan xakan diambil tindakan pun kalu diadukan.......

Fadhlullah Universoul said...

dalam kampus misinya bukan politik luar,tp nak latih agar cara berpolitik yang matang dan tanpa ada sikap penindasan...

Anonymous said...

haha. cikgu fadh tu agaknye baru berjinak-jinak dgn politik campus agaknye. nampak mcm fresh je cara dia bagi pandangan. apapun kembalikan maruah dan kebajikan pelajar. Sedarlah kekawan kita kat u lain lagi teruk dapat ancaman dari pemerintah. Xda la istilah kebajikan pelajar nye... Dah akarnya buruk, maka sepohon la buruk.......

Fadhlullah Universoul said...

mmg dlm kampus ada penyokong kedua belah pihak..dan ada dalam kampus yg terikut dgn fahaman hardcore politik diluar sana..tak salah nak jd penyokong hardcore kat luar sana..kite semua ada hak mengundi wpn AUKU menafikan HAK kita menyokong mana2 pihak..

ttp harus diingat,kampus tempat kita berpolitik bagi pihak mahasiswa dan juga suarakan pandangan mahasiswa mengenai kes2 dalam negara..mcm kes AUDI ni..

katanya tak boleh mana2 parti politik masuk kampus,tapi kes ni dah cukup membuktikan ada double standrd..jd sbg mahasiswa kita report pd semua..

maklumkan kpd kedua pihak tersebut tak salah rasanya.

p/s:sebelum ni ada Presdn PMIUM masuk UMNO kecoh mahasswa islam UM..ada yg ckp Prsdn ni pngkhnt..bg aku tak salahlah..itu hak dia..dlm kampus kita bpolitik cara kampus,utk mahasswa..semua berkaitan mahasiswa,tapi diluar ikut sukalah nak sokong mana pun..itu hak masing2..

Anonymous said...

kami dah rasa dah lambat posting ni.. skrg ni pn xtau lah bila nk posting.. bak kata ajis, menunggu ayam jantan bertelur.....

Anonymous said...

korang pegi la bagan pinang. pegi join pembangkang utk pilihanraya. nnt "tersangatlah senan" korang nk posting. impak mmg xnampak di kampus. tp posting korang. fikir2 lah dan selamat beramal.