September 28, 2009

Kenyataan elaun DPLI dibayar ikut hari cetus tanda tanya

Tanjong Malim, 28 September – Meskipun elaun pelajar-pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) telah dibayar untuk dua bulan pada 16 September lalu, namun masih timbul pelbagai tanda tanya di kalangan mereka berkenaan beberapa perkara yang berkaitan dengan jumlah bayaran yang diterima.

Dalam satu ulasan yang disampaikan kepada UPSIkini, seorang penghantar komen mempersoalkan kenyataan seorang staf Bendahari UPSI yang mendakwa bayaran elaun pelajar DPLI dibuat mengikut hari setelah merujuk kepada perbezaan amaun yang dikreditkan ke akaun mereka.

Manurutnya, mereka dimaklumkan bahawa jumlah yang bayaran elaun yang bakal mereka terima untuk setiap bulan sepanjang tempoh mengikuti program DPLI adalah sebanyak RM 1337.67. Namun katanya, jumlah bayaran untuk dua bulan yang diterima mereka baru-baru ini hanya RM 2630.30, kurang RM 45.04.

Berdasarkan kepada perbezaan jumlah bayaran tersebut, beberapa pelajar DPLI katanya telah merujuk perkara tersebut kepada pihak Bendahari dan jawapan yang diterima mengatakan bayaran elaun DPLI dibayar mengikut bilangan hari.

Kenyataan tersebut katanya bukan sahaja mengelirukan malah bercanggah dengan apa yang disampaikan dalam satu taklimat kepada pelajar-pelajar DPLI sebelum ini.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang lagi penghantar komen yang dipercayai daripada kalangan pelajar DPLI mendakwa pihak Bendahari turut berjanji untuk membuat pembayaran semula RM 80.00 yang merupakan wang perkhidmatan pemeriksaan kesihatan (medical check-up) dalam masa sebulan selepas gagal menyediakan perkhidmatan tersebut seperti yang dijanjikan. Namun sehingga kini, bayaran tersebut masih belum diterima mereka meskipun tuntutan itu telah dibuat 3 bulan yang lalu.

Kedua-dua aduan ini sekali lagi menjadi isu di kalangan pelajar DPLI di sini yang sedikit sebanyak menjejaskan kredabiliti pihak Bendahari dalam menguruskan wang pelajar.

7 comments:

Anonymous said...

Kenapa upsi ni selalu je lembab bab duit ni. Duit org tuh. bukan semuanya kaya. Ingat lah. Duit yang diambil itu tidak akan dihalalkan. Kalau nak duit sangat pun jangan la dok cilok-cilok.

Anonymous said...

duit elaun adalah hak pelajar. kenapa byk sgt masalah timbul? jangan jadikan pelajar ramai untuk sesi julai sebagai alasan. jadikan ia sebagai motivasi kepada UPSI untuk meningkatkan lagi pengurusan yang lebih efisyen. harap2 aku takkan jadi macam along...

Anonymous said...

selamat ary rayer kpd semua pelajar upsi...hmmmmm...pasal elaun lg....x habis2...kpd bendahari upsi jalankan amanah yg diberi dgn jujur....jgn jatuhkn krediability upsi...memalukan tul...bg la alaasan yg rasional skit...

Anonymous said...

problem lagi...x abis2 la,klu penngurusan ok x akan timbul pun isu-isu cam ni.Masa taklimat takde pun diberitahu elaun dibayar ikut bilangan hari,jalankan la tngungjawab yg diberi dengan amanah dan jujur..

MLIM PRIMA

Anonymous said...

..ate teman nk penjelasan yg sewajarnye...teman sakit kepala bile fikior ttg duit2 ni..maklumlah teman ni org sosah... nk anta duit kt kg ag, walaupun sekupang bagi teman ia amat berharga.


........."teman yg sosah"....

Anonymous said...

duit rm80 tu bila nak bagi balik???

Anonymous said...

Buat pelajar dpli jangan terlalu banyak "mengomel"... Sepatutnya bersyukur aje la.. dapat belajar dengan dibayar elaun lagi.. cuba fikirkan pelajar lain yang tidak mendapat elaun.. terpaksa mengeluarkan duit sendiri.. Elaun bukan hak pelajar.. fikirkan anda menerima elaun adakah anda menggunakan dengan sebaiknya..