September 29, 2009

Ke mana elaun DPLI RM 104 492.80?

Ke mana perginya RM 104 492.80 wang elaun pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah sekiranya benar dakwaan bayaran elaun mereka kurang RM 45.04 untuk bayaran 2 bulan elaun mereka seperti yang dilapor UPSIkini semalam.

Dalam satu kiriman e-mel yang dihantar ke upsikini@gmail.com, pengirim mempersoalkan bagaimana wang yang sepatutnya dimasukkan ke akaun pelajar DPLI boleh berkurangan dan tidak dinyatakan ke mana perginya wang tersebut.

Dalam pada itu, pengirim mendakwa kemungkinan wang itu disimpan dalam satu akaun bagi mendapatkan pulangan dalam bentuk faedah.

Tambahnya, jumlah yang diperoleh mungkin tidak begitu besar sekiranya RM 104 492.80 itu yang disimpan, namun sekiranya diambil jumlah elaun sebulan iaitu RM 1337.67 bagi 2 320 orang pelajar, pulangan faedah yang diterima mencecah ratusan ribu ringgit.

Pengirim membuat dakwaan tersebut dengan mengaitkan pembayaran wang elaun pelajar DPLI yang diberi hanya untuk 2 bulan – berbeza dengan universiti lain yang membayar penuh elaun 3 bulan.

Sementara itu, bayaran lain yang dituntut mereka sebanyak RM 80.00 berikutan kegagalan menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan (medical check-up) turut membawa pulangan puluhan ribu ringgit, hasil faedah yang diperolehi.


21 comments:

Anonymous said...

Kalau susah sangat apa kata kita terus pakat jumpa nc. Ataupun kita aturkan pertemuan antara pihak upsi dgn dpli.Kan senang...............

Anonymous said...

Xbaik tau simpan duit org gtu. Kurang-kurang cakap la. Apa kes la, upsi dah mmg xda duit sangat ke nin. Serba serbi kurang. Apa kata kita pakat boikot xpayah g kelas seminggu . ok x. dari mula samapi sekarang masalah xabis2.

Anonymous said...

bakal guru upsi yang tak cerdik.. sikit2 boikot.. bodoh betul korang nih

Anonymous said...

ko diam la budak kecik...org cerdik jer tau maner hak nyer sebagai pengguna...ko tu baik tul la..terima jer..org buli mung yer...hidup biar cerdik weh..hauahuahuahha

nor said...

iskkk..dapat duit dah kire kitaorng syukur sgt2 wpon 2 bulan jer..tp kalo bab2 duit yang terkurang ni, pun satu hal jgk..bkn bermakna kami ni x bersyukur, tp rm 40 lebih yang terkurang tu banyak..bole wat blnja mkn 3 4 ari tuh.. arap2 pada masa depan, duit yg terkurang masuk ni, dpt d bank-in kn ye...lagipun,itu memang duit kami pown..kalo korg ckp kami ni berkira, lantak p la... duit kami, suka ati kami la..huhuh

Anonymous said...

aku tgk kesian tol upsi ni ek. dah macam miskin sgt sampai duit pelajar pun nak sekat2. upsi patut beri penjelasan kenapa hal ini bole berlaku sebelum ada tindakan susulan. nanti bila kami bersuara, cakap tak bersyukur, kuang ajar pulak. tapi tu lah.. kesian... kesian....

Anonymous said...

bukan nye x tau bersyukur tapi hutang dah keliling pinggang, kereta dah 2 bulan x bayar dah nak kena tarik dah,duit dalam bank pon dah abis korek...ish2 hanya org yg mengalami jer tau

Anonymous said...

mengambil harta yang bukan hak miliknya berdosa...so renung2 dan tenung2kan...selamat beramal

Anonymous said...

tak faham la dengan pengurusan upsi nie.....lebih2 lagi bendahari....ape salahnya kalo bagitau perjalanan elaun dpli ni macam maner....sekurang-kurangnya tak la kami ni buat dosa jer....
dah la bayar kami 2 bulan berbanding dpli u lain....
macam ader sesuatu yang x kene disembunyikan....jangan sampai upsi terhutang dengan kami sudahla......kami harap staf2 upsi ni wat la keje betul2....juga perhatian kepada pihak tertinggi upsi....cuba siasat perkara ini.....jgn wat x tau jer.....pandang sebelah mata jer.....

Anonymous said...

SLIP MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR
DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI)
SEMESTER 1 (Julai) TAHUN 2009


Semua pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) diminta mengambil slip menduduki Peperiksaan Akhir Semester 1 (Julai) Tahun 2009 di fakulti masing-masing mulai 5 Oktober 2009

. Tarikh denda lewat mengambil slip adalah mulai 19 Oktober 2009. Berikut adalah lokasi bilik/dewan peperiksaan:

PC 3 - PC 14
-Bilik Kuliah, Aras 1 Kompleks Pentadbiran Proton
Dewan A - Dewan D
-Dewan Aras 2 Kompleks Pentadbiran Proton
Arena -Dewan Arena, Kompleks Sukan Proton
SITC - Dewan Besar SITC

Sekian, dimaklumkan.


korang nmpk tak kt atas tu...siap inform ag...lewat kena denda....ntah ape2 ntah...dulu kt u aku takde plak cmni..

ex-uitm

Anonymous said...

askum..
tak faham la..denda lagi,ketara nampak nye kan'Tarikh denda lewat mengambil slip adalah mulai 19 Oktober 2009
for info..slip masuk exam diatas diambil dari portal my guru

sepatutnye sape yg tak ambik slip tu tak boleh masuk exam la tapi kat upsi kena denda plak ye?pelik..pelik..

kitorang sume bakal guru upsi yang cerdik sebab tu la nampak isu2 yg tak sepatutnya ade dalam pengurusan sebuah institusi pendidikan.

kawan ex-UITM(UKM)

Anonymous said...

yelah. kat u aku pun sama la. kat u aku siap ada tempoh untuk kecemasan lagi upsi ni kene belaja dengan pengurusan u lain la. yang lawak nye baru menang beberapa hadiah pertandingan dah berlambak naik banner. kat u aku dah puas menang xda la sampai xcukup tanah nak pasang banner or pasang frame......

Ex-um
Excellenct tradision

Anonymous said...

asal x ambil sume je elaun budak DPLI..kot2 staf UPSi x da duit nk byr kete...

Anonymous said...

korang ni..
xyah la nk hentam UPSI.
ade hikmah tu dapat elaun lambat..
kang bagi semua..esok dah habis kn..
haha rilex..jgn kecoh sgt..kang KPM tarik balik penajaan kewangan,
sape lg susah...UPSI xkan susah kot...time tu la UPSI plk yg akan gelakkan korang..huahahahah

Anonymous said...

tolonglah upsi...nama gah tapi sebaliknya..
sapa agaknya yg audit upsi ni...
transparent lah cket...
rasanya isu2 mcm ni kena libatkan tv3, metro n sinat kot. biar sumer dapat malu....x da makna nak jaga maruah institusi perguruan kalo sendiri x da maruah..

Anonymous said...

betul tu... perjalanan duit elaun yg sepatutnye diterima atau 'ditarik' oleh upsi tak dinyatakan dgn teliti...sepatutnya diberitahu supaya pelajar tak rasa tertipu dan boleh bajet dgn jumlah elaun yg diterima..keliru+geram= yg sepatutnya 3 bulan jd 2 bulan...pastu kurang lak puluhan ringgit..bukan sume pelajar dpli anak org kaya sumtime ade yang tanggungjwbnye bantu keluarga masing2...kalau yg kaya pun mayb ade berdiri atas kaki sendiri tak menagih duit daripada parent... n satu hal lg duit medical check-up tu pun dari bulan 7 lagi upsi tak boleh nk settlekan...macam mana tu? fikir2kan.. pihak berkenaan lekas2 lah buat sesuatu...jgn butakan mata, pekakkan telinga. bertindak.

Anonymous said...

pndai-pndai ko je kte u ko..ko igt buat u 2 duit ko ke?g mmpus r

Anonymous said...

KEPADA BENDAHARI UPSI,

1.)Tolong perjelaskan kenapa duit elaun DPLI belum keluar lagi bagi bulan september dan oktober ini.

2.) Mengapa elaun kami di potong sebanyak RM 40> tanpa penjelasan sedangkan U lain dapat exactly ammount?

NAK KONGSI INFO:

UUM DPLI dah dapat 6 bulan elaun(julai-dis) sebelum raya lagi dan 4 bulan elaun (jan-april2010) akan diberikan pada bulan depan selewat-lewatnya nov .info ini dari member Dpli intake JULAI 2009 UUM dan mereka tidak dikenakan sebarang potongan pun.

Berdasarkan info KPM dah agihkan kesemua peruntukan elaun kepada akaun U dan hanya tinggal BENDAHARI U sahaja kena mengambil tindakan dan buat kerja..TAPI SEKARANG APA DAH JADI????? ELAUN KAMI KE MANA?

SILA PERJELASKAN....

KEPADA BLOG NE, MINTA TOLONG DAPATKAN SEBARANG KOMEN DARIPADA BENDAHARI KERANA KAMI NE TAK TAU DEKAT SAPA LAGI NAK KAMI SUARAKAN MINTA PERTOLONGAN...

TERIMA KASIH..

DPLI UPSI MERANA

Anonymous said...

woii mana duit elaun kami ..UUM DAH MASUK 6 BULAN SEBELUM RAYA LAGI DAN 4 BULAN (JAN -APRIL) PUNYA AKAN MASUK PADA BULAN DEPAN...

KPM DAH BAGI DUIT TU BENDAHARI TU BUAT LAH KERJA TAKAN MAKAN GAJI BUTA!!!!!

NAK POTONG DUIT TU JELASKANLAH KENAPA..INI U LAIN TAKDA PUN DIPOTONG ELAUN.....

Anonymous said...

ELAUN MANA!!!!

aku ngepek sikit said...

Kita pakat buat Memo la...
Mmg lanun darat sungguh la ambik duit bdk DPLI ni..
Dengan Duit sebanyak ni dah leh tanggung umah ank yatim untu stahun dah..
Kot2 ada yang cilok duit kita bt beli Honda Civic kot.
Tambah dalam 15 ribu lagi bleh amik cash la...