September 18, 2009

Kandas : Suhaimi SMU nafi terlibat

Tanjong Malim, 18 September – Pelajar yang didakwa terbabit dalam menguruskan bas catar , saudara Suhaimi menafikan beliau terlibat dalam menguruskan perkhidmatan bas catar seperti yang didakwa.

Beliau yang terkejut dengan laporan mengatakan beliau merupakan orang yang bertanggungjawab dalam menguruskan perkhidmatan tersebut menafikan perkara tersebut , menurut e-mel yang dikirimkan kepada UPSIkini kira-kira jam 8.40 pagi tadi.

Dalam pada itu, orang kuat SMU ini dipetik dalam emel tersebut mendakwa pelajar yang menguruskan bas catar tersebut mempunyai nama yang sama dengan beliau dan kini berada di semester 4 dan bukan beliau yang kini berada di semester 6.

UPSIkini sebelum ini dilaporkan seorang sumber bahawa beliau merupakan pelajar yang bertanggungjawab dalam menguruskan perkhidmatan bas catar yang terkandas malam semalam.

7 comments:

tiganaga said...

siapa suhaimi yang sebenarnya???

mari kita cari!!!

sedih mengenangkan kawan2 yang terkandas.

dugaan.....

azlanlin said...

Sifat dan sikap kebergantungan kepada pihak lain menimbulkan impak negatif apabila berlaku sesuatu musibah.

BERDIKARI memainkan peranan dalam membentuk identiti kalian selaku pelajar dan bakal guru.

Ingatlah, usah mudah menuding jari sekiranya musibah itu berlaku. Kalian akan memahami apabila kalian sudah bergelar guru nanti. Insyallah.

usah bergantungan yang terlalu tinggi pada piha lain!

Anonymous said...

Pengajaran buat semua,
Jangan hanya bersikap enteng, endah tak endah,nahh..bila terhantuk, baru tengadah.
Sebagai mahasiswa terdidik, gunakan akal dan bukannya emosi.
Pengajaran buat Sdr. "suhaimi", sy kenal siapa anda, jangan ingat pertama kali menguruskan hal tersebut (tentang bas), anda sudah mahir..apalah salahnya jika amalkan sikap bertanya.
buat anda semua yg "terkena" pula, pengajarannya, jgn mudah percaya dengan "orang tengah".Apalah salah kiranya, tampilkan sikap berdikari seperti usul Sdr. Azlanlin.
Sekian, UPSI utk bakal pendidik yg mampu berfikir secara praktikal dan bukannya pengamatan teori semata2.

Mohd Suhaimi said...

Kepada yang tidak tahu cerita sebenar, Suhaimi yang terkandas itu adalah pelajar sem 4 Pengajian Malaysia ,tinggal di KZ.Apa yang menjadi kekeliruan adalah terdapat orang yang sama bernama Suhaimi,semester 6,Fakulti Bahasa yang mengendalikan bas dan tidak pernah menghadapi masalah setakat ini.Kedua2 adalah dari Kelantan.Kepada Tiganaga dan sesiapa yang ada sebarang masalah dengan Suhaimi Fakulti Bahasa boleh berhubung terus , di talian 012-964 2176 .Tq

Anonymous said...

ye saya sokong suhaimi...jom kita jumpa suhaimi...cek pun tau cerita...boleh kita slow talk dgn org yg suka dgr kaba angin ni hehehehe

Anonymous said...

Gua pun tau siapa Suhaimiyg tinggal di Gua tersebut...

Anonymous said...

jangan main tuduh.
masalah org tengah ni.
aku br dapat cerita.