September 18, 2009

Kandas : Bas disediakan petang ini

dikemaskini, 2.55 p.m.Berikutan perhatian serius yang diberikan Exco Kebajikan & Kemasyarakatan MPP, saudara Mohd Zulhilmi Mohd Noor dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) terhadap masalah yang berlaku kepada kira-kira 200 pelajar yang terkandas untuk pulang ke Kota Bharu malam semalam, pihak HEP mengumumkan bas akan disediakan kepada semua pelajar yang terlibat petang ini.

Pengumuman itu dikeluarkan Timbalan Naib Canselor (HEP&A), Prof Dr. Shahrudin Abd Aziz.

Sehingga jam 2.00 petang tadi, maklumat daripada sumber mengatakan kesemua bas persiaran yang akan membawa pelajar-pelajar yang terkandas malam tadi akan bertolak pada jam 5.00 petang.

Kesemua mereka yang terlibat diminta menunggu di pintu pengawal keselamatan Kolej Zaaba (KZ) dan Kolej Aminuddin Baki (KAB).

Zulhilmi ketika dihubungi berkata beliau mengambil berat berkenaan perkara ini dan berharap tidak akan berulang pada masa akan datang.

"Saya dan rakan-rakan dalam MPP Pro Kebajikan memang mengambil berat dengan apa yang berlaku dan harapnya tidak lagi berulang pada masa akan datang",ujarnya.

Dalam pada itu, beliau yang masih berada di Tanjong Malim mengucapkan terima kasih kepada pihak HEP yang turut prihatin dengan apa yang berlaku.


"Saya selaku wakil pelajar mengucapkan terima kasih kepada pihak HEP yang prihatin dengan apa yang berlaku",katanya.

3 comments:

Anonymous said...

Salam
Saya memang dah agak pasti akan berlaku hal yang demikina. mengapa hep tidak ambik endah tentang hal ini.hal ini sepatutnya sudah lama difikirkan, saya kesal dengan kejadian ini Sepatutnya hep memantau hal berkaitan dengan pengangkutan raya ini agar pelajar tidak tertipu. Saya sedikit pelik kerana bus-bus luar yang tidak diyakini boleh senang lenang menjual tiket sedangkan hal ini berlaku dudepan mata hep. Mane peranan hep dalam hal ini. Adakah mahu terhantuk baru tergandah. Sepatutnya hep bertindak mengharamkan terus bus-bus haram dan digantikan dengan bus yang dikelolakan oleh hep melalui persatuan anak negeri. ini untuk memudahkan pemantauan. Sekarang nasi sudah menjadi bubur. Semoga kejadian ini tidak berulang kembali. Tetapi hal ini sedikit sebanyak telah menjejaskan status upsi..........

Anonymous said...

salam...tahniah pro kebajikan mpp di atas penyelesaian yang telah anda lakukan...diharap ianya tidak berulang lagi....namun cerita yang dceritakan di dalam ruangan ini tidak sam seperti situasi yang sebenar...jangan memperolehi populrati daripda usaha org lain...tq ;)

Anonymous said...

masalah pelajar yang tertipu. kata cikgu bitara. kalau HEP amik tindakan kita melenting. kalau HEP xamik tindakan pun melenting. mulut tau bercakap, tp belakang tuh tak tutup busuk sangat.

dengan letak poster semua di sekitar kampus korang percaya. dimana kesahihanya? pk2kanlah... bab cuti laju jer berita tersebar. tp benda2 mcm ni xda plak tersebar.