Tanjong Malim, 16 September – Mesin ATM Bank Islam dan beberapa bank lain penuh sesak dengan pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) sejak awal pagi tadi untuk mengeluarkan wang elaun mereka yang dilaporkan dibayar hari ini oleh pihak Bendahari UPSI.
Tinjauan yang dibuat mendapati semua ATM Bank Islam termasuk di pekan Tanjong Malim penuh sesak dengan pelajar DPLI yang beratur panjang untuk mengeluarkan wang elaun mereka.
Dalam pada itu, timbul juga cakap-cakap di kalangan mereka UPSI masih belum membayar sepenuhnya wang elaun mereka yang sepatutnya dibayar untuk 3 bulan seperti di universiti-universiti lain apabila mendapati wang yang dikreditkan ke akaun mereka hanya untuk 2 bulan.
Walau bagaimanapun, rata-rata mereka yang ditemui bersyukur dengan berita gembira ini dan mengucapkan terima kasih kepada pihak yang berusaha mempercepatkan proses pembayaran elaun mereka ini.
Mereka sebelum ini dikatakan telah membuat desakan beberapa kali kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) dan Bendahari UPSI berjaya mempercepatkan proses pembayaran wang elaun mereka yang sebelum ini dilaporkan hanya akan dimasukkan selepas Hari Raya Aidilfitri.

10 comments:
Tq upsikini. Nak balik raya dah nih
apahal nak pusu? gua tak dapat apa cerita? siap ada cakap nama budak2 gua tercicir apa cer bai? ini gua baran. ini gua hangit.
Bagi student DPLI course Geografi pula...kami mmg terasa sangat dipinggirkan...Kami 1 course tak dapat elaun..tidak tahu kesilapan pihak mana..yang pastinya, ini adalah satu kesilapan yang sepatutnya disedari dan diperbaiki..Mungkin bagi mereka yang berasal daripada keluarga senang tidak merasakan sangat betapa susahnya bila tidak mendapat elaun, tapi, fikirkanlah bagi pelajar yang hanya bergantung sepenuhnya daripada elaun tersebut. Fikirkan apakah yang dapat dilakukan dengan duit yang tinggal RM 10 dalam tangan. Jauh daripada keluarga.Namun, apa yang amat dikesali, tidak ada langsung tindakan yang wajar bagi mengurangkan beban kami....
syukur alhamdulillah..dengan hutang ptptn hampir rm30 000 keliling pinggang..akhirnya dpt jugak aku melunaskannya walau sedikit... >>dpli student<<
bg adik2 ISMP yg sedang seronok menggunakan duit ptptn..berjimatlah kerana sampai masa utk membayar..Pihak ptptn boleh menjadi AH LONG yg sgt KEJAM!! silap haribulan boleh masuk penjara!
anyway THANK YOU UPSIKINI..anda mmg betul2 menyuarakan hak dan kebajikan pelajar..tidak kiralah ISMP mahupun DPLI! SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR DAN BATIN!
elaun dpli bukan hak tetapi adalah budi bicara kerajaan menggunakan wang rakyat. gunakan dengan berhemah dan ingat tanggungjawab setelah menjawat tanggongjawab nanti.
'budi bahasa budaya kita..'
thks upsi...kerana prihatin dgn mslh kami...
Untuk pelajar2 DPLI, jangan membazirkan plak duit yang dapat tue,
jangan buat macam student2 yang lepas, dapat 4 - 5 ribu skali, pastue terus kuar kereta,
memang korang dapat elaun setiap bulan,boleh lepas la bayar bulanan kereta,
jangan lupa dah posting nanti, 3 bulan takder gaji,
sempat kena tarik kereta tue..
Tahniah kpd y pljr trus menerus mdesak upsi dulu.. tanpa anda, kami sgt pasti elaun x msuk lg..
Rasa kalo nak post komen ttg isu ni mcm orang bodo plak melayan orang2 yang bodo yg dok asyik menyalahkan org lain dan yang x reti nak bersyukur. Entahlah. - UM Is One -
Post a Comment