September 3, 2009

Denda lewat daftar : Aqilah hantar surat mohon kurang denda

Tanjong Malim, 3 September – Masalah pelajar semester 7 yang didenda akibat lewat daftar praktikal mendapat perhatian serius Biro Akademik dan Kerjaya MPP, saudari Nur Aqilah Hanis.

Beliau yang menerima aduan daripada beberapa pelajar berkenaan perkara tersebut mengamil keputusan memohon kepada Bahagian Akademik agar dikurangkan bayaran denda yang dikenakan dan hanya diberi amaran kepada mereka yang melakukan kesalahan tersebut kali pertama.

“Kami memandang serius perkara ini walaupun pada hakikatnya masalah berpunca daripada pelajar yang tidak mendapat maklumat secara jelas.

“Kita juga mengambil langkah untuk mohon bayaran denda ini dikurangkan dan dikecualikan bagi mereka yang melakukan kesalahan tersebut kali pertama kepada pihak akademik, sekarang ini kita sedang menunggu maklum balas daripada mereka”, jelasnya.

Dalam pada itu timbul juga rungutan yang mempersoalkan ke mana disalurkan wang denda tersebut sekiranya semua pelajar bersetuju membayar denda yang dikenakan.

Persoalan itu timbul apabila beberapa pelajar mendakwa UPSI terlalu banyak mengenakan denda kepada pelajar dan tidak pula mempertimbangkan mengapa sesuatu kesalahan itu dilakukan pelajar terbabit.

Untuk rekod kira-kira 200 pelajar daripada 2500 pelajar yang akan berpraktikal semester depan didenda atas kesalahan lewat mendaftar termasuk YDP MPP, saudara Mohamad Hairie Abdullah.

9 comments:

Anonymous said...

YDP pun tak dapat maklumat jgk??? mcmane YDP nk sampaikan maklumat, kalo dia pn tak dapat maklumat... ;-)

Anonymous said...

lembabnya YDP...

Anonymous said...

Ini baru betul..ambil tahu dan mempunyai usaha untuk membantu..t.kasih saudari.sekurang2nya kami diambil peduli..

Anonymous said...

YDP lambat daftar?
Kepimpinan melalui teladan?
Hurm...

Anonymous said...

oittt..aku dh siasat..ydp mpp dh daftar awal..x kena denda lewat pun..henti2 le fitnah bulan puasa..

lg 1,aqilah nk cover manifesto pasal kurang kn denda manifesto ke?

hahahahaa

sayangupsi said...

ala.. tlg cover ydp mpp la tu..aqilah tau la, dia kan exco akademik dan kerjaya mpp..sp fitnah sp skrg..

saya tgk aqilah sudah mainkan peranan yg baik sbgai pembawa suara mahasiswa ke pihak atasan.

syabas aqilah!

pedulikan suara2 sumbang dalam blog ni.

Anonymous said...

hahaha...aqilah mmng tau pun.tau menfitnah...kalo ko x puas hati ko leh sendiri pi ty kt kaunter akedemik samada ydp mpp kena denda ke x?ntah2 aqilah wt rayuan sbb dia salah sorang yg kena denda.memalukn je

Anonymous said...

ydp tu berusaha ckit...asyik kena denda je..ingat kita byk duit sgt ke..asyik nk kena denda je..1 lagi,minta pihak upsi ni perbaiki sistem penyampaian maklumat kpd pelajar.ke mmg upsi berhajat nk denda student je..nk cari duit lebih kot..sori to say!

Anonymous said...

Untuk makluman,
semua pengumuman telah dihantar kepada semua fakulti,
kepada semua kolej,
kepada pihak MPP(YDP),

pengumuman juga telah dibuat melalui website upsi dan akademik.

macamana boleh pihak MPP tak tahu plak kan...

jangan memfitnah orang lain kalau diri sendiri tue yg dah memang buat salah.!!