September 15, 2009

Bahagian Akademik tolak permohonan kurang denda, Aqilah dakwa surat diedar tanpa pengetahuan

Tanjong Malim, 15 September – Usaha Exco Akademik & Kerjaya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), saudari Nur Aqilah Hanis memohon kepada Bahagian Hal Ehwal Akademik UPSI supaya dikurangkan denda yang dikenakan ke atas pelajar atas kesalahan lewat mendaftar praktikal beberapa minggu lalu ditolak Bahagian Hal Ehwal Akademik.

Penolakan permohonan itu menurut surat yang dikirimkan kepada beliau mengatakan perkara tersebut merupakan penetapan yang dibuat oleh Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan Kali Ke-20 Bil. 3/2003 yang bertujuan melancarkan proses pengurusan akademik dan mendisiplinkan pelajar.

Di samping itu, surat yang ditandatangani Timbalan Pendaftar Kanan (Akademik), Puan Azzah Abdul Latiff turut merujuk kepada Kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perkara Akademik) 2008 yang menyentuh perkara yang berkaitan akademik yang perlu dipatuhi oleh pelajar.

Dalam perkembangan berkaitan, Aqilah mendakwa beliau terkejut apabila mendapati surat yang ditujukan kepadanya itu diedar di beberapa kawasan sekitar kampus tanpa pengetahuannya dan hanya mengetahui berkenaan surat tersebut hari ini meskipun tertera cop penerimaan surat tersebut pada 1 September lalu.

Katanya lagi, beliau tidak pernah menerima surat asal tersebut dan pelik apakah tujuan surat tersebut diedarkan kepada pelajar.

“Saya tak pernah tengok salinan asal surat yang ditujukan kepada saya itu, Cuma pagi tadi ada beberapa rakan yan ucap terima kasih kerana sudah berusaha mengutus surat supaya denda tersebut dikurangkan walaupun ditolak pihak Akademik.

“Kemudian apabila diselidiki, rupa-rupanya sudah ada pihak yang mengedar surat itu ke beberapa kawasan sekitar kampus dan saya tidak tahu apa tujuan pihak tersebut mengedarkannya”,katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan pihak yang mengedar surat tersebut bertujuan memberi mesej negatif kepada pelajar terhadap usaha yang dilakukannya.

“Mungkin mereka nak sabotaj usaha yang kami buat untuk meringankan beban pelajar dengan denda yang dikenakan namun apa dengan edaran surat itu sebenarnya pelajar tahu kita dah usaha untuk kurangkan denda yang dikenakan.

Apabila ditanya apakah tindakan seterusnya selepas Pihak Akademik memberi respon sedemikian, beliau berkata:

“Berkenaan kandungan surat itu saya masih belum menelitinya sama ada benar penetapan yang dikatakan itu selari dengan apa yang digariskan dalam menentukan jumlah denda dan kita akan lihat bagaimana kaedah dan jumlah bayaran di universiti-universiti lain.”


6 comments:

Anonymous said...

UPSI x bertimbang rasa betol...dah lah suma nie salah diorg, sistem penyampaian maklumat UPSI terlalu teruk sampai watkan pelajar2 susah nak dapat kan maklumat dengan tepat&cepat...menyesal ak pilih UPSI, ingatkan bagus sgt UPSI nie, tp terlalu teruk sgt perkhidmatan diorg...dah lah belajar kat rumah kedai...nie ke taraf Universiti Pendidikan Sultan Idris???

Anonymous said...

hai Anonymous... awak ni mmg x pndai bsyukur lah... aku rase elok je ko kluar dr UPSI... UPSI pn x perlukan org mcm awak.. klu x nak kena denda, ikut lah peraturan.. awak ingat awak bagus sangat ke...? G je uvsti lain, u lain x da kena denda.. klu sentiasa kpd perubahan x da lah awak ni tercicir.. lain selalulah bertanya..jangan nak jadi katak bawah tempurung k...

Klu nk kata ko bodoh tp dah masuk Uvsti...sabar je lah... stakat ni mmg lah tmpang rumah kdai... kn kmpus kita dlm proses pembinaan.. ko ingat uvsti kita je ke tmpang rumah kdai? Byk lg uvsti lah... cth. Uvsti Msia Kelantan pn sama gak...

kita ni.. klu nk berjaya x kira kt mana pun... wlpn dlm gua.. awak ni mmg x sedar dek untung...

di bln ramadhan ni.. baik ko bertaubat.. takut apa yg awak tuntut di Unvsti ni x dpt keberkatan di dunia dan akhirat.. kita klu nk buat sesuatu mesti mendapat KEBERKATAN ye...

Anonymous said...

ye aku sokong....

Apa plak xtimbnag rasa. kalu dah berlembut org wat main-main. xpayah jadi anak kandung suluh budiman la. Kalu upsi xambik ko, ko ingat ada ke u lain nak ambik ko. Syukur la ckit. Pastu nak bising-bising mcm dia tuh tukang jaga pentadbiran Ingat senang ke nak jaga pentadbiran. Ko xkije apa tahu kesusahan org. Datang ambik yang dah siap. Tmpat kuliah dah tersedia da. Nak banding dgn universiti di indonsia tuh. Jauh la lebih elok kat kita ni. harap buka cikit mata n fikiran.

Anonymous said...

Ko nie cakap tue biar berlapik sket,
UPSI nie tempat ko menimba ilmu,
student lain bleh dapat maklumat, camner ko tak dapat,
nampak sangat ko tue memang macam katak bawah tempurung..

macam mana nak jadi guru kalau perangai macam tue.

kalau nak komen belajar kat rumah kedai,heh, U lain pun banyak la belajar guna rumah kedai untuk P&P.

ko tue silap2 cuma calon simpanan ajerk yg terpilih untuk masuk UPSI, itu yang tak tahu bersyukur tue..

kalau menyesal, nanti lepas raya ko isi ajerk borang berhenti, or mintak tukar Universiti.

Kalau benar salah UPSI, macamana 2000 lebih student boleh dapat maklumat dengan tepat & cepat, korang yg hanya segelintir nie saja yang terpinggir.

Lu Pikir La Sendiri............

Anonymous said...

UPSI memang low standard. Standard takat maktab lagi, bukannya standard U. Nama je U. Hancus...

Anonymous said...

Sy setuju..Pihak pentadbiran UPSI sendiri yang mengalami masalah..Sekarang terdapat tiga pihak yang menguruskan paktikal. Fakulti, Bahagian Akademik dan Unit Latihan Mengajar. Kesemua pihak tersebut idak berinteraksi antara satu sama lain. Akhirnya pelajar yang menjadi mangsa..Adakah denda yang dikenakan itu semata-mata usaha UPSI untuk mencari pendapatan?Kalau ada pelajar lain dapat maklumat, kita harus pertimbangkan pelajar lain yang x dpt maklumat..Sekarang, korang yang senang. Esok lusa korang plak merasa..