September 8, 2009

Adham Baba lawat UPSI, Pro Kebajikan dakwa petanda Pilihan Raya Kampus sudah hampir

Tanjong Malim, 6 September – Kehadiran Datuk Dr. Adham Baba dalam satu majlis berbuka puasa di sini didakwa Pro Kebajikan sebagai petanda Pilihan Raya Kampus sudah semakin hampir.

Menurut Ketua Penerangan Pro Kebajikan, bekas Setiausaha Parlimen KPT itu mempunyai rekod yang jelas dalam penglibatan beliau sebagai penggerak mahasiswa yang membawa ideologi parti politik tertentu ke dalam kampus dan kedatangannya sudah pasti membawa isyarat jelas PRK UPSI sudah hampir.

“Saya kira rata-rata mahasiswa di seluruh IPTA mengetahui bahawa beliau adalah penggerak sekumpulan mahasiswa untuk membawa ideologi parti politik tertentu di dalam kampus dan kita maklum kehadirannya ke UPSI pasti membawa petanda bahawa PRK sudah hampir”,katanya.

Adham yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Pasir Raja dikatakan antara pencatur utama kumpulan mahasiswa pro BN di dalam kampus. Namun, beliau dilihat tidak begitu ke depan selepas Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin menjadi orang nombor satu kementerian tersebut selepas Dato’ Mustapha Mohamed yang kini berada di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Turut bersama dalam majlis berbuka puasa tersebut Timbalan Naib Canselor HEP&A, Prof. Dr. Shaharudin Abd Aziz, Timbalan Pendaftar Kanan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA), Encik Faiezi Othman, dan beberapa ahli MPP.

Beliau yang hadir atas jemputan berbuka puasa Persatuan Mahasiswa Johor UPSI turut bersama menunaikan solat terawih di Surau Al-Falah.

10 comments:

Anonymous said...

biasalah.. depa kata kita bawa pengaruh luar (politik pembangkang), yg depa punya, depa nafikan.. hbs benda terang2.. umno tu bukan kerajaan, umno, bn, mca, mic tu bukan kerajaan, depa tu parti politik juga, yg jd kerajaan tu bila depa xpki nama umno, bn, mca, mic.. tp kalau dh pki nama, umno, bn, mca, mic tu mmg sah parti politik, sama juga lah dgn pas, dap, pkr.. apa yg beza, nk bezakan sbb depa tu memerintah negara? haha.. lu pikiaqlah sdri.. aspirasi=bn, pro kebajikan-pakatan rakyat??

farouk said...

bila nak bongkar???
dah 09.09.09 ni oiiii...

Anonymous said...

alahai...ceteknya pemikiran....tak kanlah hanya kerana kedtgn beliau tu dah nak kata beliau bw ideologi politik luar...tak baik sangka buruk kat org...kata mengamalkan ajaran Islam yg sebenar..klw betul2amalkan,mesti tau kan hukum sangka buruk kat org ni...beliau dtg memenuhi undangan je...org dah undang,tak bek tak dtg....cuba lah bukak sikit minda tu....wat byk program berkaitan intelektual...tp tak berintelektual pun....

Anonymous said...

Adham tu memang anjing umno tapi menyalak lebih kuat untuk dia daripada untuk umno. memang dialah yang bawa masuk politik umno ke kampus. kalau aku jumpa dia lagi, nak nya aku hentam dia. pasal dialah dan budak sorang lagi yang dulu pegawai mustapa mohamed, kita kalah kat upsi. sampai aku kena marah dengan brader-brader kita kat luar. kau jumpa dua dua ni, lanyak je. bukan dosa sepak anjing. lepas tu samakla.

golok gocoh said...

ya...
adham baba nothing..
like a dog in the umno..
hidup adham..gong!!gong!!
skg dah xder ape2..
politik dah kena set dgn halimah sadique..ketua umno tenggara..
adham skg jadi muka x malu..ader hati nak mengendeng2 lagi...
sudahlah adham..ko lah perosak politik kampus dgn idea "ASPIRAAAAAAAAAAAAHHHHHSI" ko tu...
Adiosz adham babun...

**** saper brader-brader kat luar yg marah lu????**********

muslimah said...

Salam
begini ke cara orang Islam berbahasa.."sedap sungguh bahasa", sampai kna mengucap bebanyak kali bila membacanya.

sedara sedari, tak kira la umno ke pas ke, dua2nya islam..knapa nak bermusuhan? cubala tengok balik apa yang Rasul kita, Nabi Muhammad SAW ajar..begini ke caranya.

pemimpin politik, walaupun dikatakan bergelar ulama', sangt susah nak cari yang betul2 bersih hatinya..susah nak cari politik yang bersih.

sistem demokrasi sbenarnya diperkenalkan oleh Barat, tapi yang mengagung2kannya sape? parti yg dikatakn islamik juga..dalam islam, smasa zaman Rasulallah SAW, takde sistem demokrasi, baginda mengamalkan konsep musyawarah.. bermuhasabahlah, jangan memburukkan islam dengan cara anda semua yang dikatakan islamik itu.

Islam e2 indah, tapi yang memburukkan islam e2 adalh penganutnya sendiri..contoh terdekat ada di hadapan mata tuan2 sekalian.

fathi said...

Salam, kepada muslimah..

Minta maaf, saya krg berstju dgn pndgan saudari yang mnyatakan bahawa susah nak cari politik yang bersih. Kenapa susah nak cari politik yang bersih? Tidakkah Islam agama yang suci dan bersih, didalamnya merangkul seluruh pekara dalam kehidupan baik akhlak, ibadah, ekonomi, social, politik dan segalanya.

Jangan membuat andaian dan kenyataan sebegitu.Seolah-olah anda menafikan politik adalah sebahagian dari kehidupan Islam. Politik Islam dan ahli politik Islam dipandu dengan ilmu yang dinamakan Siasah Syar’iyyah (bagaimana hendak mentadbir bumi dengan Islam atau syariah). Saya rasa anda sedikit keliru dalam memahami politik dan Islam,.. cuba cek balik hadith Rasullullah SAW, ’peperangan adalah tipu helah’, begitu juga politik, perlu mempunyai tipu helah dan kebijaksanaan. Juga rujuk kitab Syeikh al-Qardhawi tajuk Fiqh al-Daulah.

Saya hendak bertanya, dizaman umat Islam yang serba kekurangan kini, adakah wujud jalan lain yang lebih baik dan selamat dalam usaha untuk menegakkan Islam dalam bentuk sebuah Negara yang syumul keadaannya? Adakah kita hendak mengangkat senjata untuk mendaulatkan Islam? Sudah tentu dari awa lagi kita kalah!

Ulama’ telah menetapkan konsep dan pendekatan yang dinamakan sebgai ‘muwajjahah silmiyyah’ (pendekatan selamat) menerusi jalan demokrasi, elakkan dari pertumpahan darah dan perbalahan, dengan jalan selamat ini dakwah dapat diteruskan dalam masa yang sama usaha untuk mendaulatkan Islam diteruskan. Tidakkah demokrasi itu adalah dekat dengan konsep musyawarah? Walaupun tidak keseluruhannya sama, namun ianya berasaskan pemilihan dan persetujuan.

Jangan membuat kenyataan menerusi pandangan umum saudari, tetapi berpandanganlah dengan pandangan ilmu dan keikhlasan. Berbeza pandangan adalah satu rahmat, namun jangan saling menjatuhkan.

wan said...

Salam.
Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf jika tulisan saya sebelum ini kedengaran menuduh atau provokasi..namun saya langsung tidak bermaksud demikian. Memang benar, saya kurang ilmu, tapi saya tidak buta untuk meihat dan menilai berdasarkan setakat mana ilmu yang saya punya.

Saya ada mengatakan bahawa “susah nak cari politik yang benar2 bersih”. Baik, cuba pandang dunia politik di tanah air kita dengan setulus-tulusnya, tanpa langsung ada berat sebelah terhadap mana-mana pihak. Yang jadi tumpuan kita sudah tentulah perbandingan antara PAS dan UMNO..Kita memang maklum, PAS ditubuhkan atas nama ISLAM dan ber”identitikan” Islam, walau tidak spenuhnya. Mengapa saya mengatakan Pas tidak beridentitikan Islam sepenuhnya? Jawapannya adalah akhlak.
Saya bukan sesuka hati menuduh atau mengata semua pemimpin Pas berakhlak buruk. Bukan itu maksud saya. Contohnya yang biasa adalah, mengata sesama Islam dihalalkan atau sudah terbiasa semata2 orang yang dikata itu berbeza ideology politiknya. Situasi ini memang sentiasa didengari hampir keseluruhannya dalam ceramah Pas tak kira di ceruk mana pun hatta di dalam kelas, dimana guru atau ustaz ustazah menanam semangat kebencian pelajarnya terhadap kerajaan..padahal mereka dibayar gaji untuk mencurahkan ilmu, bukan berpolitik.tidak ush disangkal, kerana saya bercerita berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Kemudian, saudara ada mempersoalkan, “adakah wujud jalan lain yang lebih baik dan selamat dalam usaha untuk menegakkan Islam dalam sebuah Negara yang styumul keadaannya”. Ya, saya mungkin akan bersetuju dengan Pas jika mereka betul2 kuat untuk emerintah Negara yangtercinta ini. Persoalan saya, adakah Pas mampu? Saya dan mungkin sesiapa yang sependapat dngan saya, agak khuatir, jika barisan pakatan pembangkang dapat memerintah, yang akan benar2 menguasai Negara kita adalah siapa? Bukan Pas, dan bukan orang Islam yang lainnya, tapi DAP..kafir yang memusuhi Islam, yang patut kita perangi..Anta mahu keadaan ini berlaku? Sedangkan sekarang, pada masa mereka belum berkuasa pun, Pas bagaikan kerbau dicucuk hidung sehingga sanggup menggadaikan maruah agama Islam tercinta, apatah lagi pada masa jika mereka ditakdirkan berkuasa? Fikirkanlah.

Mengapa dulu Pas ada mengatakan Umno kafir sebab bersekutu dengan orang bukan islam seperti MCA dan MIC dalam BN, sedangkan sekarang, Pas seolah2 menjilat ludahnya sendiri apabila membuat pakatan dengan DAP. Adakah ini dikatakan helah dalam berpolitik? Adakah helah dihalalkan sehingga menggadaikan maruh agama dankesun Islam itu sendiri. Perlakuan2 seperti ini bukan sahaja mengelirukan orang bukan Islam yang berminat terhdap Islam malah menjadi faktor musuh2 Islam untuk menjatuhkan Islam..cuba anta fikirkan dengan mata hati sedalam2nya.

Politik memang ada dalam Islam, tapi nabi Muhammad SAW tidak pernah menggunakan Islam untuk kepentingan politik, tetapi menggunakan politik untuk berdakwah dan menyebarkan Islam. Besar perbezaan antara kedua2 ini.