January 27, 2010

Wakil calon ‘Pimpinan Bitara’ tempah cop SPMPP, saksi dakwa wujud keraguan dalam sistem PRK kali ini

Tanjong Malim, 27 Jan. – Dalam tempoh tidak sampai 2 jam sahaja lagi tempoh berkempen tamat bagi semua calon yang bertanding, UPSIkini menerima maklumat daripada seorang sumber mendakwa wujud keraguan dalam sistem Pilihan Raya Kampus pada kali ini apabila terdapat wakil calon daripada kumpulan ‘Pimpinan Bitara’ menempah cop Suruhanjaya Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (SPMPP) untuk tujuan pemalsuan beberapa dokumen PRK kali ini.

Sumber yang juga merupakan saksi dalam menyampaikan maklumat tersebut kepada UPSIkini berkata pihak terbabit telah menempah cop SPMPP sebanyak 3 unit di sebuah kedai peralatan tulis di Taman Universiti berhadapan Pintu Timur Kampus Sultan Abdul Jalil.

Katanya lagi, pihak terbabit melakukan perkara tersebut bagi tujuan pemalsuan beberapa dokumen rasmi PRK termasuk borang pencalonan bagi calon-calon yang ingin bertanding.

Ditanya siapakah pihak yang dimaksudkan, sumber berkata, individu yang terbabit adalah ‘mastermind’ kumpulan Pimpinan Bitara dan mantan Ahli Majlis Tertinggi MPP 2008/09.

Dalam pada itu, sumber turut mengemukakan bukti dakwaan dengan mengemukakan resit pembayaran cop tersebut dengan harga RM 24.00.

1 comment:

Anonymous said...

ye semestinya mereka akan menggunakan strategi sama yang pernah dibuat dium 2 tahun lalu. Saya menyatakan bahawa wakil promahasiswa PERLULAH mempunyai pemerhatian yang tajam dan peka dengan kehadiran pelajar yang mencabut undi nanti. Terutama didalam dewan nanti.Tempatkan pemerhati promahasiswa ditempat-tempat stategik untuk mengesan pengundi hantu ini. Sebenarnya dalam hal ini upsi perlu meminta agar prk ini dipantau juga, mengapa hanya um sahaja yang diberi keutamaan dalam menempatkan pemerhati luar? semua ini sememangnya sudah dijangka oleh para penganalisis. Saya juga suka untuk mencadangkan agar dimasa akan datang diamalkan penggunaan dakwat hitam. Saya juga sedikit muskil dengan data daftar ini. Moga diberikan perhatian. Saya masih yakin upsi masih boleh mencapai kejayaan jika muka2 bakal mpp upsi memainkan peranan yang sepatutnya.