January 28, 2010

Cop palsu kesalahan berat, perlu ada siasatan sebelum pengundian – penganalisis

Tanjong Malim, 28 Jan. – Isu cop palsu yang menjadi perhatian ramai pihak pada hujung-hujung tempoh berkempen semalam mengundang pelbagai reaksi daripada warga UPSI.

Dalam satu ulasan seorang penganalisis perjalanan PRK UPSI, kes membuat cop palsu katanya adalah satu kesalahan berat dan melibatkan integriti pihak terbabit terutamanya Suruhanjaya Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (SPMPP).

Dalam pada itu katanya, UPSI harus segera mengambil tindakan dengan menangguhkan pengundian dan menyiasat perkara tersebut supaya keyakinan pengundi terhadap SPMPP dapat dikembalikan.

Tambahnya, kes cop palsu harus dipandang serius bukan sahaja di kalangan calon dan SPMPP malah seluruh pengundi juga harus sedar akan penyelewangan yang tidak bermaruah ini.

Semalam UPSIkini mendedahkan resit pembuktian pembayaran cop rasmi SPMPP daripada seorang sumber yang juga merupakan saksi kes tersebut.

1 comment:

Anonymous said...

Lor,apo ney,main cop palsu,xprofessional langsung,mmg patut dibatalkan je pencalonan dorg tu

Tp tu lar,HEP bila pihak bersekutu wat salah xnak ambil kesah
xmalu dengan mahasiswa