January 2, 2010

“Kami bersama Naib Canselor,”- Pro Kebajikan UPSI

Tanjong Malim, 2 Jan- Pro Kebajikan hari ini menyatakan sokongan terhadap kenyataan Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Aminah binti Ayob yang disiarkan dalam buletin utama, semalam.

Beliau menyatakan pendirian supaya pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) lebih jujur dan adil dalam melantik guru lepasan ijazah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

“Tolong lebih jujur dan adil dalam melantik graduan pendidikan lepasan IPTA dan jangan pula disebabkan perpecahan kepada dua kementerian, graduan IPTA dipinggirkan.

“Kabinet sebelum ini juga yang memutuskan bahawa latihan guru untuk sekolah rendah diambilalih oleh IPGM, manakala sekolah menengah dibuat oleh universiti, khususnya UPSI. Jadi, tidak timbul persoalan/kenyataan oleh Timbalan Menteri Pelajaran yang mengatakan bahawa graduan lepasan IPTA melebihi penawaran,” katanya lagi.

Menurut Ketua Penerangan Pro Kebajikan yang dihubungi berkata, Pro Kebajikan menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Canselor dan menyatakan kebersamaan pihak mereka dalam memperjuangkan isu ini.

“Pertamanya, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk atas keprihatinan beliau dalam memperjuangkan isu ini. Keduanya, kami ingin menyatakan sokongan yang padu kepada Datuk dan akan bersama-sama dengan beliau dalam memperjuangkan isu nasional ini.

“Kami juga ingin mengajak semua mahasiswa dan mahasiswi UPSI untuk kita bersama-sama menyokong Datuk NC kita dalam memperjuangkan isu ini,”tambahnya lagi.

Sebelum ini, Dato’ Puad Zarkashi mengeluarkan kenyataan bahawa lantikan guru lepasan ijazah pendidikan mengikut kekosongan dan hal ini menimbulkan keraguan mahasiswa pendidikan IPTA mengenai status penempatan mereka.

26 comments:

cikgu islam said...

Mmg sakit ati bile dgr seorang timb menteri ckp mcm tu. xpikir perasaan org langsung, suke ati je bercakap.. tq Prof Aminah coz baking kitorang. bile die ckp mcm tu luntur la semangat n motivasi student2 baru.. mmg cukup 'bodoh'..

kite as bakal guru ni pn tersentak la jgk dgn kenyataan yg mmg bodoh tu.. rasenye upsi patut ditukar kepada Universiti Sultan Idris je.. xpayah ada pendidikan.. hehehe.. mungkin silapnye upsi adalah menjadi sebuah Universiti. . maybe klu masih Institut kite akan diberi keutamaan..

xpela.. ape2 pn, kite tunggu n lihat je.. rezeki kite ni ade, cume Allah xbagi lagi, kene pecaye la, tuhan x zalim.. setiap org ni ada masa n rezekinye.. mcm si puad zarkashi tu pn ada masa n rezeki die.. mn tau pasni xjadi timb menteri dh ke.. kan..

ape2 pn kawan2., sabar jela menanti.. sabar tu xde hadnye.. bak kata mastermind kite En Kerol, hehehe..

salam tahun baru buat kawan2...

cikgu islam said...

Mmg sakit ati bile dgr seorang timb menteri ckp mcm tu. xpikir perasaan org langsung, suke ati je bercakap.. tq Prof Aminah coz baking kitorang. bile die ckp mcm tu luntur la semangat n motivasi student2 baru.. mmg cukup 'bodoh'..

kite as bakal guru ni pn tersentak la jgk dgn kenyataan yg mmg bodoh tu.. rasenye upsi patut ditukar kepada Universiti Sultan Idris je.. xpayah ada pendidikan.. hehehe.. mungkin silapnye upsi adalah menjadi sebuah Universiti. . maybe klu masih Institut kite akan diberi keutamaan..

xpela.. ape2 pn, kite tunggu n lihat je.. rezeki kite ni ade, cume Allah xbagi lagi, kene pecaye la, tuhan x zalim.. setiap org ni ada masa n rezekinye.. mcm si puad zarkashi tu pn ada masa n rezeki die.. mn tau pasni xjadi timb menteri dh ke.. kan..

ape2 pn kawan2., sabar jela menanti.. sabar tu xde hadnye.. bak kata mastermind kite En Kerol, hehehe..

salam tahun baru buat kawan2...

Anonymous said...

Alhamdulilah syukur akhirnya bonda kita akhirnya bersuara. Kami bersama bonda memperjuangkan nasib kami. Apa guna diletakkan universiti PENDIDIKAN jika dikatakan perlu meletakkan ijazah kami macam universiti lain! adakah kerajaan sudah berfikir sebelum menaiktarafkan upsi ini? Apa makna pendidikan jika ijazah kami untuk jawatan lain seperti PTD? Adalah lebih baik jika universiti ini membuang terus perkataan pendidikan kerana ianya sudah tidak mempunyai nilai! Sudahla kos kami 4tahun dan pinjaman pula 4tahun berbanding dengan kos bukan pendidikan hanya 3 tahun sahaja. Jadi disini saya mencadangkan agar seluruh masyarakat memulaukan sahaja UPSI kerana ia tidak menjamin apa-apa hak, dan jika nak dibandingkan dengan kualiti pula entah dimana tempat kita diantara ipta yang lain. Kenapa baru sekarang isu ini timbul. Kerajaan telah silap membuat percaturan dan bagi saya upsi ini tidak layak dinaiktarafkan sebagai sebuah universiti jika melihat kepada keadaaan infakstuktur dan sebagainya. Tolonglah, kepada kerajaan jangan kerana kesalahan sendiri, enjin jet hilang, difisit kewangan, kerugian sana sini dan sebagainya. Akhirnya masyarakat menjadi mangsa keadaaan. Jangan hanya menjaga perut sendiri sahaja, sedangkan yang lain hidup merana. Adilkah jika pemimpin negara, menteri kabinet memiliki kewangan yang besar tetapi , kami sebagai bakal guru yang mahukan hak kami , mahu menaikkan taraf keluarga, masyarakat dan ekonomi tetapi dipandang sebelah mata. Kami yang dijanjikan gaji yang tidak seberapa ini dinafikan hak, tetapi isu kerugian bernilai jutaan ringgit dan juga projek yang tidak berfaedah dilakukan oleh tangan-tangan yang rakus ini. Kami tuntut hak kami!

Syahir Mohamad said...

salam.. saya sokong Dato VC. harap dapat selesaikan perkara ni dengan sebaik mungkin. tahun baru dengan azam baru. yg nak pratikum buat sehabis baik. jaga nama baik UPSI.

Anonymous said...

bt demo la ramai2..ni duk senyap saja..

Anonymous said...

yaa kami sbg mahasiswa pendidikan upsi menyokong penuh kenyataan Datuk NC didalam buletin utama semalam..kenyataan Datuk Nc dianggap sebagai harapan dan kekuatan kpd kami semua utk meneruskan pngajian kami d UPSI...terima kasih Datuk NC..

Anonymous said...

stuju..mari kita bersama-sama menyinsing lengan berganding bahu memperjuangkan hak kita.....akUpsi

Anonymous said...

ayuh kita bersama-sama menyinsing lengan berganding bahu memperjuangkan hak kita....akUpsi

Anonymous said...

Oleh yang demikian, kajian harus dilakukan dgn mendalam agar tidak wujud lebihan penawaran.mungkin pada 2010 ada lebihan permintaan tidak mustahil akan wujud lebihan penawaran pada 2014 kerana perancangan yang rapi harus dibuat.

Anonymous said...

ha2 lawak sgguh kenyataan timbalan mntri pddkn td dlm buletin utama..ada ke dia ckp upsi mengambil stdnt dpli berdasarkn fktor ekon n bkn slh gomen stdnt xdpt posting....abistu siapa yg bg arhan kt upsi amik stdnt dpli smpai 3-4 rbu org..bkn phak kpm ke???ha2..buat stdnt dpli len kali jgn takbur ckp cnfrm posting..dah kna kt dahi anda br tau apa prasaan stndt ismp..kita serupa shaja..

eika said...

semoga Allah sentiasa nersama pihak yang teraniaya dan memberikan pengajaran kepada pihak yang hanya menyusahkan kami graduan...datuk tolonglah kami...hmpr t'sungkur semangat kami pelajar thn akhir yg akn b'praktikum awl thn ni....kami perlukan kepastian kepada ms dpn kami...jgn hncurkan cita2 dan masa depan kami...jgn goyahkan kepercayaan kami kepada kepimpinan kerajaan..

Anonymous said...

ayuh bangkit mahasiswa UPSI! pertahankan hak kita!!!!!

Anonymous said...

bila nak buat demo sekali nih

Anonymous said...

DPLI dan ISMP banyak beza... sape kate same je? bukannye dak ISMP kate diorang perfect ke? ni la namenye orang yang asik bepegang pade tongkat, bile ditarik tongkat tu, mule la menggelabah. skit2 salahkan kerajaan, dasar yang krajaan buat tu bgantung banyak faktor, bukan stakat nak puaskan hati korang ni smue.. buang mentaliti ambik pendidikan sbb nak jadi cikgu, banyak lagi keje lain.. keje la dulu ape yang ade, bile dah ade rezeki baru la jadi cikgu, ini asik bising je.. bukan nak baiki keadaan...

Anonymous said...

huhuhu....saudara tlg check di Universiti lain yang kos 4tahun tetapi bukan pendidikan wujud atau tidak malangnya xda istemewa apa2 pun pk lah....

Anonymous said...

Alang-alang peluk pekasam, biar sampai kepanggal lengan......................

Anonymous said...

yelah, ada je yang 4 tahun. tapi ada juga 3 tahun.

Anonymous said...

dah la geng dpli pon menumpang je kt upsi...leh kpm wat cmni kt student upsi.... stres tol... law nk minta kje laen ngan guna degree pendidikan...jarang tol nk dpt keje la...dowang soalkan...npe x jd cikgu je... so ??????

Anonymous said...

sudah-sudah la salahkan dpli, kesian kat diaorang. apa salah mereka. upsi ni pun bukan bapak hang yang punya. xda istilah menumpang k. yang salahnya sekarang kerajaan.

Anonymous said...

mmmmm mmg agak sentap dgn isu nh..yela kalo kt tgk dan kita selidik kat sekolah2 skrg ni ramai je cikgu sandaran..itu apa cerita...dah kurang cekgu la mknanya kan...cuba tya cikgu2 kat x-school, msti dior ckp cikgu tak cukup....contohnye cm satu sekolah nh,,cikgu BM la yang nak ngajar GEO...cekgu math la BI...byk g contoh....so,,tak timbul keraguan ke?ke sbb cikgu sandaran gaji tak byk..leh kurang kos..tak gitu? DPLI?KPLI?
sepatutnya kementerian kaji dulu...tak pyh nk wat statement yg nyaktkan hati student pendidikan...
jom masuk U...slogan yang agak ntah pa2... masuk U,,tp kuar jd penganggur ...huh...sakit hati sgt..geram..saya yang tak byk ilmu cam menteri tu pon leh pikir benda ni
ni yg menteri tu pikir apa ntah la....
so menteri...LU PIKIR LA SENDIRI
untuk masa depan negara gak...

Raja Hasbullah said...

Kalau buat perhimpunan aman menyokong NC pun best jugak nie..

Apa kata kalau Pro Kebajikan anjurkan perhimpunan aman tu??

ok x??

abg beca said...

HAK??? Kita dah lama tersilap langkah...Kenapa dibiarkan IPGM ambil alih Sekolah rendah? Cuba tuan2 pikirkan yang mana lebih banyak penempatan...sekolah menengah or sek rendah? Dari dulu lagi sudah ada perancangan nak menaikkan IPGM...sekarang rasakanlah nasib2 kita semua di UPSI. Bukan setakat stdnt tp pensyarah, staf, dan sebgainya turut tkena tempias. Kalo xda stdnt camne nak wujud kursus..xde kursus camne nak ada lect. kalo xde lect cmne nk ada prasarana. Kalo xde prasarana camne nk ada staf sokongan. Camne nk wujudkn jwtn VC, TNC, Dekan2. Kenyataan VC kita jgk menggambrkan bhwa VC jgk prihatin hala tuju UPSI kelak...Bila U dh x stabil...cmne nak dpt kampus tetap?

Anonymous said...

Sekolah menengah ni berbanding sekolah rendah hanya 1 nisbah 3 saja.. Kna ingat tu..
saya pun pelik dgn kerajaan ni, maybe dah takde duit sgt kot.. Tgk kos operasi kapal selam, brapa juta setahun? Hampir 300juta! Ada duit pulak.. Sebab nak kurang kos punya pasal, ada yang baru posting 6 bulan kat sarawak dah kena panggil balik tukar kat semenanjung.. Kenapa? Nak kurang kos la,Xnak byr elaun wilayah lah tu.. Ni cerita betul ni, bukan reka2.. Punca kerajaan takde duit kerana pendapatan Petronas berkurang tak sampai separuh dari tahun sebelumnya bagi suku keempat tahun 2009 berbanding 2008. Kita tak boleh salahkan 100% kpd kerajaan, tapi salahkan diri sendiri kerana bagi kerajaan kpd org yg tak berapa cekap mentadbir. Pak Menteri pulak cakap tu main bantai je.. Sepatutnya jawatan menteri berkaitan pendidikan diberikan kepada mereka yang berlatar belakang pendidik seperti Allahyarham Datuk Razali, mantan Timb Menteri Pendidikan yang merupakan bekas Guru. barulah buat statement tak main bantai je.. Allahyarham jgk pernah menjadi Timbalan Pengrah di maktab perguruan.

Anonymous said...

adohaiiii....br timbalan menteri ckp sikit dah melatah....nmpk sgt masuk upsi semata-mata nak jd cikgu...byk lg peluang pekerjaan yg ada kat malaysia ni...klw susah nak dpat kerja dgn degree pendidikan,jd lah usahawan...kan kerajaan sering bg galakan kepada usahawan br..terutama fresh graduate...ape lah masalahnye...kerja ada kat mn2...jgn pk nak jd cikgu je...

Anonymous said...

korg kecoh2 sini xde pekdah... baik g cari keje... sape la korg nk bising psal hal ni.. NC berbunyi pun xde kesan sgt apetah lagi korg ni (ntah2 blom abis sem lg)..

Anonymous said...

ape nyer dak DPLI menumpang????kami bayar yuran gak..tp kami je dianak tirikan...dh la kami kena kuliah kat Proton city...nk masuk kampus langsung xboleh...pijak rumput kat pdg pn kena saman...ish..ish...ish..
ni isu penempatan lak...kami DPLI pn bljr 3tahun gak...ni sambung UPSI 1tahun..4tahun jgk...dh xdpt posting cr lah kije lain dulu...ni bl masuk UPSI mentaliti jadi cikgi..agak..agak lah...dunia dh lama berubah.....