December 31, 2009

Isu penempatan, TNCA dijangka adakan pertemuan dengan KPM minta penjelasan

Tanjong Malim, 31 Disember - Timbalan Naib Canselor Akademik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof . Dr. Zakaria Kasa akan mengadakan pertemuan dengan SPP dan Bahagian Sumber Manusia Kementerian Pelajaran Malaysia , bagi mendapatkan penjelasan berhubung lantikan guru lepasan ijazah pendidikan mengikut kekosongan.

Beliau ketika dihubungi menjelaskan, “Saya mohon maaf kerana tidak dapat memberi penjelasan tentang penempatan 2010 dan 2011. Saya tidak mempunyai maklumat detail daripada KPM berkaitan perkara ini. Saya akan cuba mendapat maklumat tentang hal ini dalam pertemuan dengan SPP dan juga Bahagian Sumber Manusia Kementerian Pelajaran Malaysia yang akan diadakan tidak lama lagi. Itu pun jika kedua-dua pihak mengetahui tentang perancangan KPM berkaitan dengan penempatan 2010 dan 2011. InsyaAllah”.

Dalam hal berkaitan , Bahagian Sumber Manusia KPM baru-baru ini menyatakan terdapat 11,000 kekosongan jawatan guru di seluruh Malaysia menjelang tahun 2011. Perkara ini dijelaskan oleh Puan Faridatul Akma Bt Mat Taib , Timbalan Setiausaha Cawangan Perkhidmatan, Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia dalam kolokium "Masa depan dan hala tuju graduan UPSI” November lepas bertempat di bitarasiswa.

Beliau turut menjelaskan , graduan Diploma Pendidikan Lanjutan Ijazah (DPLI) sebanyak 2700 yang akan bergraduat pada tahun 2011 , jika dicampur graduan dari UPSI dan Fakulti Pendidikan universiti lain, jumlah guru masih diperlukan, sekaligus membolehkan semua graduan pendidikan mendapat penempatan jika lulus ujian INSAK dan temuduga KPM.

Sementara itu, Saudari Nur Aqilah Hanis , Exco Akademik dan Kerjaya Majlis Perwakilan Pelajar UPSI ketika dihubungi mencadangkan kepada pihak universiti supaya menjelaskan kepada seluruh mahasiswa tanpa perlu menyorokkan status sebenar mereka sama ada wujud penangguhan penempatan atau tidak sekaligus memudahkan mereka menyediakan perancangan masa depan.

Katanya, pihak KPM juga patut menjelaskan secara terperinci jumlah program pendidikan yang sudah penuh dan program yang masih kekosongan di sekolah memandangkan beliau hanya menyatakan bahawa program Bahasa Inggeris sahaja yang kritikal dan memerlukan ramai guru.

Dalam pada itu, kenyataan Bahagian Sumber Mansuia KPM baru-baru ini dilihat bercanggah dengan apa yang dijelaskan oleh Dr. Mohd Puad Zarkashi pada hari ini dimana beliau menyatakan lantikan guru lepasan ijazah pendidikan mengikut kekosongan. Ini bermakna, mungkin akan wujud penangguhan penempatan bagi graduan 2010 dan 2011.





25 comments:

Anonymous said...

kesian aku tgk bdk2 pendidikan sekarang....merempat di negara sendiri..sekarang masuk u bukan untuk kerjaya tapi lebih kepada ilmu pengetahuan nampaknyer.
buat junior2 byk2 bersabar..dasar boleh berubah bila2 masa.byk berdoa

Anonymous said...

kesian aku tgk bdk2 pendidikan sekarang....merempat di negara sendiri..sekarang masuk u bukan untuk kerjaya tapi lebih kepada ilmu pengetahuan nampaknyer.
buat junior2 byk2 bersabar..dasar boleh berubah bila2 masa.byk berdoa

Anonymous said...

Harap2 TNCA dapat memberi penjelasan dan berita baik kepada kita..

Anonymous said...

Alahai aku rasa memang kita akan dibekukan, memang la kekosongan banyak tetapi untuk dilantik berapa orng? kerajaan tak ada duit la, buktinya gula esok akan naik, minyak akan naik dan sebagainya. Cuba tengok ransangan ekonomi yang dijalankan tidak menampakkan hasil. Mane dia bentangan hasil pakej ekonomi kepada rakyat. Aku rasa kita perlu adakan rapat umum supaya mesej kita sampai kepada menteri. Sampai bila kita mahu ditindas. Kita tunjukkan kuasa kita sebagai mahasiswa sebagai medium perubahan. Kita bukan lembu yang dicucuk hidung dengan dijanjikan peluang untuk kerja. Tapi saya percaya jika ada seorang yang mengetuai demostarasi, majoriti pelajar akan mengikut. Kepada seluruh pmi diseluruh universiti, bagi lah perhatian kepada masalah kami. Masalah kami disini ialah takut untuk menjadi kepala. Ini diibaratkan menunggu bom untuk meletus.

Anonymous said...

Alahai tnc yang akan aadakan pertemuan, Saya mencadangkan agar bagi wakil pelajar turut serta dalam pertemuan ini. Kami tidak percaya jika tnc hep yang adakan pertemuan. Apa yang akan dibincangkan hanyalah bermotifkan politik. Saya juga menyeru supaya adakan satu bantahan rasaksa yang untuk memberi mesej kepada kementerian. Saya mahu timbulkan satu persoalan, untuk apa kos pendidikan ini diwujudkan sedangkan ianya bergantung kepada kekosongan? Adakah kerajaan tidak berfikir sebelum mewujudkan kos pendidikan ini. Sepatutnya kerajaan telah mempunyai rancangan yang tersusun agar masalah ini tidak timbul. Adakah kerajaan sekarang mahu menghasikan produk yang tidak mempunyai kegunaan? sekadar belajar dan berhutang kepada kerajaan? Ini kan dia rakyat didahulukan? saya menyeru kawan-kawan saya supaya tahun baru ini kita bangkit. Jangan kita takut untuk mempertahankan hak kita, apa guna kita belajar tetapi peluang untuk mempraktikannya serta memdidik anak bangsa dinafikan? Saya merasakan cukup lah kita untuk pergi mendengar kuliah yang tidak mempunyai apa-apa nilai. Anggap la ia sebagai membazir. Jika diikut menuntut ilmu dimana-mana kami boleh menuntut ilmu. Tetapi kami menuntut ilmu juga adalah untuk menaikkan taraf hidup anak bangsa kami. Ayuh Bangkit!

Anonymous said...

macam2 auta yg dikeluarkan oleh mereka "yang berkuasa" ni...sorang cakap mcm tu,sorang cakap macm nih..yg sudah nya kita semua lah jd mangsa keadaan dan experimen...kata nk buat penempatan ikut kekosongan..yang hairan nya sekarang ni pengambilan dan penempatan GSTT telah dibuka scara besar-besaran..x percaya cuba pergi rujuk dkt pjbt PPD masing2..heran2..nampak gayanya lebih baik ambik yg tak terlatih drp yg terlatih yer??huhu..boleh save bajet skit nk bayar gaji kalau amik yang tak terlatih kan..

Anonymous said...

macam2 auta yg dikeluarkan oleh mereka "yang berkuasa" ni...sorang cakap mcm tu,sorang cakap macm nih..yg sudah nya kita semua lah jd mangsa keadaan dan experimen...kata nk buat penempatan ikut kekosongan..yang hairan nya sekarang ni pengambilan dan penempatan GSTT telah dibuka scara besar-besaran..x percaya cuba pergi rujuk dkt pjbt PPD masing2..heran2..nampak gayanya

syahir Mohamad said...

salam..
saya difahamkan kemasukan pelajar baru adalah unjuran dari kpm tetapi bila kementerian menyatakan kekosongan guru tidak sama dgn pengambilan IPTA kecuali KPLI dan IPG maka ia brtentangan dengan apa yg diperkatakan. kenapa perkara ni bolh berlaku ye.. untuk sahabat2 semua, kita semua mesti bersedia dgn apa yg berlaku. sentiasa peka dgn perubahan. diharap semasa bertemuan tersebut, bawalah wakil pelajar sekali. kalaulah maslah ni dikatakan berpunca dgn masalah kewangan, ni menunjukan pengurusan kewangan negara amat lemah. atau berlaku konspirasi kewangan. Apakah kerajaan sekarang tidak mampu menguruskan kewangan? kita tunggu dan lihat.

Anonymous said...

stop blame on government, blame it to yourself.

مَعهَدين الُمعلمْ said...

penempatan guru jugak mengikut duit poket kerajaan.

Kalau kerajaan tiada duit mcm mana kita nak posting.

Hak kita adalah kerajaan wajib membayar gaji kalau kita diposting.

kekosongan memang banyak untuk penempatan guru.

So kesimpulannya kerajaan tiada duit. ekonomi tak bagus kot.. ntah nape..

Harga gula nak naik lagi..
Apapun redha jer..
Kita jangan lawan kerajaan nanti kita yang kena..

Ikut jer ape kerajaan buat..
InsyaAllah kita tak kena..

Kerajaan pun manusia, kita pun manusia..
:)

Anonymous said...

jgn pinggirkn kami sbgai pjuang bangsa n negara letakkn kami di tempat spatutnya...kesian pada anak malaysia ini juga...btol ke dgr ura2 kata upsi nk di turunkn taraf? tp pihak U xmahu...kenapa suma ini tjadi apa nasib kami suma...mmg btol kan kami xdak posting?mna pmbela nasib peljar tlg usahakn apa yg ptut...

Anonymous said...

Keadilan Bersama:
Isu penempatan bukan isu utama sebenarnya yang melanda pelajar pendidikan terutama UPSI. Dah tiba masanya untuk anda bersaing bersama pelajar universiti lain untuk bidang pekerjaan sama ada gov atau awam. Selama ini, pelajar pendidikan bagai anak emas, lepas keluar dapat kerja...mungkin ijazah anda bukan kekuatan utama lagi...Harap juga anda pohon jawatan PTD dan jawatan utama lain.. Bersama Dalam Persaingan Dunia Baru

Anonymous said...

pak menteri main cakap je, bukan tahu aper, sebab x selalu terponteng parlimen dengar persidangan. kalau tanya soalan haram dapat jawab. mintak jawapan dari pegawai kerajaan yang duduk kat belakang dia.

Anonymous said...

Akhirnya NC UPSI da wat kenyataan kt TV 3..Harap2 ada tindak balas baik dr KPM...

Anonymous said...

bersaing dgn U lain?hahaha..cadangan bangang..mangkuk ayun..
UPSI kuarkn ijazah pndidikan ler yob..
kuar mstilah nk jd pendidik..
xkn nk apply keje doktor,peguam guna ijzh pnddkn..
klu kmi nk jd doktor xdelah kmi masuk upsi,klu kmi nk jd peguam xdelah km msuk upsi..
tp kmi mmg bercita2 jd pndidik..
sng crite pljr upsi mmg lembik..tkut utk bersuara..tkut nk tegakkn hak....
ibu kandung suluh budiman dh layu...

faizbaser said...

salam semua junior2 ku UPSI..saya adalah bekas pelajar UPSI graduate 2006. Sebenarnya kalau xsilap sy..isu posting ni sudah berlaku pada senior2 kami lg batch graduate 2005 dan 2004 malah ada yg lama lg dari itu. Ada yg senior2 kami yg lepas belum dapat posting..tp bila diorg fedup..diorg apply kerja govt yg lain..alhamdulillah ada yg dpt. Ada yg jadi PTD n lain2 jawatan berstatus pegawai kerajaan. Memang sy sndri akui pelajar UPSI tertekan dengan kes "posting" ini. Sy sndri pon terlewat posting hampir setahun. Apa yg sy boleh nasihat di sini harap bersabarlah byk2 dan sambil2 tu cubalah apply jawatan lain dlm kerajaan..insyallah..kalau ada rezeki jadi seorg guru..adalah posting untuk kita..mungkin rezeki kita di jawatan yang lain. Kalau nak ikutkan tekanan..ramai lg senior2 sy hampir 2-3 tahun terlewat posting..apa yg penting kita usaha la cari pekerjaan lain dahulu..jgn la terlalu mengharap..

faizbaser said...

salam semua junior2 ku UPSI..saya adalah bekas pelajar UPSI graduate 2006. Sebenarnya kalau xsilap sy..isu posting ni sudah berlaku pada senior2 kami lg batch graduate 2005 dan 2004 malah ada yg lama lg dari itu. Ada yg senior2 kami yg lepas belum dapat posting..tp bila diorg fedup..diorg apply kerja govt yg lain..alhamdulillah ada yg dpt. Ada yg jadi PTD n lain2 jawatan berstatus pegawai kerajaan. Memang sy sndri akui pelajar UPSI tertekan dengan kes "posting" ini. Sy sndri pon terlewat posting hampir setahun. Apa yg sy boleh nasihat di sini harap bersabarlah byk2 dan sambil2 tu cubalah apply jawatan lain dlm kerajaan..insyallah..kalau ada rezeki jadi seorg guru..adalah posting untuk kita..mungkin rezeki kita di jawatan yang lain. Kalau nak ikutkan tekanan..ramai lg senior2 sy hampir 2-3 tahun terlewat posting..apa yg penting kita usaha la cari pekerjaan lain dahulu..jgn la terlalu mengharap..-guru perantau.

Anonymous said...

Anonymous said...

Keadilan Bersama:
Isu penempatan bukan isu utama sebenarnya yang melanda pelajar pendidikan terutama UPSI. Dah tiba masanya untuk anda bersaing bersama pelajar universiti lain untuk bidang pekerjaan sama ada gov atau awam. Selama ini, pelajar pendidikan bagai anak emas, lepas keluar dapat kerja...mungkin ijazah anda bukan kekuatan utama lagi...Harap juga anda pohon jawatan PTD dan jawatan utama lain.. Bersama Dalam Persaingan Dunia Baru

January 1, 2010 4:49 PM


saudara ley x snaraikan jwatan kosong yang bley dipohon gunakan ijazah pendidikan....boleh jd pnduan bersama.....

Anonymous said...

slm..
sedihla klu x dpt
posting..nk dpt ambl pddkn dah la tmuduga sn cni..xkn la kpm x dpt anggar kuota guru yg graduate pd ms dpn sblm mbuat satu2 ambilan pljr brukn ..

Anonymous said...

Kami sokong upsi diturunkan taraf menjadi maktab agar hak kami terbela, Ada diruangan pendapat cakap jangan salah kan kerajaan? tengok pada diri sendiri. Haha, kenyataan apa entah mcm tu. Senang je , cakap je kerajaan xda duit dan duit banyak nak buat persedian jika ada pilihanraya. Ni mane dia ecer, ncer? huahua, Nak katakan bodoh majoriti belajar oversea, universiti tersohor dunia katakan........... Kami dah muak dengan kerajaan. Tunggu la saat untuk rebah. Bajet ekonomi pun lulus dengan tiga undi. Boleh jalan daaaaaaaaaa.

Anonymous said...

xpe la KPM dah ckp ada penempatan...if...lulus ujian insak dgn interview KPM...skrg ni struggle la utk lulus dua ujian nih..jgn kecoh2 dulu..kita tgk janji KPM tuh..kalau lulus tp xdpt posting baru kita kecoh..OK =P

Anonymous said...

dah tau xmampu dlm jangka masa yg pjg jgn la amik student beribu-ribu lagi. sbb ada yg sanggup berhenti kerja semata2 nak belajar kat upsi yg konon nya peluang kerja lebih cerah.posting kena beku apa nasib mereka?

Anonymous said...

masalah dalaman negara da semakin meningkat. penempatan dibekukan nie menandakan bahawa ekonomi kita da semakin merudum. kerajaan yang memerintah lebih separauh abad ini sepatutnya pemerintah yang berpegalaman tetapi nampaknya...alahai da semakin teruk. isu ini kalau tidak dibendung menjelaskan bahawa pemerintah sekarang da makin lemah dari segi pentadbiran. minta2 lah ada perubahan kepada pentadbiran negara kita supaya rakyat tidak merempat di negar sendiri sehingga mudah untuk dijajah sekali lagi.

Anonymous said...

mari ramai2x kita tanya kat dr puad zarkashi di http://puadzarkashii.blogspot.com/

aku tak tau dia ada blog.mungkin kite boleh cek kesahihannye

noravril_83 said...

Salam 1 Malaysia..

Saya fresh graduate Apr10' baru2 ni.
Saya memang bekerja sambilan di sebuah hypermarket..sedar2 je dah stengah tahun bekerja di situ tapi tpaksa gunakan diploma. Kita memang xkisah kerja selain guru..tapi..tula..degree pendidikan ni xada mana syarikat berani ambil sbg pekerja..mereka xnak amik risiko kita resign kalau dapat penempatan yg hakikatnya ntah tahun bila akan dapat..dgn gaji basic RM800/month, beza dgn rakan sejawat RM950 guna degree yg bukan pendidikan..(dia boleh guna degree sbb bukan pendidikan..)so, inilah masalah jika Graduan memegang certificate 'PENDIDIKAN' yg menggelapkan masa depan kami...