December 30, 2009

Pro Kebajikan sokong Forum Anjuran BANTAH

Tanjong Malim,30 Dis: Pro kebajikan hari ini menyatakan sokongan terhadap Gabungan Mahasiswa Bantah E-Voting (BANTAH), selaku penganjur forum terbuka 'E-Voting dan Masa Depan Demokrasi Kampus' walaupun dihalang oleh pentadbiran Universiti Malaya.

Menurut Wakil Pro Kebajikan UPSI, saudara Akmal Bin Madzir menyatakan sokongan pihak beliau terhadap BANTAH dan berjanji akan menghantar beberapa wakil untuk turut serta dalam forum tersebut.

“Kami berpendapat bahawa forum seperti ini tidak sepatutnya dihalang kerana ia membantutkan demokrasi dan keintektualan mahasiswa. Sepatutnya pihak pentadbiran universiti lebih terbuka dan menyokong penganjuran forum tersebut.

“Kami juga akan menghantar wakil kami dalam forum tersebut sebagai tanda sokongan terhadap demokrasi kampus walaupun ianya tidak akan diadakan di APIUM,”katanya.

Menurut beliau lagi, sebagai kampus yang telah menjalankan e-voting dalam pilihanraya kampus, terdapat banyak kelemahan dan isu-isu yang boleh meragui sistem e-voting tersebut dan mencemarkan demokrasi kampus.

“Kami berpendapat dengan penganjuran forum ini, kita dapat berbincang dan meneliti sejauh manakah ketelusan dan kebebasan dalam sistem e-voting yang dijalankan dan bagaimanakah masa depan demokrasi kampus di seluruh IPT pada masa akan datang.

Semalam, pihak HEP Universiti Malaya telah mengarahkan APIUM untuk membatalkan tempahan Dewan Kuliah Utama APIUM bagi penganjuran forum terbuka 'E-Voting dan Masa Depan Demokrasi Kampus' anjuran BANTAH.

8 comments:

Raja Bersiong said...

Itulah kerja PRo Kebajikan.
Tak habis2 dgn Perangai Pro Pembangkang.

Anonymous said...

boleh tolong fokus kat isu posting tak? asyik2 pilihanraya, muak aku weh... tgk tv3 tadi, budak dpli dah kecoh2 pasal posting..

Anonymous said...

yelah, apa nak jadi la, kalu nak masuk politik pegi daftar pertubuhan la. ni upsi khas untuk bakal cikgu la. Perjuangan entah apa-apa tapi hak kita diambik org. Apa guna ada pro hep dengan pro kebajikan. Apa yang bezanya 2 ni. tolong jelaskan. Xpayah nak tunjuk jaguh la sokong sana sini, sedangkan hak kita selama ini dapat posting dirampas begitu saje. Mane dia perjuangan? Setakat mane perjuangan? Kalau berani jom la pakat keluar ramai-ramai dapatkan balik hak kita! Ini sibuk dengan benda lain. Pikir la kita ni harapan mak ayah la.Bukan datang sini nak menjadi ahli politik. Politik tu boleh tapi tengok la apa yang hendak diperjuangkan!

Pelajar UPSI.. said...

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20091230140420/Article/index_html

rujuk ni n sila komen..

serta tolong komen apa yang di beritakan dalam buletin utama..
dari timbalan menteri pelajaran..dr puad zarkashi tentng hanya 5000 kekosongan tahun 2010 n 1500 kekosongan tahun 2011.. dan juga tentang pengeluaran guru tinggi berbanding permintaan guru di sekolah..

hope kita dapat sama2 berbincang...

Pelajar UPSI.. said...

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20091230140420/Article/index_html

tolong bincng tentg ni..

n tentg pe y timb menteri pelajaran dr puad zarkashi beritahu hanya 5000 kekosongn pada 2010 n 1500 kekosongan pada 2011..juga tentg pengeluaran guru melebihi permintaan guru di sekolah..

syahir Mohamad said...

salam..
sebenarnya bukan masalah posting je..
masalah berkaitan pendidikan banyak sekarang..antara yg terbaru walaupun belum diberitahu secara rasmi ialah..
penarikan perbagai bantuan pendidikan seperti RMT, Kerusi meja sekolah dan kelas tambahan. semua ni dikatakan berpunca daripada kerajaan takde duit. so masalah posting pun terkena sekali. kerajaan kekurangan duit utk semua ni. Perkara ni tak pernah berlaku selama ni. fikir2kanlah.. nak tahu lebih lanjut tanya pihak2 yg berjawatan besar atau guru besar atau pengetua. bila pendidikan dilkurangkan bajet, entahlah apa yg berlaku. maasalah ni bukan hnya melibatkan mahasiswa tapi pihak sekolah. yang akan menerima kesan paling banyak ialah murid2.. kenapa ni berlaku fiki2kanlah..
just utk kongis masalah. sebagai mahasiswa kita jgn hanya melihat masalah yg dekat dengan kita tapi masalah lain. buka minda dan hati.

Anonymous said...

2la..cuba bkak cite pasal posting tahun 2010..aku dgr pengambilan terhad..cube selidik n sebarkan..kami nak tahu..

Anonymous said...

kalau kail panjang sejengkal....