January 13, 2010

Kronologi kemalangan maut

Gambar jenazah di Hospital Teluk Intan

4.30 pagi – Arwah Faizol bersama 5 orang rakan ke KTM Tanjong Malim untuk menjemput rakan-rakan yang lain. Namun, arwah Faizol tiba agak lewat berbanding rakan-rakan yang lain dengan menaiki motosikal Kriss milik rakan sebilik di KUO.

5.00 pagi – Kemalangan melibatkan motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa. Motosikal mangsa bertembung dengan lori kiriman barangan ekspress yang datang dari arah Rawang untuk ke Pulau Pinang.

5.15 pagi – Ambulans dari Klinik Kesihatan Tanjong Malim tiba. Arwah Faizol disahkan meninggal dunia ditempat kejadian manakala arwah Fadhiri dibawa menaiki ambulans untuk ke klinik kesihatan Tanjong Malim.

5.20 pagi – Polis tiba untuk mengawal lalu lintas. Orang ramai telah mulai mengerumuni tempat kejadian.

5.45 pagi – Arwah Fadhiri dibawa ke Hospital Slim River untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Ahli keluarga kedua-dua mangsa dimaklumkan mengenai kejadian yang berlaku. Arwah masih dalam keadaan sedar dan hanya mampu menyebut, “Allah…Allah…Allah…”

6.15 pagi – Pegawai Penyiasat Polis Trafik IPD Slim River tiba di tempat kejadian untuk membuat siasatan.

6.30 pagi – Mayat arwah Faizol di bawa menaiki Land Rover PDRM ke Hospital Slim River untuk dibuat bedah siasat.

7.00 pagi – Pegawai Perubatan memaklumkan arwah Fadhiri perlu dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk dibedah segera kerana mengalami kecederaan dalaman yang serius.

7.15 pagi – Pegawai HEP dan Felo Kolej Ungku Omar (KUO) tiba di Hospital Slim River.

7.30 pagi – Arwah Fadhiri dibawa ke Hospital Teluk Intan.

9.00 pagi – Arwah Fadhiri sudah tidak sedarkan diri. Arwah sudah mula berhenti bernafas dan otaknya sudah tidak berfungsi dan hanya jantung sahaja yang masih berfungsi. Pegawai Perubatan hospital berusaha keras untuk menyelamatkannya.

10.30 pagi – Pegawai Perubatan memaklumkan kepada rakan-rakan yang hadir bahawa arwah sudah meninggal dunia. Di Hospital Slim, arwah Faizol menerima kunjungan dari segenap lapisan masyarakat. Ahli keluarga arwah Faizol tiba untuk pengesahan mayat. Persediaan untuk memandi dan mengkafankan arwah Faizol dilakukan.

11.00 pagi – Abang sulung arwah Fadhiri, saudara Khairul yang datang dari Kuala Lipis tiba di Hospital Teluk Intan dan dimaklumkan mengenai kematian arwah. Keluarganya yang lain masih berada di Grik.

1.30 petang – Ayah dan ibu arwah Fadhiri tiba di bilik mayat. Persediaan untuk memandi dan mengkafankan jenazah dilakukan. Di Surau Al-Falah, arwah Faizol tiba untuk disolatkan.

2.30 petang – Arwah Faizol di bawa menaiki van jenazah Hospital Slim untuk dibawa ke Pasir Mas, Kelantan.

3.30 petang – Arwah Fadhiri disolatkan di surau Hospital Teluk Intan.

4.00 petang – Arwah Fadhiri dibawa menaiki van jenazah UPSI untuk dibawa ke Tanah Merah, Kelantan.

8.30 malam – Jenazah arwah Faizol tiba di kediamannya.

10.30 malam – Jenazah Fadhiri tiba di kediamannya manakala Jenazah Faizol telah selamat dikebumikan. Keluarga arwah Fadhiri masih menunggu seorang lagi abangnya yang dalam perjalanan dari Sarawak.

1.00 pagi – Arwah Fadhiri disolatkan. Hadirin yang datang untuk bersolat melimpahi hingga ke luar rumah.

1.30 pagi – Jenazah Fadhiri selamat dikebumikan.

Al-Fatihah

12 comments:

Anonymous said...

Al Fatihah...kedua-dua arwah seorang yang sangat baik..anak soleh dan semangat juang untuk islam adalah sangat tinggi..sangat susah untuk marah tp akan bangkit apbila ia betul-betul mencabar perkara yang berkaitan dengan Islam..

Ya Allah, Kau rahmati mereka..Kau tempatkan mereka dikalangan hamba-hambaMu yang soleh.kami sangat merasai kehilangan mereka kerana kami sangat menyayangi mereka..namun kami tahu Kau lebih menyayanginya..

Balqis said...

Masih terkejut mendengar pemergian arwah.......
Arwah Fadhiri seorng yang berhati mulia dan dedikasi dlm mnjlnkan tugas....
Daku selalu kagum dgn peribadi & tutur katanya....
Perginya seorang pejuang Islam, Allah lebih mnyanyangi dirimu....
Semoga dikau ditempatkan di kalangan para syuhada...Amin

Anonymous said...

Kami warga DPI mengucapkan takziah keatas pemergian jenazah. Rahmatilah mereka dan tempatkalah mereka bersama-sama hambamu yang soleh. Amin............

Anonymous said...

Al-Fatihah dan doa buat keduanya. Sesunnguhnya ALLAH amat menyayangi mereka. Kehilangan mereka menjadi pengajaran buat kita yang masih hidup. Kedua-dua Allahyarham merupakan sahabat dan Hamba Allah yang baik. Hidup cuma 1 kali. Jangan persiakan dengan kelalaian. Akhirat sedang menunggu... perbanyakkan bekalan untuk ke sana.

Anonymous said...

Arwah mempunyai peribadi yg sgt baik..Semoga arwah ditempatkan dikalangan syuhada'.ameen

Cikgu Adham said...

salam ziarah.

al-Fatihah,
kedua2 Allahyarham memang kawe kenal semasa kawe di tahun ahir di UPSI dan masa tu kedua2nya baru je memulakan pengajian di tahun pertama.. Rindu plak dgn celoteh panggilan penuh hormat dr kedua2nya kepada kawe huhuu.. bila ada apa2, atau bertegur sapa.. mesti keluar "Abe Adham" utk tegus kawe huhuhuu

Ya Allah rahmatilah mereka.. semoga Allahyarham dicucuri rahmat Allah

Cikgu Adham said...

salam ziarah.

al-Fatihah,
kedua2 Allahyarham memang kawe kenal semasa kawe di tahun ahir di UPSI dan masa tu kedua2nya baru je memulakan pengajian di tahun pertama.. Rindu plak dgn celoteh panggilan penuh hormat dr kedua2nya kepada kawe huhuu.. bila ada apa2, atau bertegur sapa.. mesti keluar "Abe Adham" utk tegus kawe huhuhuu

Ya Allah rahmatilah mereka.. semoga Allahyarham dicucuri rahmat Allah

permySURI said...

Al-Fatihah kpd kedua2 mangsa..sy pernah terlibat dlm program samses & arwah fadhiri merupakan pengarah progam tersebut..walaupun hanya mengenali sekejap ttp kehilangannya ckup terasa..smg kalian trgolong dlm klgn org2 yg soleh..amen.

Anonymous said...

Salam...

Al- Fatihah
buat perjuang agama allah
tenanglah kalian disisinya
semoga allah merahmatinya dan mencucuri rahmahnya...
sesungguhnya allah sayang kepada kalian..
buat sahabat2 di UPSI, kehilangan dua sahabat kita perlu diambil pengajaran bahawa, tidak kira tua, muda, kaya, miskin, kita semua pasti akan MATI..
Bakal-bakal pendidik semua, hentikanlah budaya maksiat yang berleluasa di UPSI, kerana anda bakal berdepan dengan anak-anak bangsa kelak...
Didiklah diri kita menjadi insan yang soleh dan solehah supaya apabila kita meninggal kelak, kita meninggal dengan penuh keimanan seperti sahabat kita ini...

p/s : mohon pihak upsikini letakkan gambar arwah kerana ada sesetengah pelajar UPSI tidak mengenali arwah..

amirah said...

Al-Fatihah

Anonymous said...

kedua-dua arwah memiliki kepribadian yg mulia. insyaAllah, semoga mereka bersama-sama dgn para syuhada.

Anonymous said...

Al fatihah utk arwah..
masih terkejut dgn pemergian arwah..
budi pekerti arwah sgt tinggi..
arwah selalu mengucapkan salam dan bertegur sapa dgn sesiapa sahaja yg berselisih dengannya..inilah yang membuatkan aku kagum dengan arwah..semoga rohnya diberkati dan ditempatkan di kalangan orang yang bertakwa