January 27, 2010

Pro Kebajikan sedia dedah organisasi sekiranya menang semua 8 kerusi

Tanjong Malim, 27 Jan. – Kepimpinan Pro Kebajikan yang menjadi tonggak dalam mencatur calon bertanding dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) UPSI kali ini sedia untuk mengumumkan barisan kepimpinan mereka secara terbuka kepada seluruh warga kampus sekiranya wakil mereka menang kesemua 8 kerusi.

Pengumuman tersebut dibuat Pengerusinya selepas mesyuarat khas jentera PRK Pro Kebajikan malam tadi.

Beliau dalam pengumumannya berkata sudah tiba masanya seluruh mahasiswa bergerak bersama kepimpinan Pro Kebajikan dalam membangkitkan semula nilai kemahasiswaan di kalangan mahasiswa di sini.

“Semua Ahli Majlis Tertinggi bersetuju untuk menzahirkan perjuangan kami bersama seluruh mahasiswa UPSI sekiranya semua 8 kerusi yang ditandingi Pro Kebajikan atas nama Mahasiswa Pendidik menang dalam PRK kali ini”, katanya.

“Dan kita sedar semua penyokong Pro Kebajikan telah lama menantikan saat ini”,tambahnya lagi.

Ditanya mengapa Pro Kebajikan hanya akan berbuat demikian sekiranya menang semua kerusi, beliau berkata perkara tersebut merupakan indikator dalam menilai tahap sokongan mahasiswa kepada Pro Kebajikan dan merupakan kekuatan kepada Pro Kebajikan untuk bersama seluruh mahasiswa selepas ini.

Pro Kebajikan dalam pengumumannya itu merancang untuk mengadakan himpunan mega sekiranya calon Mahasiswa Pendidik menang kesemua kerusi yang ditandingi dan bersedia mengumumkan organisasi Pro Kebajikan dalam program tersebut.

4 comments:

Anonymous said...

8 ke 7 kerusi? azrul, zahar, amin, herwana, nooranoo, faiqah dan atiqah._ ingin tahu_

Anonymous said...

ermmm... nape den tak kenal pun diorg ni.. ermm.. rasanya kena lebih publicity kalau betul2 nak memimpin.. main2 sorok2 camne nak undi ni

pak lah said...

sir wa haza...saya sokong pendedahan

Anonymous said...

yeah! x sabar nak tahu pucuk pimpinan pro kebajikan. undilah mahasiswa pendidik!