January 24, 2010

Mahasiswa disaran tolak MPP, calon tak ikut syarat

Tanjong Malim, 24 Januari - Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris disaran menolak calon-calon dan mereka yang telah menang tanpa bertanding baru-baru ini sebagai pemimpin mahasiswa kerana dikatakan tidak telus dan adil dalam menilai kepimpinan. Kesemua mereka 6 orang yang layak dan termasuk 3 darinya telah pun menang tanpa bertanding, dikatakan tidak memenuhi syarat dan siri kem kepimpinan mahasiswa sebanyak 3 kali.

Dalam pada itu, rata-rata mahasiswa meragui ketelusan pihak yang menguruskan Pilihan Raya Kampus pada kali ini memandangkan mereka yang tidak memenuhi syarat boleh menyertai PRK sedangkan calon yang lain berhempas pulas memenuhi siri kem. Hal ini jelas menunjukkan rendahnya integriti dalam menguruskan PRK.

Dalam hal berkaitan, Mohamad Zahar memohon pihak berkenaan agar menjelaskan kepada seluruh mahasiswa kenapa mereka dibenarkan bertanding dan hal ini tidak sepatutnya berlaku dan meragukan kita.

Menurut sumber, dikatkan keenam-enam calon termasuk 3 yang telah menang tanpa bertanding telah menghadiri satu bengkel khas PRK aspirasi nasional disebuah hotel pada hari yang sama semasa kem kepimpinan.

Oleh itu mereka tidak menghadiri kem memenuhi syarat menjadi calon. Kalau ini benar, kenapa mereka dibenarkan menjadi calon ? Adakah bengkel PRK aspirasi ada kaitan dengan kem kepimpinan yang dianjurkan universiti atau dengan menghadiri bengkel aspirasi tersebut, itu sudah cukup memenuhi syarat ?

PRK UPSI pada kali ini dikatakan masih dalam keadaan terkawal dan rata-rata calon sedang sibuk menaikkan baner dan poster masing-masing.




4 comments:

Anonymous said...

Tak payah persoalkanlah. PRK ni yang kendalikan HEP. Sukati dioranglah nak buat apa.

HEP yang buat undang-undang tu semua. Suka hati dioranglah nak langgar.

Korang persoalkan pun HEP tetap nak buat juga. Nak buat macam mana. Mereka juga yang anjurkan PRK.

Jadinya, suka hati dioranglahlah nakkan calon yang macam mana.

Contohlah, aku buat undang-undang kat bilik aku, lampu mesti tutup bila tiba jam 12 tengah malam. Nak jimat elektriklah katakan.

Tiba-tiba lak kenalah malam tu aku tak sempat nak siapkan assignment. Esoknya nak kena hantar dah. Takkanlah nak buat assignment dalam gelap. Takleh nak tengok tulisan. So, terbukalah lamputu melebihu had masa yang telah aku tetapkan sendiri.

Aku langgar undang-undang aku. Sebelum ni aku marah kalau orang len atau member aku yang buka lampu lebih masanya. Padahal diorang nak buat assignment gak.

Bila time aku pulak....eleh, aku yang buat undang-undang itu. Ikut suka aku.

Macam HEP, diorang punya suka nak benarkan sesapa bertanding walaupun tak semacam syarat yang dibuat. Kalo orang lain, belum tentu dapat.

Kesimpulan, dia ada kuasa. Dia punya suka. Kuasa mengurus PRK ditangan mereka.

Adilkah?

Anonymous said...

akhirat jua pembalasan yg adil.
buat mereka2 yg double-standard,
kaki rasuah, kaki tipu...bertaubatlah, sebelum pintu taubat tertutup

CheguFadh said...

pergh..ini komen semacam ayat aku je..masyuk..aku setuju...semua Ikut Suka Aku..tak guna gak nak pertikai sebab mmg tak ada kesan melainkan semua mahasiswa bersatu ambil peduli baru kita dapat lakukan sesuatu...

ini kuasa kecil lawan kuasa besar..kalau kuasa2 kecil tak bersatu,kuasa kecil akan terus dipinggir dan ditindas..

sayangupsi said...

Mmg tak leh pakai langsung idea anon yg 1st ni..mahasiswa ke ape ntah ni..huhu