January 8, 2010

Wacana Kontemporari : "Persoalan Kalimah Allah"

Pejabat Naib Canselor dan Kursi Tun Ghafar Baba menganjurkan Wacana Kontemporari Persoalan Kalimah Allah. Semua dijemput hadir . Butirannya seperti berikut :
Tarikh : 8 Jan 2010
Masa : 3-5 ptg
Tempat : Auditorium UPSI
Ahli Panel : Datuk Nakhaie Ahmad (YDP YADIM)
Ahli Panel : Dr. Ibrahim Hashim (Dekan FSSK UPSI)
Ahli Panel : En. Nizamuddin b. Alias (Pensyarah FSSK UPSI)
Moderator : Prof Datuk Dr. Zainal Kling


6 comments:

Anonymous said...

Isu ini tidak boleh dikupas melalui pemikiran semata-mata, panel perlulah terdiri daripada alim ulama dan yang pakar dalam hal ini. Saya menyarankan agar semua lapisan perlu berwaspada kerana isu ini dilihat menonjol kearah kepentingan politik. Ini dikatakan kerana, pada masa yang sama dirasmikan umno jaguh rakyat. Kita perlu faham bahaawa , british juga pada masa dahulu amat berhati-hati dalam 2perkara iaitu adat melayu dan agama islam. Disini saya berpendapat bahawa isu ini diketengahkan agar dilihat pihak tertentu sebagai juara dalam mempertahankan adat dan agama. Maka saya dengan ini menyatakan bahawa, sesiapa yang mempolitikkan hal ini terutama pemerintah, hal ini tidak akan memberi kesan kepada pengukuhan malahan akan merobek banyak lagi kesalahan..........

Islam itu syumul..

Adam Brown said...

ya, saya juga berpendapat Islam itu tidak sempit..tidak menyeru kepada keganasan...menghormati ajaran agama lain..dan bersifat syumul..sesuai sepanjang zaman.

persoalan yang wujud ialah:
A)Wujudnya golongan yang sanggup membakar gereja. Sepanjang hidup saya sebagai seorang Islam, tidak pernah ada ayat Al-Quran, Hadis atau riwayat yang menyokong umat islam untuk membakar gereja. Bahkan apa yang saya belajar ialah..sungguh jika berperang sekalipun..umat Islam tidak dibenarkan sama sekali meruntuhkan rumah ibadah (gereja/kuil/dsb).

B).sepanjang hidup saya, mengapa baru sekarang Isu Kalimah Allah timbul di Malaysia. Sedangkan, penggunaannya sudah meluas beberapa lamanya, bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia. Saya ingin bertanya kepada golongan yang ekstrimis ini...apakah tuhan pernah meletakkan hukum keatas mereka yang menggunakan kalimah Allah?...sedangkan dalam edaran mereka (Katholik), penggunaan kalimah ini untuk upacara kegamaan dan bukannya dipersenda?

C)Wujudnya golongan berfikiran sempit,ekstrem,assabiyah,sukar menerima pembaharuan,terlalu taksub,cepat yakin (benda yang kurang pasti), tiada toleransi,tolak ansur. Setahu saya (walaupun pengetahuan saya sedikit), perkara ini saya pasti bukan perkara yang diusulkan dari ajaran agama Islam.


TukarTiub (Diversion Tactic)-sila baca pendapat dari seorang penulis ini bagaimana sesuatu isu ditimbulkan untuk mengurangkan kadar tumpuan rakyat keatas isu yang cuba dihapuskan oleh sesetengah pihak. (pada hemat saya-Isu Kalimah Allah hanya diputarbelitkan untuk tujuan politik-khususnya Malaysia)

Akhir kata, marilah menjadi warga muslim yang baik dari kacamata agama, bertolak ansur dari pendangan agama lain, dan bersedia untuk maju dari segi pemikiran dan tindakan.

Semoga UPSI terhindar dari bala bencana yang datangnya dari tindakan para Ekstremis.Amin.

Anonymous said...

salam sahabat yg pandai brucap di atas ni...anda agama apa...cara anda bcakap seolah2 ada satu parti politik di luar yg bckp...mmg anda rasa ini hal remeh,org islam malaysia bkn ganas tp anda tahu ka matlamat pihak agama ni nk mggunakan kalimah yg anda salu sebut 2 untuk tujuan apa...kita xtahu kn..lbh baik dari mcegah sbelum meletup....bkn nk jd tlalu ganas bkn nk jd tlalu lembut tetapi cukup la skadar tegas...jgn nnti apa pn tiada rasa hormat agama ln thadap agama ISLAM...

Adam Brown said...

Walaikumsalam anony..

Saya Orang Islam..saya harap saudara sudah sedar ketika membaca komen saya sebelumnya.

seperti yang saya kata, ya saya sangat setuju Islam itu tidak ganas. Tetapi saya tidak melihat tindakan membakar gereja itu satu tindakan yang tegas dalam konteks saudara maksudkan...walhal sebelumnya saya sudah katakan..jika berperang sekalipun kita tidak dibenarkan meruntuhkan gereja (betulkan saya jika salah),..

Hakikatnya mereka membaling Molotov Cocktail sehingga melakukan kerosakan. Dan saya bukannya membela mereka, tapi atas dasar pengetahuan saya sebagai seorang Islam, saya tidak pernah diajar atau didorong untuk tindakan seumpama itu (Kecuali dibenarkan dalam hukum syara')

Saya ingin bertanya saudara, apa itu memberikan pahala kepada si pelaku?...saudara berkata "kita tidak tahu kan?"...apakah alasan itu akan saudara gunakan untuk membakar tempat Ibadat mereka?..sebab itu saya kata..wujud golongan yang ektremis kerana bertindak melampau sedangkan mereka tidak tahu hakikat yang sebenarnya (penggunaan Kalimah dalam agama lain).

Saya menulis komen diatas hanya untuk membawa pembaca agar tidak terlalu berfikiran sempit dalam sesuatu perkara..saya tidak memandang remeh hal ini..hanya terpanggil untuk memberikan pendapat. Saya rasa saudara juga mungkin tersalah faham..saya rasa tidak ada tulisan saya yang mengatakan bahawa Umat Islam Malaysia ganas? (walhal saya ini ialah orang Islam juga)...

saya bukan orang politik, tetapi sebagai mahasiswa saya perlu tahu politik. mana yang saya tahu akan saya khabarkan dengan niat baik. tambahan pula tidak ada paksaan untuk saya menyokong berpolitik ataupun tidak. saya percaya saudara juga tahu bahawa kita masing-masing punya pendirian dalam hal ini.

Saya masih berharap agar kita tidak sempit pemikiran. saya kira masih ada jalan lain selain bertindak sedemikian rupa. Jika mencegah sekalipun, biarlah ada tolak ansurnya (bukan bermakna saya bertolak ansur dalam soal akidah), biarlah ada pertimbangannya.

sekian saudara
wassallam.

ukashah said...

penggunaan kalimah Allah kurang sesuai dijalankan di malaysia sebab kita melihat manafaat da mudaratnya. apa yang kita lihat, mudaratnya lebih banyak. sekiranya dirujuk kitab kristian old tetesment..ayat yang yang digunakan ialah god n jesus. tida sekali perkataan Allah. kita juga melihat pope 2 menolak penggunaan kalimah Allah ini.

namun saya juga tidak setuju apabila gereja di bakar. ini bertentagan dengan islam, apa yang Nabi kita ajar. saya dengan keras menolak kelakuan itu..

Anonymous said...

Salam saya bersetuju jika agama kristian mahu menggunakan perkataan Allah. Tetapi saya bimbang jika umat islam sedikit keliru penggunaan ini. Ini kerana media kita ini sememangnya tidak aktif menyebarkan dakwah. Tengok sahaja ustaz asri yang mahu menyampaikan kuliah agama. Disekat , ustaz akhir hai rawa, dikatakan tiada tauliah. Saya cukup takut jika penggunaan kalimah Allah ini mengelirukan umat islam Malaysia yang mane, agama rasminya islam tetapi dikongkong untuk meyampaikan kebenaran. Inillah hakikat yang perlu kita terima kerana dasar yang entah apa-apa yang diamalkan.

Pemikir kecil....