January 7, 2010

PTPTN konsep Ujrah caj 1%, pelajar boleh semak pembiayaan

Tanjong Malim, 7 Disember – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional telah mengumumkan pengurangan caj pinjaman iaitu dari 3% kepada 1% berkuatkuasa sejak 1 Jan 2008. Pengumuman ini telah dibuat menerusi laman sesawang PTPTN dan mana-mana pelajar yang telah membuat pinjaman PTPTN boleh menyemak status kelayakan caj baru 1%.

Semalam, UPSIkini menerima e-mail dari Nik Azrul Nik Kamaruddin yang memohon agar perkara ini disebarkan kepada seluruh mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris kerana majoriti mahasiswa mendapat pinjaman dan perubahan dari 3% kepada 1% melibatkan perbezaan yang tinggi.

Menurut PTPTN, "mereka telah mula melaksanakan Pembiayaan Pendidikan berkonsepkan Ujrah satu (1) peratus kepada pelajar-pelajar baru mulai kelulusan pada 22 Disember 2008. Manakala penawaran Ujrah kepada pelajar-pelajar lama yang layak akan dilaksanakan secara berperingkat bermula pada 1hb Ogos 2009.”

Dalam pada itu, Peringkat pertama tawaran Ujrah kepada pelajar-pelajar lama yang layak akan dibuat pada 1 Ogos 2009. Pelajar-pelajar yang ditawarkan ini akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (sms) daripada PTPTN.

Dalam hal berkaitan, Nik Azrul Nik Kamaruddin menyarankan agar pelajar menyemak status kelayakan mereka menerusi laman PTPTN termasuk beberapa maklumat penting yang perlu diketahui. Katanya juga, "tindakan PTPTN mengubah konsep pinjaman sebelum ini yang berasaskan caj perkhidmatan kepada konsep ujrah merupakan tindakan bijak dan mahasiswa boleh menarik lafaz lega kerana konsep ini telah diluluskan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam pada 28 Julai 2008."


"Saya mengucapkan tahniah kepada PTPTN atas perubahan terbaru yang dilakukan walaupun konsep baru tersebut masih ada perbezaan pandangan, namun ia adalah lebih baik berbanding konsep caj perkhidmatan sebelum ini yang tidak disahkan oleh mana-mana majlis Syariah, selain kejelasan unsur riba dalam kiraannya,” katanya.

4 comments:

Anonymous said...

Tahniah saudara Hasbie Muda mantan mppum kerana berjaya mencapai manifesto anda menurunkan faedah ptptn........................



Tradisi ilmu

Anonymous said...

huh... camner yg stuck dgn 4 percent..tempoh bayaran 180 bulan lak tu... huaaa

Anonymous said...

ptptn ble msuk?

Anonymous said...

Bagus la kalu ptpt-pu, ops... salah plak. kalu ptptn dah sedar yang dulu diorang bergelumang ngan riba... tp masih xde gunanya kalu ubah yang kini je.. yang lepas2 tu kena ubah juga... percepatkan proses 1% utk semua termasuk yang sebelum ni.

-PINJAMSIKITBAYARBANYAK-