January 5, 2010

Pro Kebajikan cadang tubuh Sahabat Mahasiswa Pendidik (SMP)

Tanjong Malim, 5 Jan- Ketua Penerangan Pro-Kebajikan hari ini menyatakan cadangan penubuhan Sahabat Mahasiswa Pendidik (SMP) , katanya “kita bercadang untuk tubuhkan Sahabat Mahasiswa Pendidik atau SMP untuk bersama-sama dalam memperjuangkan kebajikan mahasiswa yang berada dalam bidang pendidikan.”

Beliau mengemukakan cadangan ini menerusi mesyuarat bulanan yang diadakan pada malam tadi. SMP bertujuan menjaga kebajikan mahasiswa pendidikan dan akan dimulakan di UPSI seterusnya ke fakulti-fakulti pendidikan di IPTA.

“Kita akan cuba mendaftarkan SMP ini di bawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEPA) sebagai satu badan yang sah. Kita juga akan bersama-sama pihak universiti ke arah menjadi universiti yang bitara dan membuka mata Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bahawa UPSI dan Fakulti Pendidikan di IPTA adalah antara yang terbaik,” katanya.

Ketika diminta mengulas adakah pihak universiti bersedia untuk menerima SMP sebagai sebuah persatuan dan adakah perkara ini tidak menjejaskan perjalanan MPP pada sesi akan datang, beliau berpendapat bahawa SMP ini adalah satu persatuan yang boleh membantu universiti termasuk MPP.

“SMP yang kita cadangkan ini adalah bersifat fleksibel terutama dalam menjaga kebajikan semua mahasiswa. Saya kira tidak timbul pihak universiti tidak bersedia untuk menerima penubuhan ini kerana ianya sebagai usaha murni dari pihak kami untuk berusaha bersama-sama dengan mahasiswa.


“Kami juga akan bersedia membantu MPP dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab sebagai perwakilan mahasiswa. Kami akan menjadi sebagai badan ‘check and balance’ kepada MPP, universiti dan menjadi suara kepada semua mahasiswa bidang pendidikan khususnya di UPSI dan di Malaysia amnya,” tambahnya.

6 comments:

Anonymous said...

huahua........................... nanti wat runion jemput faizal tahir k......... Aku rasa nama yang bai bukan smu. tetapi liga pendidik cam best je kan

Anonymous said...

aku sokong penubuhan persatuan ini.semoga perstauan ini dapat di tubuh kan..

Raja Hasbullah said...

hehehe..

tahniah pro kebajikan..
Ande memang hebatlah..

Sahabat Mahasiswa Pendidik (SMP)

Kalau yang ada sekarang SMU (Sahabat musuh utama)

hahaha...

Anonymous said...

saya menyokong SAHABAT MAHASISWA PENDIDIK ( SMP )

semoga dengan penubuhannya dapat dimatlamatkan ke arah pendidikan di malaysia.

Anonymous said...

nak tubuhkan SMP konon...bergerak ke?sedangkan manifesto pun byk tak terlaksana.....ni kan pulak nak tubuhkan persatuan baru...sudahlah...tak usah lah nak berangan...cakap je lbh...keje tak jln.....

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.