January 28, 2010

Pimpinan Bitara kuasai 15 kerusi keseluruhan, 6 tanpa bertanding

Tanjong malim, 28 Jan. – Calon-calon Pimpinan Bitara berjaya memenangi 15 kerusi keseluruhan Pilihan Raya Kampus (PRK) UPSI pada kali ini termasuk 6 daripadanya calon menang tanpa bertanding.

Dengan jumlah kerusi melebihi Mahasiswa Pendidik sebanyak 9 kerusi, rata-rata para pemerhati menjangkakan Pimpinan Bitara akan menggunakan kelebihan tersebut untuk menempatkan calon mereka di posisi-posisi penting dalam kabinet MPP seperti yang berlaku pada sesi lepas.

Dalam pada itu, timbul desas-desus mengatakan jawatan Yang Dipertua (YDP) akan sekali lagi menjadi polemik di kalangan mahasiswa berikutan kedudukan kemenangan calon umum yang menyaksikan calon wanita Pimpinan Bitara berada di kedudukan teratas dan calon Mahasiswa Pendidik (lelaki) berada di kedudukan kedua.

Dalam perkembangan berkaitan, esok akan berlangsung sesi penamaan calon bagi 4 kerusi etnik – Cina, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak.

10 comments:

Anonymous said...

buat Mahsiswa Pendidik:
1. susun strategi kembali..buat analisi untuk cari calon berwibawa bukannay yang emosional

2. jauhkan provokasi ..gunakan hikmah

3. buat analisis pelajar dan tempatkan calon di fakulti yang tidak pernah dimenangi

4. buat keja jangan buat buduh..ehhehe

huarkk..ptuii

Anonymous said...

setuju..hahaha...

jangan ikut strategi politik pembangkang PR. cari salah orang lain tapi diri sendiri salah tu yang pengundi tahu menilai.

Anonymous said...

lepas nie Mahasiswa Pendidik mula akan mencanang calon dia layak jadi YDP..atas kapabiliti apa jack??..setakat pernah jadi Presiden pastue assume dia nie glamer,berwibawa..perghh..boleh caya ke??

satu lagik..aku pelik gak..kalaulah team mahasiswa pendidik kalah semalam..aku gasa mahu nya macam tohmahan kata e-vote tak telus..tapi kalau menang..perghh..mesi kata..inilah ketelusan yang di cari..piirahh..talam dua belas muka..kuaarrkkk..ptuiii

Ahmad Putra said...

PR pulak yang kena..hai le bakal cikgu zaman skrang

andalusia said...

ha betul2..pengundi tahu menilai..sebab tu mahasiswa pendidik menang 6 daripada 7 kerusi yang mereka bertanding..=)

Anonymous said...

anyway takper.. saper pun penah.. dua2 ada agenda yg sama saya rasa.. ye ke? hahahha.. semua politik budak2.. aku nak jugak tgk projek diorg apa pasni.. takan takat mengaji dan berzanji jer.. kalau yg tu JMK semua kolej pun dah buat.. Mpp ni takkan sampai bila2 pun takkan ada support.. u all want to know why? sebab u all tak penah dapat tembus benteng YDP2 kolej-kolej kediaman.. hidup kolej..

Raja Hasbullah said...

kalau hantar 20 calon tak pasal-pasal jadi kerajaan kat UPSI mahasiswa pendidik nie..

Aku sempat berbual dengan orang penting dalam kalangan Mahasiswa Pendidik katanya mengikut perancangan asal mereka nak hantar 20 calon tetapi mengubah strategi saat-saat akhir setelah risikan maklumat dari bahagian risikan Pro Kebajikan kata kita jangan jadi kerajaan lagi pada tahun ini. Ada sesuatu yang perlu difikirkan dan diusahakan sebelum menjadi kerajaan.

Apabila aku tanya kena tunggu apa lagi die cakap ini adalah strategi yang perlu kami rahsiakan..

Mungkin pilihnraya kali ini dijadikan indicator oleh pro kebajikan untuk menyusun lagi jentera yang ada untuk menjadi kerajaan...

Anonymous said...

susun jgn tak susun.. aku ada sethun lg kat sini..

Anonymous said...

susun jentera kew?
x dew orang?
bdak2 mahasiswa pndidik hanya tw cakap blakang dan bg sokongan jew knonnyer...
yg tudung labuh pon,
manjat sana sini,
menjerit sana sini x tentu hala..
mana katanya aurat bagi seorang perempuan??
mengata dan mengutuk aspirasi macam dia yang baik sngt...
ingt la...
jgn suka buka aib org..
sedangkan pekung sendiri yang masam x tw nak jaga,
jangan malukan nama Islam..
bkn semua orang Islam berpihak pada mahasiswa pendidik...
mahasiswa pndidik bkn main antar orang g kursus kpimpinan nak jadi mpp..
tp???
yg brtanding x la semua..
yg lain tw cakap blakang jew la..
tp takot nak tnjuk muka...
x payah la mahasiswa pndidik!!!!!
ubahlah pendekatan lain bg memenangi hati mahasiswa...
kami pelajar2 islam d upsi terasa terhina dengan apa yg d lakukan oleh mahasiswa pndidik...

Anonymous said...

Ko orang ini umpama lebih sudu dari kuah. Mahasiswa Pendidik satu nama yang terlalu berat untuk ko orang bawak. Apa yang aku rasa ko orang sendiri pun tak faham maksud Mahasiswa Pendidik. Sebenarnya tak ada istimewanya Mahasiswa Pendidik ini, kerana semua mahasiswa adalah pendidik. Manifesto ko orang pun tak gah mana. Aku rasa ko orang hanya layak guna Pro Kebajikan sahaja. Buat malu mahasiswa saja ko orang ini. Ko orang banyak terpengaruh dengan strategi parti politik pembangkang yang kerjanya asyik membangkang sampai terkangkang.

Kenapa ko orang kalah:
1. Isu-isu yang ditimbulkan tidak ada penyudah.Semuanya tergantung.
2. Manifesto pula hanya menjurus kepada Islam, tidak ada pun menyentuh yang bukan Islam. Ko orang dah lupa mereka juga adalah mahasiswa dan pengundi.
3. Ucapan-ucapan ko orang lansung tidak memikirkan sensitiviti entik yang ada.
4. Ko orang tak berada disemua fakulti dan kolej hanya tertumpu kepada fakulti tertentu dan kolej tertentu sahaja.
5. Ko orang lansung tak sentuh isu kemasyarakatan dan tanggungjawab sosial mahasiswa sedangkan ko orang gah dgn Mahasiswa Pendidik ko orang.

Cukuplah lima untuk ko orang pikir. Sedarlah bahawa politik kampus ini sebenarnya tidak semudah ko orang sangka. Mungkin ko orang ingat ko orang bijak sebenarnya ko orang lupa. Pegawai-pengawai yang ada di Univesiti ini suatu ketika dulu mahasiswa juga. Mereka dah melaluinya lebih dulu dari ko orang. Kalau nak makan mrk ini, ko orang kena 100 kali bijak dlm menyusun strategi.

Terimalah kekalah dengan baik dan hati yang terbuka. Sudah-sudahlah buat masalah, biarlah mahasiswa mcm aku, belajar dengan tenang dan menghabiskan zaman mahasiswa aku dengan sebaiknya.