January 6, 2010

Mahasiswa UPSI sokong usaha KTMB


Tanjong Malim, 6 Jan - Mahasiswa UPSI menyokong usaha murni Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang memperkenalkan kad diskaun 50 peratus KTMB. Kad diskaun ini layak diperoleh oleh pelajar sama ada mereka di sekolah menengah, institusi pengajian tinggi awam atau swasta, pelajar separuh masa atau pengajian jarak jauh.


Menurut akhbar Sinar Harian, pelajar tempatan berumur 13 tahun dan ke atas kini boleh mendapatkan kad diskaun 50 peratus KTMB untuk perjalanan jarak jauh secara percuma di semua stesen KTMB dan pejabat perkhidmatan keretapi antara bandar. Kad yang dikeluarkan juga adalah tertakluk kepada syarat dan diberikan untuk tempat duduk kelas kedua dan ekonomi sahaja.


Menurut Presiden Persatuan Pengguna UPSI, Wan Ahmad Fathi ketika diminta mengulas mengenai kad ini, beliau amat menyokong dan berterima kasih kepada kerajaan dan KTMB kerana peka akan kehendak dan masalah mahasiswa.


“Seperti yang kita ketahui, keretapi merupakan antara pengangkutan utama pelajar-pelajar dan mahasiswa. Sebagai contoh di UPSI, mahasiswa yang ingin ke utara tanah air lebih gemar menggunakan pengangkutan awam ini dan apabila diskaun 50 peratus ini diberikan, ia akan meringankan beban mahasiswa.


“Di sini saya ingin merakamkan penghargaan kepada YAB Perdana Menteri dan pihak pengurusan KTMB sendiri atas usaha untuk membantu pelajar-pelajar dan mahasiswa. Di kesempatan ini juga, saya ingin menyeru kepada Syarikat Penerbangan Malaysia Airline System (MAS) dan Air Asia supaya mengikuti langkah murni KTMB ini terutama dalam membantu mahasiswa Sabah dan Sarawak.


Kad diskaun ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2010 untuk membantu pelajar, dan ianya mula dikeluarkan KTMB sejak semalam.

6 comments:

Anonymous said...

Langkah seperti ini, juga elok dilaksanakan utk tiket penerbangan MAS dan Air Asia bagi kemudahan pelajar yang berasal dari Sabah dan Sarawak.

Anonymous said...

indah khabar dari rupa...kawan2 saya yang ingin memohon kad tersebut semuanya pulang dengan hampa...pihak ktmb mengeluarkan banyak karenah ataupon di panggil birokrasi dalam permohonan kad tersebut...nak memohon satu masalah...masa dah dapat kad...nak beli tiket pon memberi masalah..kawan2 saya yang nak mohon batalkan niat terus...

Shunjike7 said...

salah satu syarat untuk kad diskaun ini adalah tempahan tiket hanya boleh dibuat dalam masa 7 hari dari tarikh berlepas...kalau macam cuti tahun baru cina yang mana tiket ktmb akan habis dijual 2-3 minggu dari tarikh cuti, maka kad diskaun ini tidak ada gunanya....sebab mesti pelajar akan beli tiket awal dan tidak akan dapat guna diskaun 50% itu...

Anonymous said...

betul kata shunjike7 tu...selalunya tiket keretapi akan habis x kurang 3 minggu lebih awal jika waktu cuti mid sem @ perayaan, so, xdak gunany jugak...

Anonymous said...

basela ni propaganda kerajaan...konon2 nye..rakyat didahulukan pencapaian diutamakan... nak tarik pengundi..

Anonymous said...

betul tu.. klu setakat 7 hari baru bleh beli xada gunanya.. last2 blik naik bas jugak.. klu nk memberi tu biarlah ikhlas.. klu ada udang disebalik batu baik xpyh bg.. ini menambahkan rasa sakit hati rakyat jer...