January 8, 2010

Mahasiswa pendidik dan politik baru

Tanjong Malim, 8 Disember - MAHASISWA PENDIDIK UPSI digesa agar meneliti setiap perkembangan politik yang berlaku dalam dan luar negara. Apa sahaja yang berlaku dalam kancah politik tetap akan memberi kesan yang mendalam kepada dunia pendidikan.

Tinjauan wartawan Upsikini menerusi laman Facebook mendapati hanya segelintir mahasiswa UPSI yang benar-benar peka dengan apa yang berlaku di dalam dan luar kampus. Apabila diminta memberi komen tentang apa yang berlaku dalam politik secara umum, ramai yang mengelak atau mengambil sikap berkecuali. Sebahagian besarnya terlalu 'fokus' pada akademik sehingga tidak peduli langsung perkembangan dunia luar.

"Kita tidak perlu campur urusan politik, kita kan guru"

"Hoii, ko takde isu lain nak bincang ke?" kata salah seorang mahasiswa dalam upsi portal tentang isu politik semasa yang ditimbulkan.

Namun begitu, masih ada segelintir mahasiswa yang sentiasa peduli dengan perkembangan dunia luar dan sensitif terhadap isu dalaman kampus."Kita mesti ambil tahu apa yang berlaku diluar, lebih lebih lagi perkembangan politik.

Lihat sahaja apa yang berlaku dalam pendidikan selepas Najib membentuk kabinet barunya, PPSMI dikaji balik, SPM dihadkan kepada 10 subjek dan yang terkini BI ingin dijadikan syarat lulus SPM dan kini KPM menimbulkan isu penempatan tak pasti bagi pelajar UPSI. Semua ini berkait rapat dengan politik" kata Lokman, bekas aktivis UPSI yang kini berpraktikum di Kuala Kubu Bharu.

Salah seorang ahli MPP pernah berkata "Saya kagum dengan MPP dari Universiti Malaya. Sewaktu konvensyen MPP di UTHM Mei lalu, mereka sentiasa bangkit dengan persoalan dan hujah-hujah yang bernas. Termasuk isu pendidikan di pedalaman Sabah. Mereka terlalu berani menyatakan isi hati tanpa rasa takut... saya mengharapkan akan lahir satu generasi yang seperti ini di UPSI. "

Politik baru anutan mahasiswa pendidik perlu mempunyai identiti tersendiri. Menurut pemimpin mahasiswa Mohd Ridzuan , mahasiswa yang sedar politik seringkali dikaitkan dengan idea 'politic of hope' bahkan dengan sendirinya memusuhi 'politik of fear' ciptaan pemerintah. Contoh yang jelas ialah penyalahgunaan AUKU dll.

Kedua ialah kepimpinan yang boleh diakses dan mengupaya dunia informasi secara bebas, cepat dan sahih menerusia laman blog, Facebook, akhbar dan sebagainya. Ketiga, kepimpinan yang mengamalkan politik adab atau politik budiman, integriti, dan menolak politik lama amalan pemerintah seperti perkauman sempit, Governence alwalys know-all, politik wang, rasuah dan lain-lain.

Keempat , kepimpinan yang bebas dan tidak mahu diikat oleh mana-mana kekuasaan, parti-parti politik (pemerintah atau oposisi) , namun ingin berkhidmat untuk mahasiswa, negara dan menyertai politik nasional dalam dunia demokrasi serta hak asasi.

Terakhir, kepimpinan yang menganggap menjadi mahasiswa universiti sebagai profesyen profesional, eksklusif dan mendapat perhatian ramai dan menganggap pihak yang mengamalkan dan mendokong 'politik kekuasaan' (politic of power) sebagai musuh atau pesaing mereka.

Timbul persoalan , pemimpin mahasiswa bagaimana yang kita mahukan sebagai mahasiswa pendidik ? Mahasiswa pendidik yang bakal hidup dalam dunia pendidikan ? Mahasiswa pendidik yang peka kebajikan mahasiswa brkaitan pendidikan dan memperjuangkannya?

Oleh itu, politik baru mahasiswa pendidik perlu dicanang dengan identiti tersendiri, unik, ideal , prkatikal dan mampu membawa perjuangan serta suara mahasiswa , masyarakat dan negara , khususnya dalam kerangka pendidikan yang penuh dengan polemik, krisis dan masalahnya yang tersendiri.

12 comments:

Syahir Mohamad said...

salam..
masyarakat perlu ambil tahu setiap perkembangan dan perjalanan politik atau perkara2 yang berkaitan. termasuklah mahasiswa. kerna pemuda pemudi nilah yang akan mengcorakan negara pada masa depan.

Anonymous said...

Saya mencadangkan agar mppupsi mengjadikan um sebagai abang angkat untuk tunjuk ajar. Jangan malu untuk berkompromi demi kemajuan UPSI. Kembalikan roh dan semangat spritual seperti dulu yang menjadi tradisi ilmu. Saya sebagai pelajar upsi turut merasakan bahawa perlunya upsi menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan universiti lain dan saya mencadangkan universiti Malaya, Saya yakin dan percaya mpp disana akan menolong anda. Saya merasakan roh perjuangan mahasiswa disini cukup lemah.

Ex-UM

Anonymous said...

aspirasi @ kualiti @pimpinan bitara di UPSI sebenarnya pemula dan penerus gagasan politik sentimen, diskriminasi , tidak sepakat dalam hal yang boleh bersama, anggap diri know everything, ikut telunjuk kerajaan 100%, tidak pernah jaga hak mahasiswa dll...habis apa nk dibawa mereka ?

Anonymous said...

wei ptptn bila nk masuk umah pn dh kena potong letrik

Unknown said...

Salam...

"Berpolitik tak semestinya terjun ke lembah politik. Tetapi berpolitik adalah memahami politik supaya tidak ditipu politik."

Selaku pendidik, perlu tahu tentang politik semasa. Supaya politik tidak dapat menipu kita.

Anonymous said...

pelajar UPSI rata2nye tkut utk berbicara ttg politik,tkut mengambil tahu ttg politik...dan kosong otaknyer dgn ilmu politik..smpai kan ADUN kwsn sndiri pun x tau,blum lg tanye nama menteri2.haha..

smua ni sbb ape?sbb krajaan yg membodohkn plajar IPTA,menggertak bakal2 pemimpin ini dgn AUKU.Mengugut jika pro pembangkang akan diberhentikn study,tidak diterima kerja krajaan.Hasilnyer...plajar2 IPTA(pemimpin masa hdpn) manjadi penakut dan tidak mempunyai daya saing,lemah.

Jika plajat IPTA dikong2 sebegini sape lg agaknyer yg layak jd pemimpin masa dpn?mat rempit?Bohsia?ank menteri?...

ukashah said...

pengetahuan dalam semua perkara amat penting untuk seorang guru..jika kita tidak tidak mengambil peduli isu semasa samaada politik atau sebagainya, kita akan kurang dari salah satu cabang ilmu. pada pandangan saya, politik sagat perlu diambil peduli kerana ia berkaitan negara kita.

kita digelar mahasiswa. alu ditafsirkan, maha menunjukkan satu perkara yang besar. kita tidak semistinya perlu untuk turun kejalan untuk berpolitik, tapi kitalah yang merangcang politik itu..

Anonymous said...

Salam, sebagai mahasiswa,kita bukan hanya harus peka dengan perkembangan dan perjalanan politik atau perkara-perkara berkaitan sahaja, malahan kita harus peka dengan perubahan ekonomi dan teknologi dalam memantapkan ilmu yang kita ada sebagai bakal pendidik. Apa juga perubahan dasar negara kita harus peka dan mengambil tindakkan sewajarnya.
Mengapa kita harus mendapat tunjuk ajar dari MPPUM? Apakah kita tidak mampu untuk punya barisan MPP yang lantang bersuara dlm menjaga hak-hak mahasiswa. Apa beza MPP UM dengan MPP UPSI? Kita semua mahasiswa seperti mereka juga. Ini menunjukkan betapa lemahnya barisan MPP UPSI. MPP UPSI ini umpama pemimpin pelajar boneka yang diwujudkan untuk menjaga kepenting pentadbiran universiti. Mereka hanya jadi Pak Turut dalam segala apa yang diarahkan oleh pentadbir Universiti.Mungkin jika MPP yg dilantik mula menyanggah arahan pentadbir Universiti maka peluang untuk posting akan menipis. Kita umpama kerbau dicucuk hidung tak boleh menyatakan apa-apa menyelar pentadbiran universiti kerana takut tidak dpt posting.
Apa yang berlaku sekarang ini, adalah satu anjakan paradigma pada kita. Ianya membuka minda kita bahawa graduan yang mempunyai Ijazah Pendidikan dari UPSI terpaksa bersaing di pasaran terbuka. Persoalan seterusnya ialah apakah tindakan Universiti untuk menyediakan kita untuk bersaing di pasaran terbuka.

Hari ini adalah hari yang bersejarah dalam hidup aku kerana dapat berjumpa dengan seorang abg yang sedang mencari informasi mengenai program-program yang ditawarkan di UPSI kerana dia ingin menyambung pelajarannya. Menurut dia dengan ijazah pendidikan, kita boleh menjadi guru bukan hanya di Malaysia tetapi di luar negara. Ramai dikalangan pemegang ijazah pendidikan yang bekerja sebagai guru diluar negara seperti di Asia Tengah dan Negara-negara membangun yang lain. Ini menunjukkan kerjaya guru ini tidak hanya di Malaysia sahaja, asalkan kita sanggup merantau. Katanya, kalau orang asing boleh menjadi guru di Malaysia ini kenapa kita tidak boleh menjadi guru dinegara asing juga.

Memandangkan informasi program yang abg itu cari sama dengan kursus yang aku ambil, maka aku berkongsi informasi dengan dia. Alangkah terperanjat bila dia beritahu bahawa module yang sediada diUPSI ini sama dengan IPGM atau Maktab sahaja. Kalau grad dengan Ijazah Pendidikan UPSI, kita akan jadi guru di sekolah-sekolah Malaysia sahaja. Susahlah nak bersaing dipasaran terbuka. Lagi memeranjatkan aku ialah ada subject sains yang kita pelajari sudah banyak berubah, dan sudah tidak diterima pakai kerana ianya berdasarkan teknologi terkini. Ini menunjukkan subjek kita banyak yang ketinggalan.

Dari apa yang abg komen tentang subjek-subjek di UPSI ialah kalau ambil kursus sains, Sains yang kita belajar itu untuk sekolah-sekolah menengah sahaja, bukan untuk industri. Umpama menyediakan pemegang ijazah pendidikan dari UPSI ini hanya untuk menjadi guru-guru sains disekolah-sekolah sahaja. Ini membuat aku berfikir, kalau kita hanya tunggu peluang untuk bekerja disekolah-sekolah diMalaysia ini sahaja, kemungkinan untuk menganggur itu tinggi kerana selain dari UPSI banyak lagi Universiti yang mengeluarkan Ijazah Pendidikan. Sudah pastinya keutamaan akan diberikan kepada pemegang biasiswa dari PTPTN.

Harapan aku agar MPP UPSI dapat membuat perubahan menjadikan UPSI bukan hanya menyediakan bakal guru untuk sekolah-sekolah di Malaysia sahaja tetapi di arena antarabangsa. Aku berharap MPP UPSI mampu membuka mata pentadbir. Kita bukan ingin punya Ijazah yang hanya diiktiraf di Malaysia sahaja tetapi diseluruh dunia seperti UM, UTM,UKM,UPM,USM dan UiTM.

AFITI said...

Assalamualaikum..mula-mula baca isu ni amat menarik minat, tapi bila buka kat komen ni..nak tergelak ada juga sebab ada iklan eletrik tak ada sebab ptptn x masuk..haha..anonymous ni buat lawak.Sakit perot.

Baik, saya setuju dengan pandangan pemuda agama, syahir, dan juga anonymous. Sebenarnya saya amat kagum dengan YDP UM, saudara ridzuan, saya sentiasa mengikuti perkembangan beliau dan boleh dijadikan contoh untuk upsi juga. Saya lihat, beliau sangat profesional dalam menegakkan hak mahasiswa..dan jika ada sedikit percanggahan, beliau sangat profesional dalam menguruskan ke"clash" an tersebut tanpa menyinggung mana-mana pihak..seseorang yang berintelek dapat menguruskan dengan terbaik walaupun jika wujud perbezaan pemikiran. Saya kagum dengan MPP UM..dan amat perlu ada kolaborasi dengan MPP UM juga..Golongan-golongan pemimpin ini bukan sekadar memimpin malah menjadi pemikir.

Saya rasakan penting untuk kita ambil tahu dan memang kita wajib tahupun isu politik ini seperti kata pemuda agama..kita menjadi pendidik bukan bermkna kita ingin bermain dengan politik. Kebanyakan antara kita ini apabila ditny ttg politik, tahu UMNO, PAS, DAP,..tetapi tidak tahu secara mendalam konsep politik yang sebenarnya..sebab itu kita sering tersasar dari matlamat politik dan hak mahasiswa kerana lebih taksub kepada parti..Wbgmn pun, semoga kita mnjadi mahasiswa dan pendidik yang benar-benar intelektual.

iyaka said...

"Oleh itu, politik baru mahasiswa pendidik perlu dicanang dengan identiti tersendiri, unik, ideal , prkatikal dan mampu membawa perjuangan serta suara mahasiswa , masyarakat dan negara , khususnya dalam kerangka pendidikan yang penuh dengan polemik, krisis dan masalahnya yang tersendiri."

saya suka dengan petikan tersebut....

bg saya caranya mudah saja...

pertama-realitikan segala manifestor ketika berkempen...

kedua-setelah dipilih perlulah bersatu...jangan samakan politik luar dengan dalam kampus...tak elok lah ada perbezaan ideologi sesama mpp...harap bakal mpp akan datang tidak memimpin BAHTERA umpama "SATU BAHTERA DUA NAKHODA"

ketiga-ubah persepsi dari mengkritik kepada mendorong dan memberi cadangan

keempat-bersatulah dengan satu suara iaitu "KEBAJIKAN DAN KEMAJUAN MAHASISWA MELAHIRKAN ULAMA' YG BITARA"

kelima-istilah aspirasi dan mahasiswa hanya pada kempen tidak dalam kepimpinan...elakkan retak menunggu belah....

Anonymous said...

Dengan ini saya melancarkan satu slogan untuk pro kebajikan untuk berkerja dengan lebih keras..

UPSI TERULUNG
PENDIDIK BERINTELEK......

Anonymous said...

PERASAN TAK...INDIVIDU YANG SENTIASA MENGECAM TINDAKAN PEMERINTAH TANPA BUKTI YANG KUKUH DAN UTUH INI KEBANYAKANNYA ORANG KUAT AGAMA BERBANDING YANG LAIN...SAYA HENDAK TANYA ADAKAH INI CARANYA???BAGAI MANA AKHLAK DAN ADAB RAKYAT TERHADAP PEMERINTAH???POLEMIK ISLAM INI BG SAYA MEMPERJUANGKAN ISLAM DAN MENGHANCURKAN PEMERINTAH