January 26, 2010

Klinik Panel: Penjelasan untuk Pelajar Semester 8

Tanjong Malim, 26 Jan- Dakwaan pelajar semester 8 berkaitan kupon klinik panel akhirnya terjawab apabila dikatakan wujud sedikit salah faham antara Pusat Kesihatan di bawah Hal Ehwal Pelajar (HEP) dengan pihak fakulti.

Sumber menjelaskan bahawa pusat kesihatan yang dipertanggungjawabkan berkaitan kupon tersebut telah pun memberikan pada pihak fakulti pada 16 Disember lepas.

Menurutnya, tahun-tahun sebelum ini kupon tersebut akan di hantar melalui pos bersama-sama dengan keputusan peperiksaan yang diuruskan oleh fakulti. Namun setahun kebelakangan sebelum ini, fakulti tidak lagi bertanggungjawab untuk menghantar keputusan peperiksaan dan tugas tersebut di ambil oleh pihak akademik. Tetapi terdapat sedikit kesilapan di mana pihak fakulti tidak memberikan kupon klinik kesihatan terbabit kepada akademik, jadi kupon juga tidak dapat dipos bersama. Pihak pusat kesihatan juga tidak dimaklumkan mengenai perkara terbabit.

Tambahnya, mulai semester depan, pusat kesihatan akan mengambil tanggungjawab bagi menghantar kupon klinik panel kepada semester 8 melalui pos. jesteru, pelajar-pelajar perlu mengemaskini alamat masing-masing. Bagi pelajar semester 8 yang sedang berpraktikal, mereka boleh mendapatkan kupon klinik panel di fakulti masing-masing.

Sebelum ini, timbul dakwaan daripada semester 8 yang sedang menjalani praktikum mengenai status kupon klinik panel yang didakwa tidak diperolehi seperti semester-semester sebelumnya.

3 comments:

Anonymous said...

kan betul.. lain kali jgn la melenting tak bertempat.. cuba semak dulu..ini tidak, suka sungguh timbulkan isu yg tak berapa nak jadi isu..

apa pun.. usaha kalian sudah menampak kan kesan.. cuma perlu lebih berhemah..

Anonymous said...

Betul ke? Ntah2 klinik panel, fakulti n akdemik ni pakat.. Nak nmpakkan diorang tak salah sgt... Diorangkan bwh satu pntadbiran... bukan susah sgt nak pakat2.. Bos arah, pengampu buat.

Anonymous said...

wahhhh terernya camne tau ni