January 19, 2010

Klinik Panel: Pelajar semester 8 dakwa hak diketepikan

Tanjong Malim, 19 Jan- Mahasiswa mahasiswi UPSI semester 8 melahirkan kekecewaan dan mendakwa tidak memperolehi kad pelekat klinik panel walaupun yuran yang dikenakan adalah sama dengan pelajar-pelajar lain.

“Selalunya apabila student ambil slip exam, sticker klinik panel ini akan dapat sekali. Namun apabila semester 8, slip diposkan ke rumah dan kami pelajar-pelajar semester 8 tidak dapat menikmati perkhidmatan klinik panel seperti mana pelajar-pelajar lain,”ujar seorang pelajar semester 8.

“Walaupun kebanyakkan dari kami tinggal berjauhan dengan Tanjong Malim, namun sebagai mahasiswa yang juga membayar yuran seperti pelajar lain, adalah layak bagi kami untuk mendapatkan hak untuk dirawat di klinik panel. Pergi atau tidak adalah persoalan kedua” tambahnya.

Menurut seorang lagi pelajar semester 8, beliau juga tidak mengetahui adakah pelajar-pelajar semester 8 yang lepas menerima perkhidmatan ini atau pun tidak. Namun, beliau menekankan bahawa pelajar-pelajar yang berpraktikal masih terikat dengan insurans perlindungan di bawah pentadbiran UPSI.

“Saya tiada maklumat adakah pelajar semester 8 yang lepas terima atau tidak sticker klinik panel UPSI. Jika pelajar lepas tidak dapat, maka saya kira isu ini wajar dipandang berat oleh pihak yang bertanggungjawab. Namun, saya ingin ingatkan pelajar-pelajar yang berpraktikal, kita semua masih terikat dengan insurans perlindungan di bawah pentadbiran UPSI, jadi jika terjadi apa-apa yang tidak diingini, boleh laporkan pada unit kebajikan dan kewangan HEP (UKKP).

Semalam, pelajar-pelajar semester 8 sudah mula untuk melapor diri disekolah masing-masing. Mereka akan menjalani Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) selama 2 minggu sebelum berpraktikal selama 14 minggu bermula 1 Februari hingga 14 Mei tahun ini.

8 comments:

Anonymous said...

oiiii agak-agak la kalau xda duit pun. jangan la sampai kebajikan kami pun terabai. kenapa leh jadi camni. boleh tak upsi berterus terang apa sebenarnya yang berlaku.

Mohd Noorazman said...

yup saya berpraktikal semester lepas memang tidak dapat sticker klinik panel...yup teruskan perjuangan...gunakan platform pidota semula di upsi k....

Anonymous said...

semester 8 bayar yuran bus apekess??

geng_ketoyong said...

saya sem 8 thun lepas juga x menerima perkhidmatan klinik panel..yuran kesihatan(rm30), yuran makmal(rm14)..juga x dipotong dlm invois..ermm..senang2 je upsi ambil hak kami!!

Anonymous said...

kita ni mentimun,mreka tu durian,
digelek luka menggelek pun luka...

Anonymous said...

kenapa di dakwa diketepikan.. pernah ker korang pergi tanya dulu ke dengn pusat kesihatan.. sesaje je nak buat isu yg tak berapa nak jadi isu..

cikgu prihatin said...

sebenarnya saya rasa mende nie xde la isu yg serius..halakan jela ye..ade isu lebih serius utk dibangkitkan.. kami students yg buat praktikal ni..bila dah sampai sekolah..tiba ada masalah pihak sekolah tak terima surat dr pihak ULM UPSI..ada yang kene reject.. kecewa sgt2 dgn pengurusan pihak ULM..x boleh ke bangkitkan isu nie..mesti dpt byk respons

Anonymous said...

betul tu.. byk lagi isu yang patut diberikan perhatian dan pertimbangan.. korang dok cakap kat sini je.. berapa kerat sgt la yg membaca blog ni.. lagi pun org pentadbiran tak kuasa nak ambik port luahan kita sebab kita pakai bahasa yg entah apa2.. langsung takde cara nak berhemah.. kata nak jadi cikgu.. tapi gaya hampeh.. satu mende yg sehingga kita student2 upsi ni fail.. tak tahu macam mana nak menyalurkan komplen.. cuba la jadi "bijak" sikit