January 4, 2010

Kenyataan Timbalan Menteri tidak adil dan tidak tepat – Majlis Dekan Pendidikan

Tanjong Malim , 4 Disember – Majlis Dekan Pendidikan hari ini menjawab kenyataan Dr Mohd Puad Zarkashi berhubung lantikan guru lepasan ijazah pendidikan mengikut kekosongan. Kenyataan jawab yang dimuatkan dalam Berita Harian hari ini menyatakan lebihan pendidik tidak sepatutnya berlaku.

Katanya, ”Majlis Dekan Pendidikan Malaysia terpanggil untuk menjawab kerana kami rasa kenyataan ini tidak adil dan tidak tepat. Kenyataan ini juga menimbulkan keresahan dan kebimbangan di kalangan pelajar kami.”

Dalam kenyataannya ”tidak tepat dan tidak adil untuk menyatakan pelatih IPGM (Institut Pendidikan Guru Malaysia) mesti didahulukan kerana pelatih IPGM dilatih untuk sekolah rendah manakala pelatih IPTA untuk sekolah menengah”.

.
Majlis Dekan Pendidikan turut menyanggah kenyataan Dr Mohd Puad berhubung kenyataan IPTA bertanggungjawab untuk melatih guru-guru sekolah swasta dan menyatakan pendirian bahawa ”kami tidak pernah melatih guru untuk sekolah swasta. Oleh itu kami tidak pasti daripada mana Timbalan Menteri mendapat maklumat ini.”


Dalam hal berkaitan, kenyataan yang dikemukan Majlis Dekan Pendidikan selari dengan apa yan dijelaskan oleh Prof. Datuk Dr. Aminah Ayob yang menyatakan KPM perlu adil dalam menempatkan graduan pendidikan dari IPTA, sepatutnya tidak timbul lebihan pendidik kerana pembahagian telah dibuat dan dipersetujui kabinet.

Baru-baru ini , kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran berhubung lantikan guru lepasan ijazah pendidikan mengikut kekosongan menimbulkan pelbagai reaksi pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) termasuk menyatakan KPM tidak adil dan kerajaan kehabisan wang untuk menampung pendidikan.

28 comments:

Anonymous said...

Itulah padahnya menyokong Kerajaan BN, masa depan kita dah x tentu...mari bakal2 cikgu sekalian jatuhkan Kerajaan BN pada PRU13 nnti...Peace 2 us

Anonymous said...

tu laa..aku pun xphm ngn kenyataan dato Puad..sekejap dia ckp cmni sekejap dia ckp cmtu..makin xda kepastian laa cmneh...harap isu ni cepat diselesaikan..nnt tak laa timbul kerisauan kpd student pndidikan.

Anonymous said...

**Suka saya menegaskan memang benar Kabinet telah memutuskan latihan guru untuk sekolah rendah dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). IPTA termasuk UPSI melatih bakal guru untuk sekolah menengah. Namun Prof. Dato’ Dr Aminah Ayob, perlu telus dan mengakui terdapat juga IPTA termasuk UPSI sendiri yang menyediakan program Sarjana Muda Pendidikan untuk sekolah rendah dan pra-sekolah. **

""ni kata2 drpuad dalam blog beliau.. beliau seolah2 menyalahkan upsi kuarkan dgree sekolah rendah.. yang aku hairan.. kpm pn sama dengan jgk..depa lagi dasyat.. budak2 dpli.lagi banyak..bersepaj sana sini.tu keluaran kpm kan.. so.dalam soalah ni..sapa yang tak telus..kalau nak buat jgak kos dpli..masukkan diorang mngajar sekoalh rendah sudah lah..jangan libatkan sekolah menengah..barulah sama2 adil..

Anonymous said...

kami guru bitara(dpli)...xkesah la posting lamabt yang penting dapat kje..cuba p check cekgu2 gstt yg bersepah lagik tue..

hans said...

ala...ape la yg korang risaukn sgt...rezeki ada kt mane2...tak dapat posting tak bermakna dunia nak kiamat...kalu x dapat posting bnyk lagi keje lain yang boleh dibuat...berniaga ke, jd usahawan ke, dll... yang penting mai upsi ni nak cari ilmu dan pengalaman...itu lg penting...ini la mentaliti graduan2 IPTA... kluar2 trus nak dapat keje...blajar dulu dri susah ke senang...jangan la dok pkir nk senang je...bnyk aku nmpk org dok kutuk2 graduan lepasan IPTA kluar keje kilang...org yg kutuk tu org yg metaliti rendah...keje2 kilang skali pn ada beza gak ngan org2 biasa...keje kilang tp berilmu...tu yg beza nya...so...korang smua jgn dok pkir2 la psl posting ni...rezki allah dah tetapkn dah...isyaallah ade rezki posting gak...cuma lmbt n cepat je rezki tu kita dpt kita tak tau...

Anonymous said...

KENYATAAN MEDIA Y.B DR. HAJI MOHD PUAD BIN HAJI ZARKASHI
TIMBALAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

Saya selaku Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia bertanggungjawab untuk menjelaskan isu yang dibangkitkan oleh Naib Canselor Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Prof. Dato’ Dr. Aminah Ayob dalam kiriman e-mel yang telah disiarkan oleh Buletin Utama pada 1 Januari 2010 jam 8.00 malam mengenai pengambilan guru-guru lulusan Sarjana Muda Pendidikan daripada IPTA termasuk daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

1. Ada sedikit kekeliruan pada kenyataan Naib Canselor tersebut mengenai isu lebihan guru. Beliau menggunakan data pengambilan pelajar barudi UPSI untuk semester 1 bulan Julai 2009 untuk menyatakan pengambilan pelajar tersebut mengikut unjuran yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sebenarnya isu yang saya bangkitkan ialah masalah mereka yang telah tamat pengajian di seluruh negara yang masih lagi belum mendapat penempatan. Ini kerana berlaku lebihan pengambilan pelajar oleh IPTA pada tahun-tahun sebelumnya.

2. Beliau turut mempertikaikan jumlah yang diunjurkan oleh KPM adalah terlalu kecil dan tidak munasabah. Saya ingin menjelaskan bukan UPSI sahaja yang menawarkan program Sarjana Muda Pendidikan malah IPTA lain juga turut menawarkan kursus yang sama termasuk mereka yang mengambil Sarjana Muda Pendidikan di universiti swasta dan luar negara. Ini menyebabkan berlakunya lebihan penawaran apabila ianya tidak diselaraskan dengan baik.

3. Ada IPTA mendakwa, unjuran tersebut tidak ekonomikal untuk dilaksanakan sebab itu mereka menawarkan juga kepada pelajar-pelajar lain yang memohon untuk mengikuti program Sarjana Muda Pendidikan. Alasan IPTA tersebut ialah supaya mereka yang tidak mendapat tempat ini boleh bersaing di pasaran terbuka. Kesemua faktor ini menjadi penyumbang kepada isu lebihan penawaran guru untuk sekolah menengah.

4. Suka saya menegaskan memang benar Kabinet telah memutuskan latihan guru untuk sekolah rendah dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Manakala IPTA termasuk UPSI melatih bakal guru untuk sekolah menengah. Namun Prof. Dato’ Dr Aminah Ayob, perlu telus dan mengakui terdapat juga IPTA termasuk UPSI sendiri yang menyediakan program Sarjana Muda Pendidikan untuk sekolah rendah dan pra-sekolah. Walau bagaimanapun KPM tetap menerima graduan tersebut untuk ditempatkan di sekolah rendah dan pra sekolah selagi terdapat kekosongan.

5. Untuk rekod, sebenarnya mereka yang diambil menjadi pelajar tajaan KPM baik dari IPTA mahupun IPGM semuanya mendapat penempatan untuk mengajar kerana mereka telah ditemu duga melalui proses Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) yang dikendalikan oleh guru-guru cemerlang dari KPM. Hanya mereka yang tidak melepasi proses ini sahaja yang perlu bersaing di pasaran terbuka.

6. Oleh itu tidak timbul soal para graduan pendidikan dari IPTA dianak tirikan dan merasa tidak bermotivasi. Mereka perlu bersedia untuk bersaing di pasaran terbuka dan di sektor swasta. Malah mereka perlu sedar bahawa menjadi guru memerlukan kecekalan kerana mereka mungkin akan dihantar ke kawasan pedalaman untuk mengajar. Jika kerana isu ini mereka telah menjadi lemah semangat bagaimanakah mereka mahu menghadapi cabaran di alam pekerjaan sebagai guru kelak.

Anonymous said...

ini adalah untuk menutup kelemahan kerajaan yang kerajaan tak der bajet nak bagi budak2 upsi posting

Anonymous said...

masalah posting lg...

Anonymous said...

Nak tanya sikit:.. Masa PPSMI dimansuhkan semua pakat senyap. Sekarang ini apa jadi? Kekosongan yang diperlukan untuk PPSMI sebanyak 13,000 guru dan 3,000 guru bahasa inggeris sudah tidak diperlukan lagi.
Jangan salahkan kerajaan.. siapa yang beriya-iya nak PPSMI tu dimansuhkan? Guru-guru juga kan. Mangsanya ialah Bakal guru mcm korang semua, sebab yang susah nak dpt kerja korang bukan mereka.
Kenyataan Timbalan Menteri tu jelas per.. VC yang sengal salah bagi maklumat kepada kementerian. VC bagi unjuran intake Julai 2009 yang mana mereka yang masuk intake ini akan grad pada Julai 2013. Yang mana PPSMI telah dimansuhkan. Masih tak nampak ke? Siapa yang salah? Timbalan Menteri atau VC?
Akhir sekali, semasa korang mendaftar di UPSI ada tak surat perjanjian mengatakan setiap pelajar dijamin mendapat peluang kerja sebagai seorang guru? Kalau ada bolehlah bising kalau takde tu sendiri mau ingat. Cuba cari mana-mana Universiti dalam dunia ini yang hanya mengeluarkan graduan untuk satu kerjaya sahaja, lebih2 lagi jawatan dlm kerajaan? Hanya institut level je boleh buat mcm itu. Fikirlah sendiri.

Anonymous said...

bakal guru terutamanya drpd upsi perlu faham situasi sebenarnya seperti yg tercatat pada point 5 dan 6.upsi bertanggungjawab memberikan pendidikan bukannya jaminan pekerjaan.Jadi mereka perlu berdaya saing supaya dpt memenuhi kelayakan yg di minta oleh KPM.Jadi klu x lulus INSAK slh sendiri juga.So,xyah nk dengki ngn DPLI/KPLI krn mereka sudah melepasi sume 2.adik2 belajar je dulu.Lgpun guru KPLI/DPLI ada pengalaman menjadi GSTT plg kurang 1 tahun.

Anonymous said...

'KENYATAAN MEDIA Y.B DR. HAJI MOHD PUAD BIN HAJI ZARKASHI
TIMBALAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

1. Ada sedikit kekeliruan pada kenyataan Naib Canselor tersebut mengenai isu lebihan guru. Beliau menggunakan data pengambilan pelajar barudi UPSI untuk semester 1 bulan Julai 2009 untuk menyatakan pengambilan pelajar tersebut mengikut unjuran yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sebenarnya isu yang saya bangkitkan ialah masalah mereka yang telah tamat pengajian di seluruh negara yang masih lagi belum mendapat penempatan. Ini kerana berlaku lebihan pengambilan pelajar oleh IPTA pada tahun-tahun sebelumnya.'

menurut kenyataan ini, berlaku lambakan guru dr tahun2 yg lepas tetapi kenapa masih lagi ader ambilan DPLi yg diafaham kan akan ditempatkan di sekolah menengah? kenapa lepasa ISMP tidak diambil dan perkara ini dapat mengurangkan lambakan guru???

Anonymous said...

kalau da berlaku lambakan guru, kenapa still lg ada ambilan DPLI? yg sy faham DPLI akan ditempatkan di sekolah menengah...

Anonymous said...

apa nk kecoh pasal posting...yg penting stdy dulu...rezeki ada kt mana-mana.InsyaAllah..lambt cpt je...xyah la duk pk yg dpli ke kpli ke ttp periuk nasi ismp...kita sama2 bakal guru perlu tangani dgn bijaksana apa jua mslh..plez la.matang r skit.mcmn nk ajar pelajar kalo isu mcm ni pn xblh atasi...xguna r bljr utk tangani mslh pelajar sedangkan masalah ini pn kecoh...DPLI/KPLI sering dianggap tutup periuk nasi ismp n xde pengalaman.sedangkan kebanyakan pelajar dpli/kpli da ngajar pun n jadi guru gstt n sbgny..lg bnyk pnglmn dr ismp...bdk2 dpli n kpli dlu pn bljr 3 thn n sambung dpli/kpli sthn...kiranya fair la...4 thn jg...xkira lg yg bdk2 dpli/kpli yg menganggur 23456 thn sblm dpt dpli/kpli...so,jgn r duk bertekak yang kpm xfair dn sebagainya...yg penting belajar n InsyaAllah ny jd guru yng berwawasan n bkn yg membosankan

Anonymous said...

la..ipgm plak salah... sedarla rakan2 guru2 upsi... yang upsi p latih guru untuk skolah rendah lagi nak watt per... ipgm dah cover utk tu..pastu x dpt posting mengamuk... takut x dpt byar ptptn la tu.. upsi ambik student ikut suke jer... agak2 la...KPM ADA ANAK SENDIRI(IPGM), BUAT APA NAK BERIA-IA NAK AMBIK ANAK TIRI(IPTA+UPSI)..

Anonymous said...

wat pendidikan masuk upsi kompom leh jd cikgu ke? hahah lawak la korg ni.. 1 lg klu betul upsi wat silap mcm kpm ckp, xkan laa upsi nk ngaku salah.. kompom la die cover baekk punye budak2 die.. adat laa, duit yuran dh amik kene laa backup sket2 budak2 die..

ape2 pun moga korg slmt menjd cikgu n jgn la duk ngata2 org len.. kne la tnjuk sahsiah yg baik sbagai bakal guru...

Anonymous said...

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat dalam ruangan Surat Kepada Pengarang dalam akhbar Berita Harian bertarikh 31 Disember 2009 & 3 Januari 2010 (PENGAMBILAN TAK SELARAS PUNCA LEBIHAN GURU & LANTIKAN GURU LEPASAN IJAZAH IKUT KEKOSONGAN).

Untuk pengetahun, isu lebihan guru tidak sepatutnya timbul kerana KPM telah membuat unjuran keperluan guru bagi bekalan Sekolah Menengah dan ianya dikemukakan kepada KPTM bagi tempoh 5 tahun mulai Ambilan 2007 – 2011. Walau bagaimanapun, semakan unjuran ambilan dibuat pada setiap tahun berdasarkan perkara-perkara berikut:

a. Kelulusan Anggaran Belanja Megurus Perjawatan oleh agensi Pusat (JPA) yang diperolehi dari setahun ke setahun.

b. Tambahan norma perjawatan 1.5 kepada 1.7 guru bagi setiap kelas dan 2.0 kepada 2.5 guru bagi setiap kelas dibuat secara berperingkat-peringkat. Sehingga tahun 2010, tambahan norma 1.5 kepada 1.7 guru bagi setiap kelas di peringkat Menengah telah diperolehi bagi Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5 dan norma 2.0 kepada 2.5 guru bagi setiap kelas Tingkatan 6.

c. Perubahan dasar dari semasa ke semasa yang memberi implikasi keperluan guru seperti peluasan pra sekolah dan memperkasa mata pelajaran Teknik, Vokasional dan Kemahiran.

Ada guru yang lewat atau sukar ditempatkan di sekolah-sekolah dan ianya berlaku disebabkan perkara-perkara berikut:

a. Penempatan guru oleh BPSH, BPI, BPTV dan BP Khas dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut kelompok graduan daripada pelbagai IPTA dan keperluan opsyen guru di sekolah. Hal ini berikutan ketidakseragaman tarikh tamat pengajian dan kelulusan Senat IPTA berkenaan. Untuk makluman akan terdapat Penempatan Lepasan Diploma Pendidikan dan B.Ed (TESL) pada 25 Januari 2010.

b. Guru Lepasan IPTA perlu melalui temuduga dan Ujian INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan) sebelum dilantik sebagai Guru Sandaran Terlatih. Temuduga tersebut antara lain bertujuan memastikan guru-guru yang dilantik memenuhi semua syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Guru yang mendapat CGPA terlalu rendah mungkin tidak akan dilantik.

c. Perlantikan guru dibuat dengan memberi keutamaan kepada opsyen yang kritikal terlebih dahulu.

d. Bagi peringkat rendah, sebilangan guru sukar/lewat ditempatkan berikutan keengganan Sekolah Jenis Kebangsaan menerima guru-guru yang tidak berkelulusan Mandarin walaupun bagi Tahap 2 (Tahun 4 hingga 6). Sebagai contoh, terdapat lebihan 7,580 guru opsyen Bahasa Melayu di sekolah kebangsaan sedangkan masih berlaku kekurangan 1,415 guru Bahasa Melayu di SJK(C) dan 545 guru Bahasa Melayu di SJK(T).




UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
8 JANUARI 2010
http://www.moe.gov.my/?id=168&aid=529

Anonymous said...

---------------------------------------
..DPLI/KPLI sering dianggap tutup periuk nasi ismp n xde pengalaman.sedangkan kebanyakan pelajar dpli/kpli da ngajar pun n jadi guru gstt n sbgny..lg bnyk pnglmn dr ismp...
---------------------------------------

aku skg 100% dgn pndpt nih..stakat wt praktikal 3 bln, mustahil la blh jd guru TERBAIK wlpn ilmu pedagogi(ilmu y plg dbnggakan olh ismp dlm dunia nih)pnuh didada dan adanjuga y telah mlmpah kluar(sbb tlalu byk).. tnyala mna2 glgn profesional skalipun.. swktu mula bkerja..apa y blajar x smua leh apply ms bkerja..msti kn cr sndiri semasa mlakukan tugas tsebut..untuk mjdi y TERBAIK msti bdsrkn pglaman jugak..jd x adil la korg mghemtam dpli sbg x bkualiti hnya dsbbkn tmpoh pgajian 1 thn..

p/s:sama-samalah kita cari makan..

Anonymous said...

korg mmg jenis hati busuk.. berhasad dengki!!! slhkan org lain atas alasan tutup periuk nasik korg...

Anonymous said...

da2 la..baek maen counter lagi byk faedah..

Anonymous said...

DAH LA BEBUDAK UPSI.. ORG NAK BAGI KEJE TU SYUKUR LA... NI SIBUK MEMBEBEL JE DLM BLOG NI... LAIN KALI NASIHAT ADIK2, ANAK2, ANAK SEDARA, ANAK2 BUAH X PAYAH MASUK UPSI SBB MENTAL AKAN TERGANGU MCM KORANG BUDAK2 KECIK UPSI YANG BAJEK BAGUS NIH..

Anonymous said...

BANYAK KEJE LAGI DLM SEKTOR KERAJAAN YANG BLEH PKAI IJAZAH PNDIDIKAN UPSI YANG SETARAF DUNIA TU..KALAH UNIVERSITI HAVARD PUNYER DEGREE.. PIKIR LA LUAS SIKIT... COS2 LAIN DUK NGANGUR RILEK JE.. XDE LA BERIA2 MCM KORANG NI...KONON BERKOBAR-KOBAR JADI CIKGU LA KONONYA.. PASTU NGAJA HAMPEH

Anonymous said...

bangang punya budak upsi tau hentam KPM BPG KLPI BPLI IPG PISMP je....dah tak dapt posting menagmuk mancarut hentam kerajaan.....guru ka lagi tu.....apa la cari alternatif sendiri la.....kata guru berkulaiiti mintak sendiri la ngn sekolah swata kalu dah berkualiti sgt tu....sebok je hentam kerajaan...kerajaan jugak yag bagi kamu duit ptptn tu tau...

Anonymous said...

apa susahnya,,, stop aje la pengambilan pelajar DPLI, ataupun KPLI, dorang tu bkn nak jd cikgu betul, sekadar melepaskan nazak utk mendapat kerja je.. kerajaan bodoh, x pedulikan kita yang mmg betul2 minat nak jadi cikgu... apa laa nasib kami, belajar 4 tahun, pinjaman beribu ribu ribu.. kerja plak xtahu mana lagi.. hummm... Ya Allah bantulah kami ini.. sesunggunya kami ini di zalimi oleh pemerintah...

Anonymous said...

kami plajaR DPLI x pernah doakan adik2 ISMP tertutup rezekinya sbb kami tau rezeki tu kuasa tuhan. tapi pelik la adik2 ISMP seolah2 berdoa supaya tertutup rezeki abg n kakak DPLI. buat2 lah mengucap adik oi... ingat tuhan... rezeki xkan datang pada orang yang tak bersyukur mcam adik2 ISMP ni..

Anonymous said...

X PAYAH NAK STOP LA KPLI... KPLI KAT IPGM NI AJAR SKOLAH RENDAH LA.. YANG BDK2 UPSI DUK BISING2 PADAHAL DIORANG SKOLAH MENENGAH APAHAL?? KPLI SKANG NI PON DAH SIKIT PENGAMBILANNYA MAYBE SBB PELAJAR IJAZAH DR IPGM DAH KUAR TIAP TAHUN MULAI TAHUN NI... PELAJAR IJAZAH IPGM PN NGAJAR SKOLAH RENDAH.. YANG KORANG BDK2 UPSI DUK MENGARUT JE APHAL... BUAT JATUH MARUAH UPSI JER,.. KPLI XDE KAITAN PUN DGN MASALAH POSTING KORANG NI...

Anonymous said...

Gaduh2 pun takde gua juga kalau takde penyelesaian yang diambil.. Sepatutnya dah tidak kedengaran lagi siapa menyalahkan siapa.. yang penting sekarang duduk satu meja.. bincang elok2 tentang nasib anak2 muda yang bersemangat untuk menjadi cikgu... Bukan fikirkan pada mereka yang menjadi cikgu disebabkan tiada keje lain lagi.. Lagi bising isu ini.. lagi la menakutkan ramai graduan yang telah grad atau akan grad nnt.. Fikirkanlah..

Anonymous said...

ini berlaku akibat dari ketidakpuasan hati dengan sesetengah dasar kerajaan...tu jer...kpli kalo dapat pun aku rembat even aku sem last kat upsi..double degre la katakan

Anonymous said...

mcm2 isu bila kerajaan xda duit.mcmnila bla dpt kerajaan yg suka membazir,korupsi...