January 30, 2010

Azrul saran mahasiswa sahut cadangan TNCA, turun ke bengkel 'posting' esok


Tanjong Malim , 30 Januari - Berhubung isu 'posting' yang menimbulkan pelbagai reaksi mahasiswa pendidikan baru-baru ini , Kolej Za'ba Universiti Pendidikan Sultan Idris telah mengambil pendekatan mengadakan satu bengkel 'posting' sempena hari terbuka kolej tersebut. Bengkel terbabit akan bermula pada Ahad 31 Januari dari 2 - 6 petang bertempat di Dewan Kolej Za'ba.


Dalam pada itu, mediawan UPSIkini pagi ini menerima mesej Facebook dari Nik Azrul menyarankan agar mahasiswa menyahut cadangan TNCA untuk turun ke bengkel 'posting' yang berlangsung esok. Baru-baru ini, TNCA mencadangkan kepada seluruh mahasiswa untuk turun ke bengkel 'posting' dan mendengar sendiri penjelasan berkaitan isu terbabit yang akan disampaikan oleh pegawai Bahagian Sumber Manusia Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Mahasiswa turut disarankan agar bertanyakan soalan tentang sebarang keraguan mengenai isu terbabit.

Beliau (TNCA), baru- baru ini menyatakan "Pegawai Bahagian Sumber Manusia KPM akan datang pada hari terbuka Kolej Za'ba. Cuba hubungi En Ridzuan Donial pegawai di Bahagian Akademik, UPSI yang juga felo kolej berkenaan untuk mengetahui masa dan tarikh sebenar. Biarlah pelajar mendengar sendiri daripada pegawai/wakil Bhgn Sumber Manusia, KPM."

Dalam hal berkaitan, isu ' posting' megikut kekosongan yang dinyatakan Tim. Menteri baru-baru ini menjadi isu 'buah mulut' mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris termasuk dijadikan manifesto pemilihan MPP.

2 comments:

مَعهَدين الُمعلمْ said...

Royalti kita di UPSI adalah posting..
Baca disini.. perjuangan merentas ideologi.politik nilai acuan kita.

www.assyababulkabir.blogspot.com

Anonymous said...

salam kepada semua pelajar yang mengikuti bengkel poting boleh kongsi tak apa maklumat tentang posting yang diperkatakan oleh Wakil KPM tempoh hari.....tlg update maklumat terkini..bagaimana pula dengan posting program sekolah rendah..plz...