January 27, 2010

Azri putus tak bertanding kerusi etnik, beri laluan kepada rakan

Tanjong Malim, 27 Jan. – Meskipun masih berpeluang bertanding untuk kerusi etnik Sabah selepas pencalonannya ditolak untuk bertanding kerusi Umum, Mohammad Azri Amatan nekad tidak bertanding bagi merebut kerusi tersebut bagi memberi laluan kepada calon lain yang dijangka menang tanpa bertanding.

Azri dipetik di dalam blog peribadinya menyatakan pendirian untuk tidak bertanding selepas laporan UPSIkini mengenai peluang keduanya disiarkan semalam.

Dalam penjelasannya beliau mendakwa bahawa pengundi-pengundi bagi kerusi tersebut yakin dengan calon yang bakal diketengahkan berkeupayaan menjadi wakil etnik Sabah dalam kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Dalam pada itu beliau turut berpandangan bahawa keutamaan harus diberikan kepada sokongan kepada calon tersebut daripada terus berbeza pandangan untuk menentukan siapa yang layak menyandang kerusi tersebut.

Terdahulu, Sakretariat PRK UPSI menetapkan hari penamaan calon bagi 4 kerusi etnik akan diadakan 29 Januari ini dan hari pengundian 1 Februari 2010.

4 comments:

Anonymous said...

Saya mencadangkan agar upsikini menayangkan wajah serta biodata bakal mpp upsi ini. Rata-rata masih tidak dikenali lagi. Kepada promahasiswa upsi. Kelihatan tanda-tanda kekalahan dipihak promahasiswa. Saya mengesyorkan agar barisan promahasiswa merangcang satu himpunan paling besar sebelum hari pengundian. Kalau boleh ciptala lagu promahasiswa untuk dijadikan simbol perjuangan.

Adam Brown said...

Khusus Untuk JHEPA:

1)Sila buat penjelasan bagi calon-calon yang TIDAK mengikut syarat

2)Jelaskan kedudukan Azeri

Saya percaya...seluruh mahasiswa juga ingin mengetahuinya

Sekian

-tu pon kalau ada reason munasabah ye tak-

sayangupsi said...

betul2..saya sokong..kami nakkan kebenaran!

Anonymous said...

Jgn dikenang sesuatu yg telah lepas. pada saya ada baiknya korang susun semula perjuangan yg korang pertahankan pada masa2 yg akan dtg.. jgn nak tunggu 2 3 hari baru nak sibuk. apa salahnya dalam masa setahun yg akan dtg ni korang susun strategik.. cuba untuk menakluki PRK tahun depan.. gunakan apa yg pernah berlaku pada korang ni sebagai sempadan dalam menentuka kejayaan akan dtg..