January 14, 2010

“Allah mudahkan pemergian mereka"

Tanjong Malim, 14 Jan- “Alhamdulillah, Allah s.w.t telah permudahkan segala urusan arwah Fadhiri dan Faizol. Insya-Allah, moga-moga Allah menerima kebaikan yang telah mereka lakukan dan mengampunkan dosa-dosa mereka,” kata seorang saksi kejadian kemalangan maut yang lepas.

Menurut seorang lagi saksi iaitu Suhainizam Sharif ketika ditemui berkata, kedua-dua arwah hanya melafazkan nama-nama Allah sebelum kedua-dua mereka meninggal dunia. Saudara Faizol sempat mengangguk-anggukkan kepala apabila dibacakan kalimah LailahaillAllah (tiada Tuhan melainkan Allah).


“Allah telah memberikan kesempatan kepada saya untuk membisikkan perkataan mulia ini kepada saudara Faizol ketika saat-saat akhir arwah di dunia ini. Apabila berlakunya kemalangan, saya terus mendapatkan Faizol dan membisikkan kalimah LailahaillAllah. Alhamdulillah, arwah mengangguk-angguk tanda faham dan terus pergi meninggalkan kita semua,” katanya dengan sebak.

“Bagi arwah Fadhiri pula, saya mencabut topi keledar yang dipakai dan memangku arwah serta membisikkan kalimah yang sama. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan arwah ke Hospital Slim dan Hospital Teluk Intan, mulut arwah tak pernah lekang dengan menyebut nama-nama Allah sehinggalah beliau pergi,” kata saksi yang mengiringi arwah ke Hospital Slim dan Hospital Teluk Intan pada hari kejadian.

Bagi saudara Nik Azrul Nik Kamaruddin pula, beliau melihat betapa mudahnya Allah s.w.t memudahkan urusan arwah dan melihat ramainya tetamu yang hadir untuk menyolatkan kedua-dua arwah.

“Apabila saya melihat segala urusan arwah dipermudahkan dengan baik dan betapa ramainya tetamu yang hadir ketika menyolatkan mereka, hati saya tenang dan bersyukur pada Allah. Arwah Faizol disolatkan sebanyak dua kali di surau Al-Falah manakala arwah Fadhiri pula sehingga orang ramai melimpah keluar dari kediaman beliau termasuk dari pelajar-pelajar pondok yang pernah beliau menuntut ilmu,”

“Di kesempatan ini, saya ingin berterima kasih kepada pihak HEP UPSI dibawah kepimpinan Prof. Shaharuddin kerana banyak membantu urusan arwah. Tidak lupa kepada yang menziarahi beliau sama ada dari UPSI mahupun daripada luar. Semoga Allah, menerima mereka dan menjadi iktibar untuk kita semua, insyaAllah,” tambahnya lagi.

8 comments:

Anonymous said...

Arwah seorang yg cekal dalam mempertahankan prinsip nya.. bangga punya pelajar seperti dia.. pemergianya cukup di rasai,, semoga roh nya ditempatkan dengan orang2 beriman.. amin

Anonymous said...

AL-FATIHAH!
BUAT PERJUANG AGAMA ALLAH!

Anonymous said...

al-fatihah kepada arwah n takziah kepada keluarga arwah...

kepada pelajar2 lain, berhati2 la bile bwak moto tu.. klu x perlu sgt nk kuar tu xyah la kuar.. duk diam2 je study...

Anonymous said...

semoga Allah melimpahkan sejuta rahmatNya kpd arwah. Alfatihah.

Anonymous said...

al-fatihah..

salam,tumpang tanya arwah faizol tu asal mana?

Anonymous said...

Salam..
Kedua-dua arwah memang mempunyai akhlak yang mulia dan disenangi sahabat2. Namun Allah lebih menyayangi mereka. Semoga dengan pemergian 2 sahabat ini menjadi pengajaran buat yang masih hidup, tingkatkan amalan kerana kita pula akan menyusul selepas ini.

p/s: teringat pada PRK yg lepas arwah fadhiri difitnah. Mudah2an Allah memberi petunjuk kepada mereka yang telah memfitnah arwah.

Anonymous said...

arwah faizul asal kampung aur cina pasir mas, dulu bekas sekolah menengah kebangsaan tendong dan smk kedondong, memang dia seorang yang disengangi rakan sebab tak pernah buat masalah dengan orang,,kawan aku yang paling baik faizul la orangnya...tuhan mengambilnya lebih awal sebab nak jaga dia,banyak dugaan yang dia terima sebab dia penghidap sakit ulser (pedih ulu hati)
semoga Allah menempatkan dia di kalangan orang beriman

Pena Maya said...

al-fatihah.