February 1, 2011

'Pimpinan Bitara' berkampung di Port Dickson?

Tanjong Malim, 1 Feb - Pimpinan Bitara dikatakan telah mula mendoktrin bakal calon MPP yang baru sahaja pulang dari kem semalam. Menurut sumber, mereka dikatakan sedang mengadakan 'bengkel doktrin' di Port Dickson bermula semalam ekoran tarikh PRK yang dijangka berlaku dalam minggu pertama selepas cuti tahun baru Cina nanti.

Dalam pada itu, Pimpinan Bitara yang dikatakan menghadapi krisis calon dalam PRK akan datang dilihat terpaksa mengambil tindakan terdesak dengan membuat 'kem tambahan' kepada bakal calon serta jentera kempen selepas Kursus Kepimpinan ke-2 yang tamat semalam .

Menurut sumber yang di 'e-mail'kan kepada Upsikini, mereka dikatakan sedang berkampung di Port Dickson bagi menjalani 'bengkel doktrin' dan simulasi PRK serta menjalankan proses brainwash kepada pelajar yang dipaksa menyertai kem tersebut atas nama universiti.

Menurut sumber tersebut, "timbul persoalan dari manakah sumber kewangan yang diperolehi untuk menampung bayaran penginapan yang dikatakan first class itu. Adakah benar dakwaan sebelum ini bahawa JHEPA menggunakan duit pelajar untuk melaksanakan semua ini. ? Atau mungkinkah kewangan tersebut ditaja oleh politik luar yang didokong oleh kumpulan tersebut," ujarnya menerusi 'e-mail'.

Walau bagaimanapun, pihak universiti digesa agar meneliti dan melakukan penyiasatan yang serius terhadap dakwaan tersebut kerana ia melibatkan kepentingan seluruh mahasiswa.

Dalam perkembangan semasa, Pimpinan Bitara dikatakan tidak lagi berjaya untuk mendapatkan sokongan majoriti undi daripada mahasiswa disebabkan kegagalan mereka menyelesaikan isu-isu kampus.

Tambahan pula , dikatakan wujud sokongan yang kuat diperolehi Mahasiswa Pendidik disamping kemunculan 'front' baharu Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) yang juga menjadi 'musuh' utama mereka. Pimpinan Bitara menurut culaan akan ditolak oleh mahasiswa dalam pilihanraya akan datang.

Dalam hal berkaitan, setakat ini, Upsikini masih belum menerima sebarang maklumat daripada pihak berkenaan berhubung kemungkinan 'bengkel doktrin' tersebut turut diisi dengan pengaruh politik luar termasuk dari Pemuda UMNO.

5 comments:

Anonymous said...

konfem la bro. ada Pemuda UMNO.
haha..

tahun lepas Mukhriz Mahathir bro datang..

tahun ni aku tak tau la..tak ikut daa..

Anonymous said...

kalau untuk kebaikan apa salahnya, kita kena positif bro...

Anonymous said...

leh dapatkan x kat mana (hotel/chalet) tempat yg depa ni dok berkampung

Anonymous said...

bukan mukriz je broo...khairi pun datang...

aidil_edy said...

hmm jadi apa mau buat.. fikir-fikirkan k