February 9, 2011

Tarikh Praktikum diawalkan

Tanjong Malim, 9 Feb – Tarikh untuk para pelajar berpraktikum pada semester hadapan telah diawalkan pada 9 Mei 2011. Keputusan tersebut telah diputuskan dalam Mesyuarat Senat Universiti baru-baru ini.

Pengumuman berkaitan perkara ini belum lagi dibuat oleh mana-mana pihak baik Bahagian Akademik mahupun Unit Latihan Mengajar (ULM). Anjakan tarikh ini memberi kelebihan kepada pelajar semester 6 (sekarang) kerana mereka dijangka akan menyambung pengajian semester 8 pada bulan September nanti.

Mengulas berkaitan perkara ini, Mohd Zahar Mohamed Nor selaku Exco Majlis Perwakilan Pelajar juga mengesahkan pertukaran tarikh praktikum yang akan bermula pada semester hadapan. “Saya telahpun mendapat pengesahan daripada Unit Latihan Mengajar (ULM) bahawa tarikh untuk praktikum telah diawalkan pada 9 Mei nanti. Pihak ULM memang belum mengeluarkan notis rasmi berkaitan perkara ini, tetapi ia akan dibuat dalam masa yang terdekat, katanya lagi.”

Pihak Upsikini menerima beberapa email daripada mahasiswa yang telah mengetahui tentang perubahan tarikh yang berlaku ini. Mereka meyatakan kebimbangan episod kelewatan PTPTN berulang kembali. Time break yang hanya beberapa minggu daripada final exam menjadi antara faktor kelewatan PTPTN akan berlaku lagi. Mereka berharap pihak universiti mengambil serius perkara ini bagi mengelak daripada masalah sama berulang.

Dalam pada itu, mereka turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak universiti yang telah mengambil langkah tersebut kerana membolehkan mereka menamatkan tempoh pengajian lebih awal iaitu awal 2012 nanti.

11 comments:

Anonymous said...

tlg la ubah balik keputusan...grade awal x bererti membawa kebaikan utk semua orang...tentang kelewatan PTPTN blh diselesaikan dgn cara lain selain mengawalkan PTPTN...ini bkn berita baik...ini berita yang mengganggu perancangan awal pelajar-pelajar yang akan menghadapi praktikum...

Anonymous said...

kami tak rasa tindakan mengawalkan tarikh praktikum tu akan memberi kebaikan kepada kami pelajar semester 6. bulan mei terlalu awal berbanding tarikh asalnya bermula julai 2011. jika dilihat takwim akademik semester 2 2010/2011 peperiksaan tamat pada 13 mei 2011. sedangkan tarikh praktikum 9/mei. bagaimana kami mahu berurusan dengan pihak sekolah, mencari tempat tinggal dan sebagainya. pinjaman ptptn juga sudah semestinya lambat masuk seperti selalu. kami berharap pihak universiti mempertimbangkan perkara ini. dan mengekalkan bulan julai sebagai tarikh kami bermula praktikum. terima kasih.

Anonymous said...

setuju sgt2!!

Anonymous said...

Saya selaku pelajar sem 6 sekarang tidak setuju dan kecewa dengan keputusan yang dibuat ini. Sepatutnya keputusan dibuat dengan mengambil kira pendapat pelajar. Banyak masalah akan timbul. X dikira lagi masalah tiket pelajar Sabah dan Sarawak yang dah beli awal. Saya rasa praktikum bermula bulan 7 sangat sesuai. Jangan buat keputusan ikut kepala jer.. Tamat awal bukan bererti kebaikan kepada pelajar.

Anonymous said...

ada kebaikan n keburukannya praktikum awl...tp bg kami...rasanya hal ini menjadi beban kepada kami pelajar semester 6 kerana selalu bagaikan dijadik sebagai bahan kajian untuk membuat sesuatu perubahan utk universiti...knp kami jadi mgsa keaadaan org lain...pasal trikh praktikum tolong lah pk kebajikan (wang, tempat tggl, dll) kami sebagai pelajar bukan sebagai pekerja...

Anonymous said...

DIMUKTAMADKAN, MAKA BAGAIMANA DENGAN NASIB WARGA SUKSIS DAN PALAPES YANG DIJADUALKAN MENJALANI PERTAULIAHAN PADA BULAN JUN INI.. ADAKAH SELAMA TIGA TAHUN SUKSIS DAN PALAPES MEMBUAT LATIHAN, AKAN DISIA-SIAKAN BEGITU SAHAJA. JADI, SAYA BERHARAP PIHAK MPP DAPAT MENGAMBIL KIRA JUGA NASIB ANGGOTA SUKSIS DAN PALAPES.. SEKIAN... mR F.

Anonymous said...

sangat x setuju
hal ni x menguntungkan sem 7 dan sem 6 skrg.br hbs exam dh kelam kabut nak terus praktikum.tambahan pula sem 7 br je selesai wat tesis..pastu terus prepare utk exam.ms bila nak jumpa lecturer utk discuss.lepas tu isu ptptn.confirm lambat dalam.mesti dlm bln 9 tu.diharap pihak upsi kekalkan tarikh asal.jgn menyusahkan kami..

straightedger said...

Saya nak tanya sesiapa lah yang boleh membantu..betul ke graduan upsi yang bakal tamat pengajian tahun ne (2011).. hanya akan dapat menghadiri sesi temu duga(utk posting) selepas bulan 7, 2012 ?? iaitu selepas konvokesyen...? Biar betul!! habis study ogos 2011, nak interview posting ogos 2012 !!!

Anonymous said...

Pandangan kami pula,kami menerima dengan hati terbuka kelebihan ini..setiap permasalahan yang kita fikirkan sekarang ada jalan penyelesaiannya nanti..Actually rasa seronok juga enjoy pengajian secara cepat..Rasanya pihak universiti tahu peranannya memastikan segalanya berjalan lancar..

Anonymous said...

Selain itu, banyak pelajar sudah beli tiket kapal terbang sama ada untuk melancong atau balik kampung setelah tahu tarikh praktikum yang asal, iaitu Julai. Beratus-ratus ringgit akan dibazirkan jika tarikh praktikum diawalkan. Adakah pihak UPSI bersedia untuk membuat pampasan kerana perubahan tarikh? Yang paling penting ialah, cuti Mei dan Jun ialah masa yang paling baik untuk membuat persediaan pengajaran dan pembelajaran. Kami semua guru yang tidak berpengalaman, masa ini amat penting untuk kami membuat rancangan pengajaran, menyediakan alat-alat yang diperlukan, dan sebagainya. Namun, sekarang pelajar perlu pergi praktikum setelah peperikasaan sem 6. Ini sebenarnya akan menjejaskan mutu p&p, dan saya yakin pihak UPSI tidak harap perkara ini berlaku.

Anonymous said...

siapa la yang mula2 cadangkan semua ni..memang sahla dier tu gila.. Dalam perkataan lembutnya orang tu tak berakal.. Memang upsi menjadikan aku berilmu, bukan nya tak berakal mcm yang mencadangkan usul yang sedemikian.. Minta maaf minta ampun pada mana2 pihak, kekasaran bahasa ini adalah kekasalan pada banyaknya kelemahan pengurusan upsi..
Kalau ye pun nak buat perkara mcm ni, rancang ler awal2, ni tak main redah gitu je.. kter yang menanggung seksa takder pun nak peduli..dan berilah satu tarikh tetap yang lebih awal agar semua boleh buat preparation..
Thesis nak kna setel, assigment melambak, masalah kewangan dan mcm2 lagi, boleh jadi giler dibuatnyer..
Falsafah pendidikan negara,semata2 nak lahirkan pelajar berilmu, juga seimbang dari aspek rohani, emosi, intelek dan jasmaninya.. TAPI KAMI?
Tak seimbang semua tu, kusut, serabut dan bercelaru fikiran.. buatlah kami ni, BAKAL CIKGU seimbang dari keempat2 aspek itu kerana, kami nak bnar2 pastikan anak murid kami juga seperti kami.

Kalau semua pelajar lokasinya berdekatan dengan tanjong malim, itu tidak ada masalah.. SEBAB KAMI TAK BERDUIT DAN TAK BERGAJI.. Semua hal nak kena setel pakai duit.. Bagaimana halnya dengan pelajar sabah dan sarawak? Nak beli tiket flight pakai air liur ke? kalau dah musimnya, atas 500 ratus tak yah cakap ler, tu la nilai yang terendah skali.. Tak balik cuti raya just mengadap airmata terkenang anak bini ibu dan bapa.. Untuk apa ada masa depan yang baik, nak jadi ckgu konon.. serius aku cakap, UPSI universiti berdaulat tapi organisasi2 yang menguruskan universiti ini langsung tidak berdaulat dan pentingkan diri sendiri..