Tanjong Malim, 18 Feb - Mar Cheer Hong ,calon Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK) yang juga merupakan mahasiswa program Pengajian Malaysia dengan Pendidikan hari ini telah menyatakan bahawa beliau telah dikhianati oleh kelompok Pimpinan Bitara.
Perkara tersebut berlaku apabila kesemua wakil calon yang dijanjikan oleh Pimpinan Bitara tidak langsung membantunya dalam PRK malah disisihkan oleh mereka kerana beliau dikatakan sudah jelas 'atas kertas' tidak akan menang dalam PRK nanti.
Dalam pada itu, beliau menyifatkan kelompok Pimpinan Bitara hanya berbaik bila terdesak, tersepit dan bila senang mereka dengan mudah 'menendang' kita. Katanya 'menyesal kerana tersilap pilih' dan turut menyatakan hasrat untuk menarik diri namun dikatakan tak dibenarkan.
Dalam hal berkaitan, ada ura-ura yang menyatakan bahawa beliau akan berucap di rapat umum pada malam ini dan akan menyatakan sokongan kepada Mahasiswa Pendidik dan LMP.

3 comments:
Politik dan berpolitik, harus bijak menelan hakikat!
~ Usah berbpolitik jika tidak memahami ilmu berpolitik...
Tiada kebenaran atau keadilan dalam politik, hanya wujud kepentingan yang tidak dapat dilihat dengan mata.
boleh tak wartawan upsikini dapatkan jawab balas daripada kelompok pimpinan bitara yang disebut oleh saudara mar chee hong? saya rasa tidak adil bagi jika wartawan hanya tulis apa yang dicakap oleh mar chee hong tanpa menyiasat apa yang dicakapnya sama ada betul atau tidak.
Post a Comment