Tanjong Malim, 9 Feb –Bakal calon Pimpinan Bitara yang dikatakan ketandusan calon bagi menghadapi PRK akan datang dikatakan telah menggerakkan tugas 'doktrin' bakal calon dengan mengadakan beberapa pertemuan dengan ahli politik termasuk pertemuan tertutup bersama mantan PM Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga dikenali dengan 'Che Det' baru-baru ini.
Mereka dikatakan mengambil tindakan menyusun pertemuan-pertemuan 'doktrin' tersebut ekoran menghadapi krisis calon yang dilihat tak mampu untuk bersaing dalam PRK akan datang dan disifatkan agak terkebelakang untuk bertembung dengan calon dari MP dan LMP.
Menurut sumber yang diterima Upsikini, semasa berlangsungnya Kem Kepimpinan siri 1 dan siri 2 , bakal calon Pimpinan Bitara dikatakan langsung tak mampu berhujah ataupun memberikan pandangan yang kritis ketika menjalani modul-modul kepimpinan yang dibuat.
Dalam hal berkaitan, pertemuan 'doktrin' tersebut juga dikatakan menjadi medan bakal calon MPPUPSI tersebut mendapat semangat dari 'tuan politik' mereka. Tahun lepas, mereka dikatakan mengadakan pertemuan bersama beberapa tokoh politik luar termasuk Adham Baba.

No comments:
Post a Comment