February 16, 2011

MP dan LMP akan bersama hadapi PRK

Tanjong Malim, 16 Feb - Mesyuarat rasmi Majlis Tertinggi bagi kedua-dua frant Mahasiswa Pendidik (MP) dan Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) telah mengesahkan bahawa mereka akan bergabung tenaga bagi menghadapi pilihanraya kali ini.

Menurut jurucakap mensyuarat tersebut, mereka telah setuju untuk bekerjasama dan kesemua jentera juga telah dibahagi peranan dan tugas masing-masing.

Pilihanraya Kampus (PRK) kali ini dijangka akan menjadi medan panas apabila terdapat cubaan ‘tangan ghaib’ yang mempunyai autoriti dalam JHEPA telah menunjukkan permainan kotor. Dalam pada itu mahasiswa telah menyatakan pendirian mereka bahawa kejahatan dan kezaliman akan ditentang. Mereka mahukan pilihanraya yang bersih dan adil.

Pihak Upsikini sudah mendapat bukti kelakuan jahat yang dilakukan dan menunggu masa sesuai untuk didedahkan kepada seluruh mahasiswa. Butiran pelaku juga sudah diperolehi. Kerja khianat ini juga melibatkan segolongan mahasiswa yang taksub dengan politik luar.

Mesyuarat malam tadi juga turut membincangkan kedudukan calon yang akan diletakkan bagi mewakili MP dan LMP dalam PRK nanti. Ketika ditanya tantang perkara tersebut jurucakap, mereka masih tidak memberi jawapan. “ Kita tunggu waktu penamaan calon pada pagi esok, setakat ini kami belum boleh mendedahkan nama-nama calon yang disenaraikan bagi menghormati keputusan mesyuarat, katanya.”

3 comments:

Anonymous said...

aik.....dah mula keluarkan kenyataan bergabung...knp??dah xyakin dengan perjuangan masing2 sampai mahu bergabung....kalu berjuang dipihak yang benar...knp mahu tkut untuk berjuang sendiri....dah tiada pendirian ke????

Anonymous said...

sudah mahu bergabung???

Anonymous said...

dedah jika anda dipihak yang benar.......jgn hny ckp tp x laksanakan......