February 20, 2011

Akmal: ‘Posting’, KPM tak kenal siapa kita

Tanjong Malim, 20 Feb – Akmal b. Madzir yang merupakan mantan Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah MPPUPSI sesi 08/09 juga merupakan Koordinator Pro-Kebajikan, hari ini telah melontarkan pandangan menerusi e-mail kepada Upsikini bahawa ‘posting’ adalah hak Allah bukan hak manusia tentukan .

Akmal memberi respon berhubung isu ‘posting’ yang dikatakan telah dimainkan oleh Pimpinan Bitara bagi mengugut mahasiswa yang tidak mengundi mereka, tidak akan berjaya di ‘posting’kan. Katanya “ ‘posting’ bukan milik mereka untuk tentukan, ianya hak Allah. Sekiranya kita ikhlas untuk mendidik tentu Allah berikan kepada kita tempat (posting) tersebut.”

Ulas beliau lagi, “pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bukan melihat siapa kita, mereka tak kenal siapa kita, yang mereka kenal ialah sejauh mana kualiti diri kita, kemahiran memimpin, berkomunikasi dan segala kemahiran yang diperlukan, bukan dengan ‘mengampu’ seperti sesetengah pihak.”

Dalam pada itu beliau turut menyifatkan bahawa, rakan seangkatan beliau juga telah berjaya ‘posting’ malah ada yang sambil menyambung pengajian dalam ‘master’ (ijazah sarjana) termasuk mantan Exco Akademik dan Kerjaya MPPUPSI, Nur Aqilah Hanis dan Arif Mohamed, Exco Kebajikan, Mohd Zulhelmi dan beberapa rakan yang lain telah berjaya ‘posting’ malah menjadi guru yang berkualiti.

Dalam hal berkaitan, Aklmal Madzir merupakan antara MPPUPSI yang lantang memperjuangkan isu mahasiswa pada sesi kemimpinan 08/09 dan kini telah bergelar sebagai seorang 'cikgu'.

1 comment:

Anonymous said...

Salam..

Isu lapuk untuk membodohkan mahasiswa. pernah terlibat dgn PRK kampus & melawan ASPIRASi + HEP di UKM. ugutan inilah digunakan oleh geng2 Aspirasi kononnya siapa tak mengundi Aspirasi bila graduate tak dpt kerja. alih2 lepas semua dah graduate penyokong tegar Aspirasi pun tak dapat keja. mohon KPLI juga akhirnya. cuba semak nama Muhaji Selamat salah seorang kakitangan di Jabatan Peguam negara, dahulunya MPP IPU/MAMPU lawan kepada Aspirasi. dapat je keja. dgn kerajaan lagi. ramai lagi. Mahadi SUkarno bekas presiden MPP UKM pun jadi PTD. siapa berbohong nI?