Tanjung Malim, 17- Proses penamaan calon PRK UPSI mencatat sejarah apabila seramai 59 calon telah menghantar borang percalonan. Keseluruhan kerusi yang dipertandingkan pada sidang ini adalah 29 iaitu berlaku pertambahan sebanyak 4 kerusi.
Bagi calon umum, 5 kerusi dipertandingkan, manakala percalonan yang diterima sebelum bantahan adalah serami 18 orang. Rata-rata kerusi fakuti yang hanya memperuntukkan 2 kerusi menerima pencalonan lebih daripada 3 calon.
Semasa proses penamaan calon pada pagi tadi, Adam Adli merupakan calon Legasi Mahasiswa Prograsif tidak mendapat pengesahan daripada Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi. Berikutan itu, beliau sah dinafikan hak bertanding. Katanya “ saya berasa amat kesal diatas tindakan yang dilakukan oleh pihak SPMPPUPSI kali ini kerana tidak membenarkan saya bertanding dengan beralasan status saya dalam perbicaraan tatatertib universiti, kata beliau."
Semasa tempoh bantahan dibuka, empat calon telah dibantah oleh pihak aspirasi. Calon tersebut terdiri daripada dua calon Mahasiswa Pendidik dan dua daripada Legasi Mahasiswa Progresif. Dalam masa yang sama kelihatan beberapa pendokong dan penyokong MP dan LMP berada di sekitar ruang legar bangunan Bitarasiswa bagi memberi sokongan kepada calon MP dan LMP. Mereka kelihatan tidak berpuas hati tindakan oleh pihak lawan dan akan membuat rayuan bagi mendapatkan kelulusan bertanding.
Dalam pada itu, menurut Zahar merangkap Koordinator MP yang juga merupakan calon umum menyatakan, “saya berpendapat, ini merupakan satu usaha bagi menyekat kumpulan kami daripada bertanding. Ini merupakan satu serangan yang hebat bagi kami dan kami MP dan LMP akan terus teguh bekerjasama bagi menghadapi isu ini dengan baik," ujarnya.
3 comments:
MP - Mahasiswa Pengadai.. gadai matlamat perjuangan semata-mata nak menang. Aku respek Zahar tapi nampaknya MP sama juga dgn Pimpinan Bitara. Sanggup berkompromi dan aku pasti janji-janji yang akan ditaburkan masa kempen nanti hanya akan tinggal janji.
Macam mana nak bawak isu posting dan kebajikan utk dpt perhatian sedangkan Adam Adli kena tindakkan dari KPT. Ini bukan isu dalaman UPSI dah.. tapi peringkat kementerian.. korang jangan nak buat hal. Nanti korang punya pasal, kami susah nak posting. Jangan sampai student UPSI dilabel sebagai pemberi masalah. Kita ni bakal guru yang akan berkerja di Kementerian Pendidikan. Bukan mcm Universiti lain bidang kerja mereka luas. PIKIR LA SIKIT.. NAK BERPOLITIK TAK SALAH. Tapi gunalah otak.
Aku tau korang takkan berani nak post komen aku.. aku tak kisah kerana kalau korang tak post memang betul la korang bukannya boleh dipercayai. Ketelusan itu hanya sekadar janji kosong.
xpuas hati..EJAAN SALAH.
haa, ni lg sorg.. disebabkn tak0t xdpt posting sanggup tunduk kpd ketidakbenaran.. Astaghfirullahalazim.. rezeki itu bkn ditentukan oleh KPM tp ALLAH SWT. ntah kamu sedar x apa yg sdg kamu perkatakan..
Post a Comment