February 16, 2011

Adam Adli mungkin dikenakan AUKU

Tanjong Malim, 16 Feb- Adam Adli merupakan seorang mahasiswa yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kampus pada kali ini, harapan bagi menyartai PRK kali ini beliau dikhuatiri akan gagal kerana tindakan yang pihak JHEPA mengaitkan beliau dengan Akta Universiti Kolej Universiti. Beliau juga merupakan seorang pendokong Legasi Mahasiswa Prograsif yang akan bersama Mahasiswa Pendidik.

Menurut sumber, pada hari ini Adam Adli telah dipanggil ke JHEPA bagi menjelaskan pertuduhan keatas beliau. Dalam masa yang sama, kelihatan beberapa pendokong dan penyokong LMP dan MP di sekitar perkarangan bangunan JHEPA bagi member sokongan penuh kepada beliau.

Menurut Adam Adli “ saya telah dihubungi oleh wakil JHEPA berkenaan perkara ini tempoh hari, saya dimaklumkan bahawa Kementerian Penajian Tinggi telah menghantar surat kepada JHEPA. Melalui penjelasan yang saya terima, surat itu menyatakan bahawa, saya akan dikenakan AUKU dan dilarang sama sekali bagi menyertai Pilihan Raya Kampus pada kali ini.”

Diantara sebab beliau disabitkan dengan AUKU adalah kerana beliau dituduh mempunyai kaitkan rapat dengan politik luar. “Buat masa ini, saya akan terus berjuang demi mendapatkan hak dan keadilan sebagai seorang mahasiswa bagi menyertai PRK kali ini .Saya yakin dan percaya, dengan sokongan yang diberikan daripada LMP dan MP saya akan dapat bertanding dalam PRK kali ini. Saya juga percaya, ini adalah satu cubaan bagi menjatuhkan nama baik saya dalam politik kampus.” Tambahnya lagi.

5 comments:

Anonymous said...

hmmm politik luar tu huraikan banyak ckit mungkin ramai student yang tertanya-tanya adam adli join DAP ke..apa yg berlaku sebenarnye..

Anonymous said...

kpd pelajar2 yang tak reti berterima kasih kepada kerajaan yang menyediakan ruang untuk mendapatkan pendidikan berkualiti - tak payah ambik bantuan RM200. Pi belajar kat negara lain.

Anonymous said...

kepada pelajar2 yang tak reti berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi peluang kepada rakyatnya mendapat pendidikan berkualiti - tak payah ambik RM200. Pi belajar kat negara lain.

Anonymous said...

hidup adam adli.. cmni la namanya pemimpin. apa salahnya menurunkn bendera muka PM kita? Itu pn nak jd isu? yg pg letak bendera 2 dkt tmpat yg xsepatotnya kenapa lak? campus is not for UMNO unless universiti e2 dimiliki oleh UMNO. Adat la jd pemimpin, bkn suma org akan suka kita. Klu xdpt nak terima dugaan yg cm2 xpyhla jd pemimpin. Bkn xreti berterima kasih tp mmg itu dh jd tanggungjawab pemimpin mjaga kebajikan rakyat. RM200 pn nak kasi time musim mengundi hok mari. klu ya sgt nak tolong kenapa tak dr dulu beri kemudahan tu?

x_upsi_student said...

Adam Adli. Gua respek sama lu.